« Home | Petunjuk Baru Ditemui - Helikopter Nuri Hilang » | Karnival GP Joran 2007 KUALA TERENGGANU » | CTOS diaibkan » | Helikopter NURI buat hal lagi » | KPN di cas Rasuah ? » | Alhamdullilah saudara baru kita Mohamad Azhar dan ... » | Peniaga Melayu kene tindas di KLCC » | guide to protecting your identity » | Blogs under scrutiny in Malaysia » | 13 daripada 26 AJK Keadilan Bahagian Shah Alam tel... »

6 Krew Nuri Terkorban

Pesawat terhempas di lurah sedalam 200m tetapi tak terbakar, kipas tertanggal


GENTING: Semua enam pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang bersama helikopter Nuri sejak Jumaat lalu, terkorban dengan pesawat itu ditemui terhempas di lurah bukit, kira-kira lima kilometer dari terowong Genting Sempah dekat sini, petang semalam.

Helikopter Nuri berlegar di kawasan pesawat terhempas di Genting Sempah, Selangor, semalam

Pesawat yang dipercayai menjunam sebelum terhempas di lurah sedalam lebih 200 meter itu, ditemui sepasukan lapan anggota Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) dari Kem Terendak, Melaka pada jam 1.24 petang.Difahamkan, helikopter itu tidak terbakar tetapi kipasnya tertanggal manakala empat mayat mangsa ditemui di dalam bangkai pesawat berkenaan, manakala dua lagi di luar.

Bagaimanapun, sehingga operasi dihentikan jam 8 malam tadi, jenazah semua mangsa masih gagal dikeluarkan berikutan cuaca buruk dan hutan tebal.Selain juruterbang pesawat itu, Kapten Nor Azlan Termuzi, 29, dan pembantunya, Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof, 27, empat lagi mangsa dikenali Sarjan Udara Khusnizaim Ariffin, 34, Sarjan Udara Mohd Azmie Md Yassin, 35, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias, 28, dan Laskar Udara Kanan Muhammad Ridzuan Ahmad, 27.

Ketika kejadian itu, semua mangsa dalam penerbangan dari Pangkalan TUDM Sungai Besi ke Kuantan. Pesawat itu berlepas jam 9.25 pagi sebelum dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan 10 minit kemudian ketika berada udara Gombak. Pasukan mencari dan penyelamat yang menemui pesawat berkenaan pada operasi hari kelima semalam, sebelum itu turut menghadapi kesukaran menghantar isyarat berikutan cerun terlalu curam.

TINJAU LOKASI: Helikopter Nuri berlegar di kawasan pesawat terhempaskira-kira 5 kilometer dari Lebuhraya Karak berhampiran terowongGenting Sempah, semalam

Isyarat asap pelbagai warna yang dilepaskan dikatakan tidak dapat dikesan beberapa pesawat peninjau termasuk Nuri serta helikopter bomba dan polis akibat kabus tebal.Lebih 1,000 anggota serta pesawat daripada pelbagai agensi keselamatan termasuk Sea Hawk Tentera Laut Amerika Syarikat dan helikopter peribadi Sultan Pahang menyertai operasi itu sejak lima hari lalu.Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan siasatan awal mendapati pesawat itu terhempas berikutan cuaca buruk sejurus selepas berlepas dari Pangkalan TUDM Sungai Besi.
In Grief: Kapt Nor Intan Asykeen’s father Mohd Arof (left) with mother Masnah (right) and other family members in tears after hearing the news about their daughter’s death at their home in Butterworth yesterday.



Dalam sidang akhbar di Kementerian Pertahanan di sini, Timbalan Perdana Menteri berkata, Lembaga Penyiasat sudah memulakan siasatan dan akan mengemukakan laporan dalam masa sebulan.Mengenai kelewatan pasukan mencari dan menyelamat menemui helikopter itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, cerun yang curam, hutan tebal dan cuaca buruk serta masalah komunikasi menyebabkan pesawat itu sukar dikesan.
Bitter news: Sjn Azmie’s uncle Baqee being interviewed at the Kuala Hospital yesterday. He said Azmi’s death was a big blow to the family


Najib juga berkata, pasukan khas TUDM (Paskau) dan anggota komando sedang berusaha menggunakan kaedah terbaik bagi membawa keluar jenazah enam mangsa terbabit.“Hutan tebal umpama kanopi semula jadi di kawasan itu perlu ditebang untuk memudahkan jenazah dikeluarkan mengikut jalan udara,” katanya sambil mengucapkan takziah kepada anggota keluarga mangsa.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada anggota pasukan mencari dan menyelamat termasuk tentera, polis, bomba dan sukarelawan yang bekