Tuesday, July 31, 2007

CABARAN REMAJA ISLAM

perancangan komunis

-Memberi galakan dan kebebasan kepada penulis-penulis untuk hentam Islam
-Memutuskan ikatan agama di antara bangsa-bangsa Islam (suburkan perkauman)
-Menggunakan Islam untuk hancurkan Islam
-Menyebarkan fahaman teori Darwinisme
- manusia berasal dari beruk
-Menyebarkan fahaman teori Frued
- tumpuan semua kehidupan manusia adalah seks
-Agama candu masyarakat
-China dan Rusia telah membunuh seramai 26 juta penduduk Islam Turkistan Yugoslavia, 1 juta penduduk Islam telah dibunuh

Perancangan salibiah (gerakan hancurkan islam)

-Cuti hari Jumaat ditukarkan kepada hari Ahad
-Turki, laungan azan wajib dalam bahasa Turki-Gladstone, "Selagimana al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropah tidak akan berjaya selama-lamanya."
-Pemerintah Perancis di Algeria, "Kita mesti hapuskan al-Quran baru kita berjaya."
-Zeumer (bapa segala paderi sedunia tahun 1935), "Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan mereka dari Tuhan mereka."
-Lowrence Brown (paderi), "Kita mesti pastikan umat Islam berpecah-belah supaya mereka sentiasa lemah."
-Menyuburkan slogan hak kebebasan wanita, persamaan taraf lelaki dan wanita dan menentang pemakaian menutup aurat
-Mendidik anak-anak perempuan dengan budaya Barat
-Menanamkan keyakinan bahawa bahasa Arab itu susah dan sukar, akhirnya umat Islam benci dan tidak faham akan al-Quran
-Menyebarkan propaganda bahawa Islam itu penceroboh dan pengganas
-Menonjolkan wanita Barat moden dan wanita Islam mundur
-Menonjolkan kebaikan Kristian melalui bantuan kemanusiaan di Negara-negara Islam-Dr. Abdul Wadud esy-Syalabi (Universiti al-Azhar), "Pendakwah Kristian di seluruh dunia Islam seramai hampir 500 ribu orang."

Perancangan yahudi

-Pecahbelahkan dunia Islam, cetuskan peperangan
-Rosakkan aqidah dan runtuhkan akhlak
-Membina dan melebarkan Negara Israel (ISRAELRAYA)
-Bina kekuatan ekonomi Yahudi sedunia ( 1 % daripada hasil rokok dunia disumbangkan kepada Israel. Dengan itu, Israel akan menerima 1 bilion - mungkin secara bulanan )
-Menawarkan bantuan kewangan dan pangkat kepada anak-anak Islam untuk merosakkan remaja Islam
– melalui konsert, filem dan sebagainya
-Menggalakkan pesta-pesta hiburan tanpa sempadan antara lelaki dan perempuan
-Suburkan pergaulan bebas
– awalnya 'Rakan Study', akhirnya.....
-Tubuhkan sesuatu yang berkonsepkan 'BEBAS DARI IKATAN KETAUHIDAN' (Skin-Head dan sebagainya)
-Serang budaya Islam dengan budaya Barat


AYUH!! SEDAR DIRI!!!...

Dunia mutakhir kini jelas menzahirkan mega cabaran yang melampau tidak kira dalam populasi aspek yang pelbagai. Namun, sesuatu perkara yang paling jelas telah melanda umat Islam zaman kini dan TIDAK ramai yang mengetahui dan menyedarinya iaitu Perang Minda. Musuh-musuh Islam Laknatullahi `alaihim telah mula memasang strategi untuk menjatuhkan Islam menggunakan pengaruh minda telah pun bermula berkurun lamanya. Begitu besar peranan yang wajib dimainkan remaja Islam masa kini. Sedarkah enta? Bayangkan, seorang ketua paderi sedunia tahun 1935, Zeumer, telah menyatakan:

"Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan orang Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan kehidupan mereka dari Tuhan mereka."

Ini adalah kata-kata seorang ketua paderi dunia tahun 1935 yang menyatakan kerisauannya apabila umat Islam berpegang teguh dengan al-Quran. Umat Islam zaman dahulu menjadi mapan dalam setiap aspek bersusurgalurkan pegangan yang teguh kepada al-Quran. Namun, dapatkah enta tafsirkan sikap umat Islam zaman kini?? Majoriti aktiviti sehariannya dipenuhi dosa dan noda, tidak ubah seperti stail kehidupan orang Barat yang sentiasa bermandikan lautan kemaksiatan dan kemungkaran. Entum merupakan golongan terpelajar, tidak memerlukan syarah yang panjang untuk memahaminya.Kita singkap kembali sejarah kegemilangan Islami. Kehidupan muslimin dahulu gemilang bukan hanya kerana dianugerahi ilmu yang bergunung-gunung sahaja, bahkan ilmu-ilmu tersebut semakin direnangi dan diselami sedalam-dalamnya.

Kemudian, dikongsi bersama dengan muslimin yang lain bagi menghilangkan kejahilan mereka sesama sendiri.Namun begitu, bagaimanakah hakikat masyarakat Islam zaman kini? Amat ramai golongan yang berjaya melepasi menara gading dengan cemerlang, tetapi tidak ramai yang membantu mencurahkan ilmu mereka kepada yang lain demi kemaslahatan masyarakat Islam. Walaubagaimanapun, golongan yang kurang berpendidikan pula tidak boleh hanya mengharap kepada golongan berpendidikan. Sebaliknya, mereka wajib membina kekuatan fikir mereka. Bagaimana?? Kekuatan fikir ini hanya boleh dibina dengan amalan membaca.Slogan-slogan yang menginginkan masyarakat sentiasa mengamalkan amalan membaca telah bertebaran di serata pelusuk dunia, cuma pengaplikasiannya sahaja yang masih di tahap minimum. Penguasaan ilmu ini termasuklah ilmu duniawi dan ukhrawi. Hal ini kerana Islam menggalakkan pengikutnya mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.

Berikut merupakan antara peranan yang wajib dimainkan oleh remaja Islam masa kini dalam menempuhi mega cabaran yang melanda gelanggang dunia keIslaman kini:

-Penguasaan ilmu (fardhu 'ain dan fardhu kifayah)
-Bina kekuatan fikir dengan membaca
-Kuasai bahasa al-Quran dan mentadabburnya (meneliti dan menghayati)
-Bina keharmonian dan kemurnian akhlak (tuturkata, adab pergaulan, pemakanan, pemakaian dan sebagainya)
-Sibukkan diri dnegan gerakan-gerakan, persatuan-persatuan Islam-Kembali cintakan ibadah-Dampingi golongan alim
-Sentiasa mendirikan solat jama'ah
-Jernihkan aqidah dari perkara khurafatSegala nasihat mahupun teguran terdaya dilakukan, namun ikhtiar dan mujahadah dalam melaksanakannya adalah bergantung kepada sejauh mana kesedaran kita dalam memainkan peranan sebagai remaja Islam.

Muhasabahlah… kajilah semula amalan kita terdahulu. Adakah kita pernah menyumbang kepada kebangkitan Islami? Seraplah kembali ilmu di sekeliling selagi masih bersinar untuk dipusatkan di sistem pemusatan idea untuk diterjemahkan. Dengan itu, berlakulah suatu aliran pemusingan minda dalam diri seorang mukmin untuk menyumbangkan sumbangan yang amat berguna dalam pembangunan kegemilangan Islam.


HONESTLY FROM:MUHAMMAD FAKHRUDDIN AR-RAZI BNU MISNISPECIAL DEDICATE TO ALL YOUTH OF ISLAM

Tuesday, July 24, 2007

Banjir pun Bermula

Seberang Perai dilanda banjir, 1,500 penduduk pindah
BUTTERWORTH 23 Julai – Kira-kira 1,500 penduduk di sekitar Bukit Mertajam, Sungai Bakap dan Simpang Ampat di negeri ini terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara setelah rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat selama sembilan jam bermula dari pukul 10 malam tadi.
HARUNGI BANJIR... Sarimah Hashim memindahkan sebahagian daripada barangan keperluan ke tempat selamat sementara empat kanak-kanak seronok bermain air selepas beberapa kawasan termasuk di Kampung Permatang Tok Suboh dilanda banjir di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam

Mereka yang terlibat ialah penduduk dari Permatang Tok Suboh, Kampung Kepala Gajah, Kuala Tasek, Kampung Manggis dan Kampung Baru di Simpang Ampat dekat sini.
Turut terjejas ialah mangsa banjir dari kawasan Permatang Rawa, Permatang Batu, Kebun Sireh dan Permatang Tinggi di Bukit Mertajam serta Taman Merak, Taman Enggang dan Estet Batu Kawan di Sungai Bakap.

Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan, Jusni Ismail berkata, mangsa-mangsa banjir itu mula dipindahkan sejak malam tadi ke empat buah pusat penempatan sementara ekoran air naik hingga ke paras pinggang di kawasan rumah masing-masing. ‘‘Mereka yang tinggal di kawasan rendah hanya akan dibenarkan pulang ke rumah jika keadaan mengizinkan. Petang ini air kelihatan surut sedikit berbanding semalam tetapi mangsa banjir perlu tunggu hingga keadaan beransur pulih,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jusni menjelaskan, sebanyak 580 mangsa banjir daripada 143 keluarga ditempatkan di Sekolah Agama Al-Insaniah di Masjid Simpang Ampat manakala kira-kira 500 mangsa berlindung di Surau Permatang Tok Suboh. ‘‘Sebanyak 187 mangsa banjir dari Ladang Batu Kawan ditempatkan di pusat penempatan dalam ladang itu manakala 70 mangsa dari Kampung Kepala Gajah dipindahkan ke Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung tersebut,” katanya.

Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan membuka bilik gerakan banjir dengan dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, JKKK serta Ikatan Relawan Rakyat (Rela).
‘‘Jabatan Kebajikan Masyarakat dan UMNO cawangan kawasan berkenaan juga menyediakan makanan, selimut dan keperluan asas kepada mangsa di pusat penempatan banjir,” jelas Jusni.
Beliau memberitahu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Pihak berkuasa sedang mentaksir jumlah kerugian dari segi kemusnahan perabot serta peralatan elektrik.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan petang ini menyatakan hujan lebat berlaku di Pulau Pinang ekoran keadaan atmosfera tidak stabil dan kelompok awan yang berintensiti kuat di Selat Melaka Utara dan Laut China Selatan.

Hujan lebat sejak malam tadi, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran pula, menyebabkan paras air di Sungai Junjung/Jawi yang merentasi kawasan Seberang Perai mencecah 2.71 meter pada pukul 2 petang iaitu melepasi paras berjaga-jaga 2.70 meter. Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal, Abdul Khader Awang berkata, operasi menyelamat dan perpindahan penduduk di kawasan yang terjejas dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan tumpuan diberikan kepada warga emas, golongan kurang upaya dan kanak-kanak yang terperangkap dalam banjir.

Operasi menyelamat bermula sejak 12 tengah malam tadi hingga pukul 1 tengah hari dengan disertai 30 anggota bomba, dua jentera dan dua buah bot dari Balai Bomba Nibong Tebal, Bandar Baru Perda dan Sungai Bakap. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah berkata, kira-kira 700 mangsa banjir di Permatang Rawa, Padang Lalang, Permatang Batu dan Kebun Sireh di sini terpaksa berpindah ke rumah saudara-mara ekoran rumah mereka dinaiki air.

‘‘Mereka kini menumpang di rumah saudara-mara sementara menunggu air surut,” katanya.
Beberapa kawasan di Machang Bubok juga dinaiki air setinggi buku lali. Bagaimanapun, tiada mangsa dipindahkan di kawasan itu kerana keadaan di situ masih terkawal.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah petang ini turut melawat mangsa-mangsa banjir di beberapa lokasi termasuk di Kampung Kepala Gajah, Kampung Indera Timbalan dan Tasek Mutiara.

Monday, July 23, 2007

Hujan Sepanjang Minggu ini

Cuaca tidak menentu: Orang ramai diminta berwaspada



KUALA LUMPUR 22 Julai – Orang ramai terutamanya yang tinggal di kawasan rendah di seluruh negara dinasihatkan supaya berwaspada ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Low Kow Chiew berkata, hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang sebelah petang dijangka berterusan di beberapa negeri di semenanjung Malaysia seperti Terengganu, selatan Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga Selasa ini.

Tambahnya, beberapa kawasan di Sarawak iaitu Bahagian Bintulu, Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan dan Kuching juga dijangka menerima nasib yang sama mulai Isnin hingga Khamis ini.


‘‘Hujan lebat dan ribut petir berserta angin kencang turut berlaku di beberapa kawasan di Selangor seperti Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Klang, Petaling, Kuala Lumpur dan Putrajaya,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Sementara itu, Kow Chiew juga menjelaskan perubahan angin monsun Barat Daya kepada angin monsun Timur Laut sepanjang minggu ini merupakan faktor utama berlaku perubahan cuaca tersebut.


‘‘Perubahan angin Monsun Timur Laut pada minggu ini membawa taburan hujan yang tinggi berbanding angin Monsun Barat daya pada minggu lepas.

‘‘Jika diimbas keadaan cuaca angin monsun Barat Daya, jarang berlaku hujan lebat dan cuaca agak stabil disebabkan angin monsun Barat Daya ketika itu membawa kuantiti hujan yang amat rendah,’’ jelasnya. Dalam pada itu, beliau juga meminta penduduk di sekitar semenanjung terutamanya di kawasan tanah rendah seperti Melaka, Johor dan selatan Pahang supaya berhati-hati untuk menghadapi berlakunya musim tengkujuh di kawasan mereka.


‘‘Kemungkinan musim tengkujuh akan berlaku di kawasan tanah rendah sekiranya hujan lebat ini berterusan dan saya ingin menasihati penduduk di sekitar kawasan tanah rendah supaya bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku,’’ ujarnya.

Friday, July 20, 2007

Pelbagai Rintangan Menyebabkan Mangsa Nahas Nuri Lewat Dikeluarkan

Mantapkan lagi SAR -- Ekoran rintangan semasa mengeluarkan mangsa Nuri terhempas

GENTING HIGHLANDS 19 Julai – Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) nahas helikopter Nuri yang berdepan pelbagai rintangan merentasi hutan tebal selama tujuh hari sejak Jumaat lalu, berakhir hari ini.

Namun, pasukan mencari itu boleh dipercepatkan jika koordinasi dapat dimantapkan.
Seorang Ahli Parlimen kanan, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mencadangkan agar diwujudkan pasukan khas SAR seperti Pasukan Khas Penyelamat dan Bantuan Bencana Malaysia (SMART).

Katanya, beliau akan membangkitkan cadangan itu di Parlimen pada sidang Ogos ini.
“Kita harap dengan penubuhan pasukan khas ini akan menjadikan misi mencari dan menyelamat lebih bersepadu,” katanya yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) kepada Utusan Malaysia. Misi SAR nahas Nuri itu ditamatkan apabila mayat mangsa terakhir, juruterbang Kapten Nor Azlan Termuzi, 29, berjaya dikeluarkan dari banjaran Gunung Bunga Buah di Banjaran Titiwangsa pada pukul 9.35 pagi ini.

Ia diterbangkan helikopter Mi-17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat dan tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL) lima minit kemudian. Mayat dua lagi mangsa, Kapten Nor Intan Asykeen Mohd. Arof, 27, dan Kuartermaster Udara Sarjan Khusnizaim Ariffin, 34, pula dapat diterbangkan dari lokasi nahas ke HKL pada pukul 7.15 pagi ini. Kedua-dua mayat mangsa sebenarnya telah dikeluarkan dari helikopter yang terhempas itu dan dibawa ke tapak pendaratan (LP) sementara kira-kira 200 meter dari lokasi nahas, malam tadi.
Namun, faktor hujan lebat dan keadaan gelap menyebabkan mayat mangsa tidak dapat dibawa keluar menggunakan helikopter atau jalan darat.

Tiga lagi mayat mangsa, Laskar Kanan Muhammad Ridzuan Ahmad, 27; Sarjan Azmie Md Yassin, 35, dan Laskar Kanan Saifulizam Alias, 28, dibawa keluar tengah hari semalam.
Dengan kejayaan membawa keluar mayat terakhir pagi ini, misi SAR itu ditamatkan 144 jam selepas Nuri berkenaan dilaporkan terputus komunikasi dengan menara kawalan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, pukul 9.35 pagi Jumaat lalu. Sementara itu, di lokasi nahas pada masa ini, difahamkan cuma tinggal 15 anggota komando Pasukan Khas Udara (Paskau) yang ditugaskan mengawal bangkai helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu.

Mereka adalah antara kira-kira 300 penyelamat yang dikerah ke lokasi nahas bagi mengeluarkan mayat mangsa sejurus bangkai helikopter dikesan pasukan SAR, pukul 1.24 petang, Selasa lalu. Utusan Malaysia diberitahu, kesukaran membawa keluar mangsa bukan semata-mata kerana faktor kesulitan untuk mengeluarkan mereka yang tersepit dalam bangkai helikopter. Malah, pasukan SAR yang kebanyakannya terdiri daripada anggota komando juga berdepan halangan untuk membawa naik mayat ke LP. Antara faktornya ialah, tahap kecuraman tanah gunung menuju ke LP ada yang mencecah 85 darjah. “Bayangkan pengusung mayat yang biasanya diangkat dua orang terpaksa dibawa kira-kira 10 orang, itu pun terpaksa ikat tali pada batang pokok untuk membolehkan ia ditarik naik.
“Semua anggota SAR yang terlibat membawa keluar mayat dari lokasi nahas, berdepan bahaya dan risiko terjatuh atau cedera.

“Namun, demi menjayakan misi ini, kami teguhkan hati memastikan ia berakhir selamat dan semua mangsa dapat dibawa keluar,” kata seorang anggota SAR yang ditemui hari ini.
Walaupun disertai 1,386 anggota pelbagai agensi termasuk tentera dan polis, namun pelbagai kesukaran dihadapi pasukan SAR ketika mendaki dan menuruni lurah, cerun atau permatang di Gunung Bunga Buah dan bukit-bukit berhampiran menyebabkan mereka hanya menemui bangkai Nuri itu pada Selasa lalu iaitu hari kelima misi dilancarkan.

Setelah ditemui, mangsa pula hanya dapat dikeluarkan semuanya dalam tempoh tiga hari iaitu dari Selasa hingga hari ini kerana faktor halangan gerakan darat dan udara.
Anggota SAR terutama Paskau yang terlibat di lokasi bangkai helikopter tiada pilihan selain meminta bantuan udara bagi menerbangkan kesemua mayat yang berjaya dikeluarkan.
Ini kerana, misi membawa keluar mangsa melalui jalan darat hampir mustahil dilaksanakan kerana keadaan muka bumi yang sangat curam di samping faktor cuaca yang boleh membahayakan anggota SAR.

Lebih-lebih lagi, jika melalui jalan darat, kira-kira 15 anggota diperlukan mengusung satu-satu mayat menuju ke tanah lapang yang paling hampir iaitu Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, kira-kira lima kilometer ke tenggara lokasi bangkai helikopter. Perjalanan sejauh itu dengan melalui kawasan pergunungan curam dan beralun sangat menyeksakan pasukan SAR dan berisiko kepada mayat yang dibawa. Ia juga menjadi antara faktor kelewatan pihak SAR menemui bangkai helikopter iaitu pada hari kelima misi atau 100 jam selepas pesawat itu dilaporkan hilang.

Wednesday, July 18, 2007

6 Krew Nuri Terkorban

Pesawat terhempas di lurah sedalam 200m tetapi tak terbakar, kipas tertanggal


GENTING: Semua enam pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang bersama helikopter Nuri sejak Jumaat lalu, terkorban dengan pesawat itu ditemui terhempas di lurah bukit, kira-kira lima kilometer dari terowong Genting Sempah dekat sini, petang semalam.

Helikopter Nuri berlegar di kawasan pesawat terhempas di Genting Sempah, Selangor, semalam

Pesawat yang dipercayai menjunam sebelum terhempas di lurah sedalam lebih 200 meter itu, ditemui sepasukan lapan anggota Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) dari Kem Terendak, Melaka pada jam 1.24 petang.Difahamkan, helikopter itu tidak terbakar tetapi kipasnya tertanggal manakala empat mayat mangsa ditemui di dalam bangkai pesawat berkenaan, manakala dua lagi di luar.

Bagaimanapun, sehingga operasi dihentikan jam 8 malam tadi, jenazah semua mangsa masih gagal dikeluarkan berikutan cuaca buruk dan hutan tebal.Selain juruterbang pesawat itu, Kapten Nor Azlan Termuzi, 29, dan pembantunya, Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof, 27, empat lagi mangsa dikenali Sarjan Udara Khusnizaim Ariffin, 34, Sarjan Udara Mohd Azmie Md Yassin, 35, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias, 28, dan Laskar Udara Kanan Muhammad Ridzuan Ahmad, 27.

Ketika kejadian itu, semua mangsa dalam penerbangan dari Pangkalan TUDM Sungai Besi ke Kuantan. Pesawat itu berlepas jam 9.25 pagi sebelum dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan 10 minit kemudian ketika berada udara Gombak. Pasukan mencari dan penyelamat yang menemui pesawat berkenaan pada operasi hari kelima semalam, sebelum itu turut menghadapi kesukaran menghantar isyarat berikutan cerun terlalu curam.

TINJAU LOKASI: Helikopter Nuri berlegar di kawasan pesawat terhempaskira-kira 5 kilometer dari Lebuhraya Karak berhampiran terowongGenting Sempah, semalam

Isyarat asap pelbagai warna yang dilepaskan dikatakan tidak dapat dikesan beberapa pesawat peninjau termasuk Nuri serta helikopter bomba dan polis akibat kabus tebal.Lebih 1,000 anggota serta pesawat daripada pelbagai agensi keselamatan termasuk Sea Hawk Tentera Laut Amerika Syarikat dan helikopter peribadi Sultan Pahang menyertai operasi itu sejak lima hari lalu.Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan siasatan awal mendapati pesawat itu terhempas berikutan cuaca buruk sejurus selepas berlepas dari Pangkalan TUDM Sungai Besi.
In Grief: Kapt Nor Intan Asykeen’s father Mohd Arof (left) with mother Masnah (right) and other family members in tears after hearing the news about their daughter’s death at their home in Butterworth yesterday.



Dalam sidang akhbar di Kementerian Pertahanan di sini, Timbalan Perdana Menteri berkata, Lembaga Penyiasat sudah memulakan siasatan dan akan mengemukakan laporan dalam masa sebulan.Mengenai kelewatan pasukan mencari dan menyelamat menemui helikopter itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, cerun yang curam, hutan tebal dan cuaca buruk serta masalah komunikasi menyebabkan pesawat itu sukar dikesan.
Bitter news: Sjn Azmie’s uncle Baqee being interviewed at the Kuala Hospital yesterday. He said Azmi’s death was a big blow to the family


Najib juga berkata, pasukan khas TUDM (Paskau) dan anggota komando sedang berusaha menggunakan kaedah terbaik bagi membawa keluar jenazah enam mangsa terbabit.“Hutan tebal umpama kanopi semula jadi di kawasan itu perlu ditebang untuk memudahkan jenazah dikeluarkan mengikut jalan udara,” katanya sambil mengucapkan takziah kepada anggota keluarga mangsa.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada anggota pasukan mencari dan menyelamat termasuk tentera, polis, bomba dan sukarelawan yang bekerja keras sejak Jumaat lalu.Mengenai penggunaan Nuri, Najib berkata, laporan terperinci mengenai nahas itu serta perancangan TUDM akan diteliti sebelum membuat sebarang keputusan.“Kita tidak banyak pilihan sebab Nuri adalah pesawat utama pengangkutan Angkatan Tentera Malaysia terutama dalam menjalankan operasi keseluruhan pasukan.

Oleh itu, kita tidak boleh tamatkan serta merta operasi Nuri,” katanya.Najib berkata, pihaknya juga akan menimbang melengkapkan pesawat berkenaan dengan alat pengesan automatik supaya mudah dikesan apabila berlaku kecemasan.Ketika ini, ATM memiliki lebih 20 pesawat Nuri berusia antara 30 dan 40 tahun tetapi masih dalam keadaan baik.Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mejar Zulkiflee Abdul Latiff dalam kenyataan yang dikeluarkan pula berkata, jenazah semua mangsa akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di kampung masing-masing.

Phiz:

Sedih apabila tengok berita malam tadi menyiarkan tentang 6 krew nuri terkorban. Tapi yg pelik berita dekat utusan kata kesemua mangsa masih berada didalam helikopter tetapi berita harian mengatakan 4 mangsa didalam dan 2 mangsa diluar.

Kesemua menjadi pertanyaan. Tahniah diucapkan kepada sepasukan lapan anggota Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) dari Kem Terendak, Melaka yang cekap.

Al-Fatihah.

Monday, July 16, 2007

Petunjuk Baru Ditemui - Helikopter Nuri Hilang

Helikopter dinaiki Sultan Ahmad Shah kesan pokok patah, terbakarGENTING HIGHLANDS: Operasi mencari dan menyelamat yang disertai Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, menggunakan helikopter peribadi baginda semalam menemui petunjuk baru paling spesifik mengenai kedudukan helikopter Nuri yang hilang, Jumaat lalu.


DENGAR PENJELASAN: Sultan Ahmad Shah diberi penerangan olehPanglima Tentera Udara (TUDM), Jeneral Tan Sri AzizanAriffin (kiri) sebaik tiba di Institut Aminuddin Bakidi Awana, semalam.


Dalam tinjauan udara selama 45 minit bermula jam 9.35 pagi itu, beberapa kesan pokok patah serta terbakar dikatakan ditemui di sekitar kawasan Genting View dekat sini.


GERAKAN MENCARI: AnggotaPaskau TUDM memulakanoperasi di Genting Viewselepas hujan lebatdan kabus tebal, semalam.

Jurucakap Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata, petunjuk baru itu memperkukuhkan lagi maklumat beberapa saksi sebelum ini yang ternampak helikopter melintasi kawasan berkenaan sebelum hilang. Berikutan itu, katanya, satu unit 18 anggota Pasukan Khas Udara TUDM (Paskau) dikerahkan ke kawasan berkenaan menggunakan jalan darat, kira-kira jam 6 petang. Operasi hari ketiga semalam juga ditumpukan di bahagian darat kerana pasukan penyelamat mengalami kesukaran mencari menerusi udara berikutan kabus tebal dan hujan. Pencarian dilakukan meliputi dua kawasan dari Genting, Bidai Ke Awana dan Klang Gate ke Genting Sempah meliputi hutan seluas 50 hingga 60 kilometer persegi. Operasi itu disertai lebih 450 anggota TUDM, Tentera Darat, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan dua unit anjing pengesan. Pasukan pertama Senoi Praaq dan 18 anggota komando VAT69 turut menyertai operasi itu, petang kelmarin.



KEMUDAHAN TAMBAHAN: HelikopterEurocopter E-C 155 milikSultan Pahang dipinjamkanbagi membantu operasimencari pesawat Nuriyang hilang


TERHALANG... Kabus tebal di hutan sekitar Genting Sempah, Genting Highlands semalam menyukarkan gerakan mencari dan menyelamat helikopter Nuri yang hilang bersama enam pegawai dan anggota TUDM, Jumaat lalu.


Selain itu, Tentera Laut Amerika Syarikat menghantar pesawat Sea Hawk bagi membantu operasi berkenaan, manakala teknologi imbasan yang dibangunkan Universiti Putra Malaysia (UPM) mula digunakan petang semalam untuk mengimbas kawasan yang dianggap ada kemungkinan dilalui helikopter itu. Pesawat Nuri itu yang membawa enam pegawai dan anggota, dilaporkan hilang kira-kira jam 10 pagi Jumaat lalu ketika dalam penerbangan dari Pangkalan TUDM Sungai Besi ke Kuantan.

Selain juruterbangnya, Kapten Nor Azlan Termuzi, pembantu juruterbang Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof dan Sarjan Khusnizam Ariffin (kuartermaster udara), pesawat itu turut membawa tiga lagi anggota, Sarjan Mohd Azmie Md Yassin, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias dan Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad.

Sementara itu, Sultan Pahang yang juga Kolonel Yang Dipertua TUDM, turut mendengar taklimat Panglima TUDM, Tan Sri Azizan Ariffin, di markas operasi di Institut Aminuddin Baki di sini selepas menyertai tinjauan udara di kawasan berkenaan. Ketika ditemui pemberita, Sultan Ahmad Shah yakin operasi itu akan berjaya hasil berkat doa dan usaha keras semua pihak. Baginda juga mengarahkan pegawai daerah Bentong mengadakan solat hajat di setiap masjid di daerah itu pada malam tadi untuk mendoakan agar semua mangsa ditemui dalam keadaan selamat."Ini adalah salah satu jalan lain yang perlu dilakukan sebagai umat Islam. Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus membantu dalam menjalankan operasi ini," kata baginda. Azizan pada sidang medianya pula berkata TUDM sedang berusaha mengenal pasti lokasi pesawat berdasarkan hubungan terakhir dengan pangkalan dan sedang mengkaji kemungkinan memperluaskan kawasan carian berasaskan maklumat yang diperoleh setakat ini. "Kita juga berterima kasih kepada Sultan Pahang yang sudi meminjamkan helikopter Eurocopter E-C 155 bersama juruterbang peribadinya, Kapten Meor Abd Wahab Meor Amaluddin bagi membantu operasi SAR," katanya.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Najib Abd Aziz, berharap penggunaan teknologi imbasan yang dibangunkan UPM dapat membantu mempercepatkan usaha mengesan helikopter itu.

INFO: Nuri hilang


- Operasi mencari dan menyelamat dari udara dan darat untuk mengesan helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang di sekitar kawasan Genting Highlands pagi Jumaat lalu dimulakan jam 7.30 pagi dengan jumlah anggota operasi ditambah hingga 450 orang.

- Sistem satelit tidak boleh digunakan untuk mengesan helikopter Nuri yang hilang dalam perjalanan dari Pangkalan TUDM Sungai Besi ke Kuantan dua hari lalu.


- Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang juga Kolonel Yang Dipertua TUDM berkenan meminjamkan helikopter Eurocopter E-C 155 milik baginda bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).


- Baginda meluangkan masa sejam melawat bilik operasi SAR di Institut Aminuddin Baki di Awana serta menghadiri taklimat oleh Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Saturday, July 14, 2007

Karnival GP Joran 2007 KUALA TERENGGANU


KUALA TERENGGANU: Dorongan isteri supaya menyertai Karnival GP Joran 2007 sekali gus diiringi doa memenangi pertandingan itu termakbul apabila Ajwan Abu Naim dinobatkan juara Kategori Laut di sini, Jumaat lalu.Anak kelahiran Kampung Sungai Balang Kecil, Muar Johor itu menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai hadiah hari jadinya yang ke-36 yang disambut pada 6 Julai lalu.


Nelayan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 serta iringan daripada TCE Tackles, UFL Coleman, Bernas, RealRewards, Noraini’s Cookies, DelLusious dan Mobile Income.“Saya mula menyertai GP Joran pada pusingan pertama di Sedili, Johor pada April lalu dan kemenangan ini pasti memberi semangat saya untuk menyertai pertandingan yang berikutnya di Perak dan Terengganu.“Terima kasih juga kepada 10 rakan saya yang sering mengajak saya untuk mencuba nasib pada pertandingan memancing yang dianjurkan oleh Unit Joran,” katanya yang mendaratkan pari minyak seberat 48.02 kilogram.
Bapa dua cahaya mata itu mengambil masa hampir setengah jam untuk menjinakkan pari berkenaan pada 6.30 petang Jumaat. Beliau turut menewaskan seekor aruan tasik.“Kemenangan ini juga seperti satu hadiah hari jadi saya. Inilah yang paling menggembirakan saya. Wang hadiah ini pula akan saya gunakan untuk melengkapkan peralatan memancing dan yang lain untuk keperluan keluarga,” katanya yang menggunakan umpan anak ikan tamban ketika memancing di satu lubuk berhampiran Pulau Kapas.Pemenang kedua, Kategori Laut bagaimanapun dibatalkan kerana sebab teknikal.
Keputusan itu bagaimanapun tidak merubah kedudukan pemenang berikutnya.Tempat ketiga diraih Mohamad Faizal Ismail dari Sentul, Kuala Lumpur yang mendaratkan pari lang seberat 44.14 kilogram pada jam 1.30 pagi Sabtu lalu selepas menelan umpan ikan kembung segar.Tahun ini adalah tempoh percubaan bagi peniaga makanan itu untuk menyertai pertandingan memancing anjuran Berita Harian selepas membabitkan diri buat pertama kali pada GP Joran 2007 di Kelanang, Mei lalu.“Percubaan kali ini dianggap paling berjaya apabila meraih tempat ke-3 serta membawa hadiah wang tunai RM2,000 beserta iringan. Kemenangan ini cukup membanggakan saya serta keluarga.“Wang tunai yang diterima ini akan digunakan untuk melengkapkan peralatan memancing bagi mengharungi cabaran yang lebih sengit pada masa akan datang termasuk Karnival GP Joran di Bagan Datoh dan Kemaman.

CTOS diaibkan


CTOS disaman lagi, peniaga tuntut RM100 juta

Seorang ahli perniagaan hari ini menyaman syarikat Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) dan tiga anak syarikatnya untuk menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta. Seeni Mohamed Mohamed Ali, 42, bertindak demikian kerana mendakwa CTOS telah memfitnahnya dengan memberi maklumat yang tidak dikemas kini kepada tiga buah institusi kewangan sehingga beliau gagal mendapatkan pinjaman.


Seeni yang diwakili peguam Joshua Sambathan memfailkan saman terhadap CTOS Sdn. Bhd., CTOS Data Systems Sdn. Bhd., CTOS-EMR Sdn. Bhd. dan CTOS Business Systems Sdn. Bhd. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Beliau turut menamakan pengarah CTOS, Chung Tze Keong, 52, dan adiknya Chung Tze Wen, 49, sebagai defendan kelima serta keenam.
Dalam pernyataan tuntutannya, Seeni Mohamed selaku plaintif mendakwa tiga institusi kewangan iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Eon Bank Berhad dan Southern Bank telah menolak permohonan pinjamannya. Bank-bank itu, katanya, berbuat demikian kerana khuatir beliau berkemungkinan tidak dapat membayar pinjaman ekoran rekod CTOS tidak dikemas kini.


Menurut plaintif, institusi-institusi kewangan itu tidak memberikannya pinjaman dengan alasan namanya terpapar semasa carian CTOS yang dikendalikan oleh pihak bank berkenaan.
Plaintif memaklumkan kepada defendan pertama pada 22 Jun 2005 supaya mengemaskinikan data mengenai dirinya dalam sistem komputer syarikat itu. Selepas penolakan permohonan di bank-bank berkenaan plaintif melalui peguamnya telah memberikan laporan terkini kepada CTOS mengenai perkembangan satu tuntutan yang telah dibuatnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 22 Ogos 2005.


Plaintif pada Ogos 2006 cuba membuat permohonan pinjaman untuk perniagaan daripada Syarikat Hitech Pro Sales & Services tetapi syarikat itu turut menolak permohonannya dengan alasan yang sama berdasarkan carian dari sumber defendan pertama pada 10 Ogos tahun yang sama.


Phiz: Lama2 bengkrap juga si CTOS ni. MORAL dalam kisah CTOS ni, jangan aniaya rakyat dan jangan bantah cakap kerajaan secarang terbuka seperti di majalah. Kan dah kene.

Helikopter NURI buat hal lagi

Nuri hilang bersama 6 krew -- Terputus hubungan selepas 10 minit terbang dari Sungai Besi

KAPTEN Nor Intan Asykeen Mohd. Arof dipercayai antara krew yang berada dalam pesawat Nuri itu.


Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa enam orang hilang selepas 10 minit berlepas dari Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi pagi ini. Helikopter itu meninggalkan pangkalan tersebut pada pukul 9.25 pagi menuju ke Pangkalan Udara Kuantan.


Dua daripada penumpang helikopter itu berpangkat kapten, seorang flait sarjan dan tiga krew sokongan penerbangan dari 10 Skuadron TUDM yang berpangkalan di Sungai Besi.
Ketika terputus hubungan dengan Menara Kawalan TUDM pada pukul 9.35 pagi, pesawat itu dipercayai sedang terbang di ruang udara di antara hutan Genting Sempah dan Janda Baik di sini.


Pada pukul 9.36 pagi, salah seorang pegawai tentera di dalam helikopter itu cuba menghubungi pusat operasi TUDM menggunakan telefon bimbitnya. Namun, talian terputus ketika pegawai di pusat operasi menjawab panggilan tersebut. Percubaan untuk menghubungi semula telefon bimbit itu gagal. Sebuah syarikat telekomunikasi kemudian memaklumkan kepada TUDM bahawa panggilan berkenaan dibuat dari pencawangnya di Kilometer 36.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak tidak jauh dari pusat peranginan Genting Highlands.
-Berlepas dari TUDM Sungai Besi - 9.25 pagi
-Dijadual tiba TUDM di Kuantan - 10.25 pagi
-Terputus hubungan dengan menara kawalan - 9.35 pagi
-Pesawat hilang dari radar di kedudukan ruang udara Gombak


Sehingga pukul 11 malam ini, helikopter tersebut belum dapat dikesan. Nasib anak kapal dan penumpangnya belum diketahui. Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mejar Zulkiflee Abdul Latiff dalam satu kenyataan pada pukul 7 malam ini memberitahu, TUDM telah melancarkan misi mencari dan menyelamat yang melibatkan pelbagai pihak sebaik sahaja terputus hubungan dengan helikopter itu. Katanya, apabila terputus hubungan, menara kawalan mengarahkan sebuah pesawat TUDM mengesan helikopter tersebut di kawasan sekitar Karak.
Menurutnya, misi itu digerakkan menerusi Pusat Menyelamat (RSC) di Pangkalan Udara TUDM Kuala Lumpur melibatkan pasukan TUDM sendiri, Bomba dan Penyelamat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Pasukan Khas Udara (Paskau). “Helikopter itu membawa tiga krew bersama tiga penumpang. Waris semua anak kapal dan penumpang telah dimaklumkan mengenai kejadian itu. “Selepas mendapat bantuan daripada semua pihak terlibat, operasi mencari dan menyelamat di darat dimulakan di Genting Sempah pukul 3 petang,” kata Zulkiflee.


Ketua Polis Pahang, Datuk Ayob Mohamad dalam sidang akhbarnya di Kuantan petang ini tidak dapat mengesahkan sama ada helikopter itu terhempas atau hanya mendarat cemas.
“Kami dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 2.40 petang oleh TUDM yang meminta kami membantu mereka mengesan helikopter itu,” katanya. Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan Mohammad Sakri Che Sulaiman pula memberitahu, misi mencari helikopter itu dimulakan di kawasan berdekatan terowong Genting Sempah di sini dengan mengambil kira di situlah panggilan terakhir menerusi telefon bimbit dibuat oleh salah seorang penumpang helikopter Nuri itu.

Menurutnya, pencarian dilakukan di sekitar Hutan Genting Sempah dan Janda Baik iaitu kawasan penerimaan isyarat pencawang syarikat telekomunikasi Maxis di Kilometer 36.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak. “Kita percaya panggilan dari telefon bimbit itu dibuat dalam lingkungan lima kilometer dari pencawang tersebut.
“Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi pihak polis untuk membantu gerakan mencari,” katanya. Sakri berkata, seorang petani di Genting Highlands memberitahu pasukan mencari bahawa dia ternampak sebuah helikopter terbang rendah dengan bunyi yang agak pelik di kawasan lereng bukit berhampiran padang golf Awana Resort. Menurut beliau, 20 anggota polis dari Bentong dikerah menyertai operasi mencari dan menyelamat. Sehingga pukul 9 malam ini, sekurangnya 200 anggota tentera terbabit dalam gerakan menyelamat.
Polis juga meminta bantuan anggota Ikatan Relawan Malaysia (Rela) untuk memperluaskan gerakan mencari.


Pasukan pencari dan penyelamat tentera telah membuka markas operasinya berhampiran Institut Aminuddin Baki (IAB) di Genting Highlands di sini tengah malam ini.
Sementara itu, di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, wartawan Utusan Malaysia melihat dua kereta jenazah, sebuah ambulans dan satu jentera bomba TUDM keluar dari pangkalan itu pada pukul 8 malam ini. Bagaimanapun, destinasinya tidak diketahui.



pHiz: DS Najib, sila-la mansuhkan helikopter usang tu. Gantikanlah dengan apache ke, mortal ke ? nyawa2 mereka ni semua tak selamat kalau gunakan barang2 antik.

Friday, July 13, 2007

KPN di cas Rasuah ?


Musa Hassan perlu ‘bersihkan’ nama diatas dakwaan RASUAH terhadap beliau.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan disaran segera bertindak ‘membersihkan’ namanya daripada dakwaan rasuah demi menjaga kredibiliti dan imej pasukan polis.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, Musa merupakan individu terpenting dalam pasukan polis dan sebarang dakwaan rasuah yang dilemparkan terhadap beliau boleh memberi kesan kepada pasukan itu.

“Sebagai timbalan menteri, saya berdoa serta berharap agar dia (Musa) tidak bersalah dan semua itu cuma fitnah seperti yang berlaku terhadap saya sebelum ini.
“Namun, perkara ini boleh menyebabkan masyarakat mempertikaikan kredibiliti Musa selaku kunci utama pasukan polis. Dia perlu bersihkan namanya seperti yang telah saya lakukan sebelum ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini, sebuah laman blog menyiarkan laporan yang mengaitkan Musa dengan rasuah dan penglibatan ketua sindiket jenayah terancang Cina mempengaruhi Ketua Polis Negara mengatur kedudukan para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Mohd. Johari menambah, Musa yang sebelum ini banyak memperkatakan mengenai hal rasuah dan integriti kini terpaksa berhadapan dengan dakwaan rasuah yang dibuat oleh laman blog.
Justeru, jelasnya, Musa perlu menangani perkara itu sebaik mungkin kerana dakwaan tersebut disertakan dengan pelbagai fakta serta nama-nama individu terbabit dan ia mampu menjadi pertikaian masyarakat.

Thursday, July 12, 2007

Alhamdullilah saudara baru kita Mohamad Azhar dan NurLiyana




Muhammad Azhar bersyukur isteri, anak terima hidayah



PASANGAN Muhammad Azhar dan Nur Liyana gembira hidayah Allah bertamu dalam diri anak-anak mereka. Lantaran itu, cabaran yang mendatang mampu ditangani hasil kesepakatan mereka sekeluarga.
APABILA berlaku pengislaman, acap kali yang diambil perhatian ialah dari sudut penerimaan hidayah serta cabaran empunya diri. Manakala bagi yang sudah berkeluarga, persoalan yang sering dibangkitkan, apakah reaksi pasangan dan keluarga mereka?
Jarang terlintas di fikiran kita bertanyakan bagaimana penerimaan anak-anak kesan tindakan orang tua mereka yang mengambil keputusan memeluk Islam.
Apa yang dilalui oleh pasangan kembar, Nur Dayana dan Nur Diyana, 9, serta adik lelaki mereka, Muhammad Adam, 7, sejurus pengislaman ibu bapa mereka, Muhammad Azhar Abdullah dan Nur Liyana Abdullah pada awal tahun turut diakui mencabar, apatah lagi bagi kanak-kanak seusia mereka.
Kata Azhar, jika dibandingkan apa yang beliau dan isteri hadapi amat berbeza kerana sebagai orang dewasa lebih mudah mengendalikan cabaran yang mendatang.
Walaupun mereka pernah disisihkan di sekolah oleh teman-teman serta ditekan dari segi mental daripada saudara mara yang tidak bersetuju dengan pengislaman itu, alhamdulillah mereka berjaya mengatasinya.
“Pun begitu, apabila mereka menyuarakan kekecewaan dan bercerita bagaimana mereka dilayan, sedikit sebanyak ia menyentuh hati kami sebagai ibu bapa mereka. Apa pun, saya amat berbangga dengan mereka tiga beradik.
“Sungguhpun pada usia semuda ini mereka berjaya mengharunginya dan semakin lancar dalam pengajian ilmu agamanya,” luah pasangan muda yang berusia 36 tahun ini sewaktu ditemui di rumah mereka di Bandar Sri Damansara, baru-baru ini.
Azhar yang merupakan guru Pengurusan dan Perniagaan (IB) di Sri KDU Smart School, sebuah sekolah swasta di Kota Damansara, Petaling, Selangor, menyedari cabaran yang bakal dihadapi terutamanya kepada anak-anak,.
Sehubungan itu, beliau memberi pendedahan mengenai keIslaman kepada Nur Dayana, Nur Diyana dan Muhammad Adam menerusi membacakan kisah-kisah nabi.
Di samping itu, beliau juga bersikap lebih terbuka dengan anak-anak kerana memahami sifat azali kanak-kanak yang suka bertanya.
Lebih-lebih lagi apabila melihat orang tua mereka melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kebiasaan adat budaya agama datuk nenek mereka iaitu Hindu.
Alhamdulillah, Allah memudahkan segalanya. Kini, dengan adanya seorang ustazah yang datang ke rumah mengajar Iqra’ pada setiap Ahad, ia mempermudahkan lagi pembelajaran mereka di sekolah. Malah minat mereka untuk mempelajari bahasa Arab dan Jawi sudah semakin lancar.
“Kami juga percaya dan berkeyakinan apabila kita ikhlas dan bersungguh-sungguh dengan-Nya, Allah sentiasa akan memudahkannya waima sebagai hamba-Nya kita tidak terlepas daripada sebarang ujian.
Tidak pernah menyesal
“Kami masih ingat sewaktu hendak memilih nama anak ketiga. Kami bercadang menamakannya Azhari tetapi dia mahukan nama Muhammad Adam. Katanya dia sukakan nama Adam bersempena dengan Nabi Adam menerusi cerita yang pernah disampaikan sebelum ini,” akui Azhar dan Nur Liyana yang tidak pernah menyesal dengan keputusan pengislaman biarpun diduga dengan pelbagai ujian getir.
Menceritakan bagaimana pencarian tentang Islamnya bermula, beliau selalu tertanya dalam diri mengapa manusia perlu menyembah berhala.
Azhar menerima jawapan mengenai hal itu tetapi jauh di sudut hatinya masih wujud rasa tidak berpuas hati.
Rencana tentang pengharaman filem kartun, Prince of Egypt untuk tayangan di Malaysia menjadi pencetus segalanya. Ini kerana filem itu dikatakan menggambarkan Nabi Musa.
Beliau hairan kerana setahunya kisah Nabi Musa atau Moses hanya wujud dalam kitab Bible. Mengapa pula orang Islam mempertikaikannya.
“Dari situ saya mula mencari jawapan. Kebetulan sewaktu mengajar tuisyen di rumah seorang pelajar Kristian, saya terkejut melihat ada senaskhah al-Quran terjemahan tersusun bersama buku-buku lain di atas rak,” katanya.
Beliau terpanggil untuk membeleknya kerana selama ini tidak pernah mengambil tahu tentang kandungan al-Quran. Bila dibelek-belek, beliau semakin keliru kerana di dalam al-Quran terdapat banyak kisah-kisah tentang para nabi sebagaimana di dalam Bible.
Malah, beliau juga tidak menyangka bahawa agama Islam juga mempunyai persamaan yang amat hampir.
Memandangkan kitab itu kepunyaan pelajar, tanpa berlengah beliau membelinya agar dapat terus mengkajinya.
Semakin banyak yang dibaca, semakin banyak yang diketahui tentang Islam dan tanpa disedari mesej itu sampai ke hatinya. Apa yang membuatkan hatinya lebih terkesan ialah membaca kisah kaum-kaum terdahulu yang dimusnahkan oleh Allah kerana keingkaran mereka patuh kepada suruhan Allah, sebaliknya menyembah berhala.
“Saya mula terfikir, mengapa saya masih menyembah berhala. Sedikit demi sedikit saya mula meninggalkan amalan penyembahan dan berhenti sembahyang. Pada Julai 2005, saya sudah yakin sepenuhnya tetapi masih tidak memeluk Islam kerana mahu isteri ikut serta ke jalan kebenaran itu,” katanya.
Dalam masa yang sama, beliau menerangkan keindahan Islam kepada isteri, anak-anak seterusnya meninggalkan amalan kepercayaan kepada agama sebelum ini. Semua ini dilakukan secara senyap-senyap dan cuma mereka sekeluarga mengetahuinya.
“Ini kerana saya mengetahui persepsi keluarga terhadap agama Islam yang lebih menjurus kepada perkara negatif,” terang Azhari atau nama sebelum Islamnya, Kumar Nagappan yang sentiasa berdoa agar ditunjukkan Tuhan agama yang benar.
Di pihak Nur Liyana pula, biarpun beliau sudah diceritakan serba sedikit tentang Islam namun untuk bertukar agama, belum terlintas langsung malah tidak berharap.
Mereka masih meneruskan kehidupan seperti biasa cuma Azhar sudah tidak lagi melakukan sembahyang seorang penganut Hindu.
“Boleh dikatakan sudah 50 peratus saya dapat memahami dan menerima apa yang Azhar terangkan berkenaan Islam. Namun untuk bertukar kepada agama itu, saya masih keberatan,” jelasnya.
Ini kerana, beliau ialah seorang anak yang begitu taat kepada ibu bapa biarpun sudah berumah tangga. Oleh itu, baginya, mengingkari mereka bermakna anak yang derhaka.
“Jadi, saya seboleh-bolehnya tidak mahu timbul perselisihan antara kami. Mungkin disebabkan hal inilah saya lewat mengambil keputusan.
Apabila berpindah ke Bandar Sri Damansara, Azhar mahu menerapkan cara hidup Islam di rumah baru.
“Pada mulanya saya agak keberatan kerana dia sudah mula menggantungkan gambar Kaabah dan meletakkan terjemahan al-Quran. Kali ini Azhar tidak mahu lagi berselindung dan memang serius.
“Di rumah baru ini jugalah saya pernah mengalami pengalaman di mana hampir setiap malam kira-kira pukul 1 pagi selama sebulan saya akan terjaga dari tidur. Bila mata tidak mengantuk, saya mula terfikir tentang pelbagai persoalan.
“Adakah ini petunjuk dari Tuhan dan dari situlah saya berusaha mendekati Islam,” kata Nur Liyana yang kini mengajar di Sekolah Sri Bestari, Bandar Sri Damansara sejak empat tahun lalu.
Cabaran
Menceritakan cabaran yang dihadapinya sebelum bergelar Muslim, tambah Nur Liyana, kebenaran berpoligami di dalam Islam sentiasa dijadikan modal keluarga untuk menakutkannya selain bimbang terputusnya ikatan kekeluargaan sedikit sebanyak merencatkan hasratnya untuk menerima hidayah Allah.
Celah Azhar, apabila isterinya mula menampakkan minat kepada Islam datang pula cabaran. Rakan sekerja Nur Liyana yang baru masuk Kristian cuba memujuknya supaya menerima agama Kristian. Boleh dikatakan setiap hari isterinya menerangkan tentang Kristian.
“Saya terpaksa beri pelbagai hujahan untuk menguatkan kebenaran bahawa agama Islam adalah agama yang betul. Alhamdulillah dia dapat terima.
“Masalah lain pula timbul apabila isteri tidak mahu pula mengisytiharkan pengislaman kami, sebaliknya mahu teruskan cara hidup seperti biasa tanpa menukar agama kerana bimbang diketahui oleh ahli keluarga dan saudara mara yang lain,” jelasnya.
Pada mulanya Azhar bersetuju, tetapi berubah fikiran apabila memikirkan masalah yang timbul akibat merahsiakan pengislaman seperti jika berlaku kematian atau menjalankan tanggungjawab seorang Muslim.
“Kami menemui jalan buntu sehinggalah disarankan oleh seorang teman isteri agar kami bertemu dengan Ustaz Fitri Abdullah iaitu Pengerusi Perkim cawangan Serendah, Selangor.
“Kisah Ustaz Fitri yang berketurunan Brahmin iaitu kasta yang paling tinggi sanggup memilih Islam, menyedarkan kami bahawa apa yang kami lalui ini jauh panggang dari api,” katanya.
Selepas mendengar nasihat dan kata-kata semangat daripada Ustaz Fitri, pintu hati isterinya terbuka untuk menerima Islam.
Azhar yang mengucap dua kalimah syahadah bersama isteri dan tiga orang anak-anaknya di Darul Syifa, Bandar Baru Bangi, Selangor oleh Datuk Haron Din.
Tambah Azhar yang pernah mengajar di Qids Integrated School, sebulan pertama selepas pengislaman beliau dan isteri dilayan macam pasangan yang sedang berbulan madu. Setiap hari ada sahaja teman-teman sesama Islam yang meraikan mereka sekeluarga.
Namun Azhar sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan penerimaan keluarga sebelahnya dan isteri sebaik sahaja berita pengislaman mereka diketahui keluarga. Beberapa bulan selepas pengislaman, hubungan dengan keluarga dan keluarga mertua agak renggang.
“Saya tidak mahu ia terus berkekalan begitu. Sebab itulah, semasa Deepavali, kami berkunjung ke rumah kedua-dua belah keluarga.
“Kami mahu menunjukkan contoh yang baik kepada kedua-dua keluarga kerana Islam itu sendiri mendidik umatnya supaya menonjolkan akhlak yang baik apatah lagi dengan ibu bapa,” jelas Azhar.
Alhamdulillah, katanya, mereka akhirnya merestui pengislaman Azhar sekeluarga selepas mendengar penjelasan sebenar.
“Selama ini ibu menganggap saya dipengaruhi oleh satu unsur ‘lain’ yang dikaburi dengan pelbagai imbuhan.
“Sebagai anak, saya wajib menghormati mereka dan cuba menerangkan selembut boleh bahawa keikhlasan kami lahir bukanlah dalam tempoh singkat tetapi setelah mengkaji lebih lima tahun mengenai Islam,” ujar Azhar yang berazam menjadi contoh kepada para pelajarnya sekali gus mengurangkan persepsi negatif segelintir bukan Islam terhadap agama Islam itu sendiri.
Phiz: Terharu bila saya membaca.

Wednesday, July 11, 2007

Peniaga Melayu kene tindas di KLCC


Peniaga bumiputera di KLCC makin tertekan

KUALA LUMPUR 10 Julai – Kira-kira 12 peniaga bumiputera di Suria KLCC kini semakin tertekan apabila pihak pengurusan pusat beli-belah terkenal itu menaikkan sewa tapak lebih 50 peratus setiap tiga tahun.
Selain itu, peniaga terbabit juga diberi notis berpindah ke lokasi lain selain diminta membuat pengubahsuaian konsep dan pelbagai alasan yang tidak munasabah oleh pihak pengurusan.
Pemilik premis Kelantan Delights, Juhaidi Yean Abdullah ketika dihubungi berkata, banyak tekanan diberikan oleh pihak pengurusan Suria KLCC yang bertujuan untuk mengusir mereka.
‘‘Mereka (Suria KLCC) memberi tekanan hebat dari segi kenaikan sewa yang tinggi dari tahun ke tahun serta arahan untuk mengubah konsep kedai.
‘‘Bebanan terutamanya dari segi kewangan terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh peniaga bumiputera yang menyewa premis di KLCC,’’ katanya.
Jelasnya, peningkatan kadar sewa sebanyak kira-kira RM15,000 setiap tiga tahun jelas menekan peniaga bumiputera di pusat beli-belah itu.
‘‘Bayangkan dari sewa sebanyak RM14,000 sebulan enam tahun lalu kini telah meningkat menjadi RM43,000 sebulan.
‘‘Apa yang jelas, sebuah restoran Korea khabarnya akan menggantikan tempat ini seandainya saya ‘mengalah’ dan berpindah keluar dari Suria KLCC,’’ ujarnya.
Juhaidi berkata, dia bercadang untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Bertindak Peniaga Bumiputera KLCC bagi membela nasib peniaga bumiputera yang masih bertahan di situ.
‘‘Saya berharap pihak tertentu yang bertanggungjawab tidak terlalu leka sehingga nasib peniaga bumiputera semakin tertindas dan lenyap dari bangunan milik kita sendiri,’’ jelasnya.
Dia juga kesal kerana pertemuannya dengan pihak pengurusan tertinggi Petronas untuk membincangkan perkara tersebut tidak mendatangkan sesuatu yang positif.
‘‘Sayangnya, aduan daripada seorang peniaga bumiputera yang bermasalah hanya dipandang mudah dan diserahkan kepada pengurus Suria KLCC yang bukan berasal dari negara ini untuk menyelesaikannya,’’ ujarnya.
Utusan Malaysia hari ini menyiarkan tindakan pihak pengurusan pusat beli-belah Suria KLCC yang menaikkan kadar sewa sehingga 50 peratus sehingga membebankan pemilik premis bumiputera di kompleks tersebut.
Keadaan itu juga kini menyebabkan sebahagian besar peniaga bumiputera terpaksa menghentikan operasi mereka kerana tidak mampu untuk menanggung kos sewa yang terlampau tinggi.
Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati kebanyakan peniaga bumiputera yang masih berniaga di situ takut untuk mengadu masalah yang dihadapi kepada pihak yang berkaitan.
Ini kerana mereka tidak mahu ‘periuk nasi’ terjejas ekoran setiap aduan yang dikemukakan menyebabkan pihak pengurusan pusat beli belah mencari alasan untuk memindahkan premis mereka ke lokasi baru yang didakwa tidak strategik.
Sementara itu, pihak pengurusan KLCC yang dihubungi enggan memberi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.
phiz: mereka mahukan keuntungan daripada menaikan bangsa mereka. minta keluarkan satu arahan daripada kerajaan untuk menyediakan sekurang2nya 25% tapak untuk bumiputera.

Tuesday, July 10, 2007

guide to protecting your identity

Thieves may sell your information on the black market or use it to obtain money, credit or even expensive medical procedures. Unless you're vigilant in protecting your records, you'll have to work even harder to repair the damage to your credit. The average victim spends 30 to 40 hours rectifying the problem.

Some of the e-threats to your identity are:

Phishing.


You get an e-mail that appears to be from your bank or an online service, most often PayPal or eBay, instructing you to click on a link and provide information to verify your account.

Pharming or spoofing.
Hackers redirect a legitimate Web site's traffic to an impostor site, where you'll be asked to provide confidential information. visit http://wiki.unilocusa.com/Understanding_Pharming


Smishing.
This is phishing done with text messaging on your smart phone. It instructs you to visit a bogus Web site. visit http://www.avertlabs.com/research/blog/index.php/category/mobile-security-research/ , http://blogs.ebay.com/probizteam

Spyware.
You've unknowingly downloaded illicit software when you've opened an attachment, clicked on a pop-up or downloaded a song or a game. Criminals can use spyware to record your keystrokes and obtain credit card numbers, bank-account information and passwords when you make purchases or conduct other business online. They also can access confidential information on your hard drive.


You don't need to have a computer to become a victim. (See "How safe is your financial information?")

Vishing


Voice phishing. You get an automated phone message asking you to call your bank or credit card company. Even your caller ID is fooled. You call the number and are asked to punch in your account number, PIN or other personal information (See "Your phone may be under attack.") visit http://www.cardguide.co.uk/articles/vishing.html , http://www.voip-weblog.com/50226711/voip_and_sms_is_now_the_target_of_phishers.phpweblog.com/50226711/voip_and_sms_is_now_the_target_of_phishers.php , http://www.abc.net.au/science/news/stories/s1694737.htm

ATM skimming.
Crooks use a combination of a fake ATM slot and cameras to record your account information and PIN when you use a cash machine. Crooks will steal your wallet, or go through your mail or trash. visit http://www.hoax-slayer.com/atm-
skimming
More than half of identity theft cases involve credit card fraud. Checking accounts are the second most popular target. (See "Keep thieves out of your bank account.") But some crooks have other plans:
At least 250,000 people have been the victim of medical identity theft in the last several years. (See "Diagnosis: Identity theft.") Crooks use fraudulently obtained personal information to get expensive medical procedures or dupe insurance companies into paying for procedures that were not done.

The victims of about 5% of reported identity theft cases are children. The fraud often goes undetected for years -- until the young adult applies for credit. (See "Stolen innocence: Child identity theft.")

16 tips to protect yourself You can take steps to protect yourself from identity fraud:
Keep your confidential information private. Your bank or credit card company won't call or e-mail to ask for your account information. They already have it.
Keep an inventory of everything in your wallet and your PDA, including account numbers. Don't keep your Social Security card in your wallet.

Stop getting banking and credit card information in the mail. (See "Go paperless for safer banking.")

Monday, July 09, 2007

Blogs under scrutiny in Malaysia

PM of Malaysia: Those who spread untruths on the Net will be detained Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Prime Minister of Malaysia, warned all bloggers that "if information in blogs, websites and online portals were incorrect, bordered on slander, caused disturbance or compelled the public to lose faith in the nation’s economic policies, their authors would be detained for investigation".

The Malaysian government is even considering adjusting the Printing Presses and Publications Act^ to include blogs and online media.This comes hot on the heels of a government-ordered media blackout on Article 11, a coalition of NGOs dedicated to upholding the principles of Article 11 of the Malaysian constitution, about freedom of religion, after several protests claiming Article 11 to be anti-Muslim and confusing it with the now-defunct Interfaith Comission Initiative, which aimed to be a body of people of different faiths raising awareness about diversity of religion and working together on religious issues.

Minister of Energy, Water, and Communications Dr Lim Keng Yaik said that they will not censor the Internet (as promised when the Multimedia Super Corridor was launched), but after events such as prominent Malaysian political blogger Jeff Ooi being investigated over a supposedly offensive comment on his blog entry about Islam in 2005, and alternative news source MalaysiaKini's office raided after carrying a letter critical of the ruling party's policies in 2003, no one is really quite sure.

13 daripada 26 AJK Keadilan Bahagian Shah Alam telah meletakkan jawatan serentak pada 4 Julai dalam suatu Mesyuarat Khas di Shah Alam.

Perletakan jawatan ini diketuai oleh Ketua Bahagian sendiri Sdr Nasir Khan. Diikuti dengan Timbalan Ketua Tengku Ahmad, Naib Ketua Tan Ah Kow, Setiausaha Mohd Nazmi, Bendahari Abdul Rashid, Ketua Penerangan SD Johari, Ketua Angkatan Muda Rozali Abu Bakar, Pengarah DUN Salehin Hasan dan lima [5] ajk bahagian yang lain. Dijangkakan ada dua [2] lagi ajk bahagian akan menghantar surat perletakan jawatan mereka dalam waktu terdekat untuk mengikut jejak langkah rakan rakan yang telah mengundurkan diri.
Daripada 13 pimpinan Shah Alam yang letak jawatan, dua [2] daripada mereka mengumumkan keluar parti. Mereka adalah SD Johari dan Abd Rashid.Difahamkan, walaupun diatas kertas iaitu surat perletakan jawatan kesemua mereka memberikan alasan masing masing dan ada yang tidak memberikan sebarang alasan, namun tindakan ini dilihat sebagai suatu bukti SOLIDARITI kepada Ezam.Menurut SD Johari, beliau ambil keputusan untuk keluar parti setelah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim. Pada hemat beliau, Anwar hilang hala tuju perjuangan dan sudah tidak serius dalam membantu parti untuk menang dan mengalahkan Barisan Nasional.
Tambahnya lagi Anwar yang ada sekarang bukanlah Anwar yang kita kenal sepanjang tahun 1998 sehingga beliau dibebaskan. Sebagai bukti Anwar tidak berani menyerang kepimpinan Pak Lah yang dikatakan lemah kalau nak dibandingkan sewaktu rejim kezaliman Mahathir. Waktu itu Anwar berjaya memimpin kita semua sehingga memaksa Mahathir melepaskan jawatan, tetapi sekarang ini Anwar tak berani untuk berceramah walaupun sekali di Kepala Batas.
Anwar hanya berani berseloka dipentas ceramah mendabik dada kununnya ada dokumen rasuah dan salah laku ramai menteri tetapi langsung tak berani mendedahkan walaupun satu pembongkaran. Ini amat berbeza dengan keberanian Ezam yang masih di landasan memerangi rasuah walaupun bukan lagi dalam parti.SD Johari kesal dengan sikap dan perubahan Anwar Ibrahim mengenepikan ramai individu yang selama ini telah banyak berkorban untuk beliau. Ada diantara mereka hilang keluarga, pekerjaan, perniagaan, jadi muflis, gadai harta benda dsbnya.

Kene si Ctos ni




Ambil tindakan terhadap CTOS – Abdullah


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan pihak-pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap operasi Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) sekiranya syarikat itu terbukti melanggar peraturan.


Menurut Perdana Menteri, kerajaan tidak akan mengecualikan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang daripada dikenakan tindakan.
‘‘Orang berkenaan (Bank Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) kenalah ambil tindakan,” tegasnya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Kesedaran Alam Sekitar, di sini hari ini.


Beliau diminta mengulas mengenai isu berhubung CTOS yang didakwa oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas, menggunakan perkataan ‘biro’ dalam memorandum tataurusnya, yang membolehkan pendaftarannya dibatalkan serta-merta.
Ini memandangkan penggunaan perkataan ‘biro’ bagi merujuk kepada syarikat itu adalah satu kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) kerana ia hanya boleh diguna pakai setelah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM).


Semalam, Kayveas berkata, CTOS turut melakukan satu kesalahan lain yang membolehkannya dibatalkan apabila objektif penubuhan syarikat yang dicatatkan di dalam memorandum itu berlainan dengan operasi sebenar yang menjual maklumat kewangan peribadi.
CTOS, menurutnya, melanggar tujuh undang-undang negara termasuk Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berhubung larangan mencetak, menjual dokumen dan penerbitan.


Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Chung Tze Keong sebelum itu berkata, syarikat berkenaan akan tetap beroperasi seperti biasa kerana jenis perniagaan yang dijalankannya sejak 17 tahun lalu adalah sah mengikut undang-undang.

Saturday, July 07, 2007

Gambar2 ini di-postkan di blog si luncai Tian chua. Kesian, inilah katanya ;

" I thank those good hearted individuals who tried to inform me the picture is doctored. I should certainly know. I also believe the real photo exists, and hopefully it will eventually be displayed publicly ".

Dah takde modal, maka dia lemparlah fitnah. Kesian, patutlah ramai yg angkat kaki dari parti KEADILAN.

budak baru habis PMR pun tahu, ini bukan super-impose tetapi paria-impose.

3 some having a dinner ? ekekekek kesian si tian chua ni.
Gambar sebenar Dato Najib.

pHiz: kesimpulan daripada pix2 ni semua, tian chua mmg nak buat lawak dkt najib.

Wednesday, July 04, 2007

CTOS should be vanished immediately


DPIM mahu kerajaan bertindak ke atas CTOS

PULAU PINANG 3 Julai – Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) mendesak kerajaan supaya tidak sekadar memberi amaran terhadap Credit Tip-Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) sebaliknya segera bertindak terhadap syarikat berkenaan.
Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd. Yusoff Latiff berkata, tindakan itu perlu kerana sudah ramai usahawan bumiputera teraniaya dan terjejas dengan tindakan CTOS.
‘‘Walaupun kerajaan telah banyak kali memberi amaran pihak pengurusan CTOS masih macam itu juga. Jadi, cukup-cukuplah dengan memberi amaran terus sahaja ambil tindakan.
‘‘DPIM memandang serius perkara berkenaan dan tidak mahu jika tindakan segera tidak dapat diambil lebih ramai lagi usahawan bumiputera terjejas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, CTOS diberi kata dua sama ada mengemas kini 13 juta maklumat membabitkan 780,000 individu dalam simpanan syarikat itu atau bakal menghadapi tindakan undang-undang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas berkata, tiada tempoh masa ditetapkan tetapi memberi amaran kepada syarikat itu bertindak segera kerana beberapa undang-undang sedia ada boleh diguna pakai.
Beliau berkata, CTOS boleh didakwa di bawah Seksyen 4 dan 12, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999; Seksyen 4, Akta Rahsia Rasmi 1972; Seksyen 73 Akta Jenayah Komputer 1997; Seksyen 22 Akta Keselamatan Dalam Negeri; Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989; dan Akta Perbankan Islam 1983.
Mohd. Yusoff yang juga Pengerusi DPIM Pulau Pinang memberitahu, ahli-ahli DPIM di semua negeri juga meminta DPIM pusat mengemukakan cadangan supaya kerajaan mengambil tindakan segera terhadap CTOS.
Tambahnya, aktiviti CTOS juga dilihat secara tidak langsung menjejaskan usaha kerajaan untuk menaik taraf usahawan- usahawan bumiputera sekali gus menyekat peluang mengembangkan perniagaan.
‘‘Sudah tiba masanya CTOS disekat daripada beroperasi dan tindakan segera diambil jika negara mahu lihat lebih ramai peniaga Melayu mencapai tahap membanggakan dan berjaya di negara ini,” ujarnya.



Ctos ni, mmg patut ditutup sahaja operasi mereka. Ini kerana,
1. mereka tidak memberi maklumat yg terkini ttg bakal2 peminjam
2. maklumat di database mereka tidak tepat
3. ramai bakal peminjam2 bank disenarai hitamkan oleh kerana kegagalan mereka dibidang perniagaan dahulu.
4. kebanyakan yg disenarai hitamkan adalah usahawan2 MELAYU
5. CTOS tidak menyokong kerajaan dengan tidak membantu usahawan2 BUMIPUTERA didalam agenda kerajaan meningkatkan peratusan peniaga bumiputera
6. CTOS dikenalpasti sebagai tali barut pengkhianat negara yg benci akan dasar2 kerajaan seperti DEB. Mereka telah beroperasi lebih 20 tahun dan pada masa itulah sampai sekarang peniaga2 bumiputera tidak pernah maju walaupun pelbagai cara kerajaan salurkan.
CTOS boleh didakwa di bawah Seksyen 4 dan 12, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999; Seksyen 4, Akta Rahsia Rasmi 1972; Seksyen 73 Akta Jenayah Komputer 1997; Seksyen 22 Akta Keselamatan Dalam Negeri; Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989; dan Akta Perbankan Islam 1983.

Tuesday, July 03, 2007

Guide to buy TV

With many technologies to choose from, it can get complicated. Here's how to translate the specs.

Enter a showroom this fall and you'll find the widest selection of big-screen HDTVs ever, each incorporating different tech. There are hang-on-the-wall plasma and LCD sets, along with DLP (digital light processing), LCD, and LCoS (liquid crystal on silicon) rear-projection TVs. Follow these guidelines: Look for a brightness rating of at least 400 candelas per meter squared (expressed as cd/m2), which is double the brightness of a typical direct-view set.
Insist on a contrast ratio (the visual difference between the blackest black and the whitest white) of 400:1. And consider the angle at which you'll be watching the TV. Rear-projection TVs have poor viewing angles; LCDs and plasmas are more forgiving. Finally, keep in mind that digital displays must "upconvert" analog signals to their native resolution. Since a TV's ability to handle this conversion without artifacts varies greatly, be sure to check for a good internal converter. Any from Faroudja should be fine.

1. REAR-PROJECTION LCD
Advantages: No burn-in; most affordable of the widescreens
Disadvantages: Color isn't uniform; blacks aren't very black; contrast ratio is low; limited viewing angleSize Range: 40 to 60 inches
Average Resolution: 1,280 by 720
2. PLASMA
Advantages: The biggest and brightest (500 cd/m2) of the hang-on-the-wall TVs; wide viewing angles (up to 160 degrees vertical and horizontal)
Disadvantages: The phosphors that create the picture are generally more orange than red—plus they can wear unevenly and with a static picture, cause permanent burn-in Size Range: 32 to 63 inches
Resolution Range: 852 by 480 to 1,366 by 768
3. LIQUID CRYSTAL ON SILICON
Advantages: Highest resolution of any rear-projection; no burn-in
Disadvantages: Limited viewing angle Size: 57 inches (others coming next year)
Resolution: 1,920 by 1,080
4. LCD
Advantages: The thinnest of the hang-on-the-wall TVs, with the widest viewing angle (170 degrees vertical and horizontal); very bright (450 cd/m2); no burn-in
Disadvantages: Fast-moving images tend to blur, so look for 25-millisecond or less refresh rate; blacks aren't completely black on some models (though it's improving)
Size Range: 15 to 40 inches
Average Resolution: 1,280 by 720
5. DIGITAL LIGHT PROCESSING
Advantages: Very accurate color reproduction; no burn-in; excellent contrast
Disadvantages: Some units create "glitter" artifacts on solid blocks of color; limited viewing angle
Size Range: 43 to 65 inches
Average Resolution: 1,280 by 720

Monday, July 02, 2007

Joran berwajah baru


Website Joran Berita Harian kini berwajah baru. Anda boleh lawati di http://www.bharian.com.my/Current_News/Joran/index_html. Sekalung Tahniah diucap.

Merchong


Pemburuan ikan layar berterusan sehingga tempoh ‘menutup kuala’ awal November lalu. Walaupun laut bagai hamparan, cuaca mendung di kejauhan Laut China Selatan menandakan detik tengkujuh sudah di ambang waktu. Mohd Fadzli Hamidun, peserta setia Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) 2007 berkata, lubuk Tukun Tayar menghidangkan kehadiran tiga ikan layar dalam trip terakhir sebelum monsun itu. Purata ikan yang didaratkan ialah 25 kilogram seekor.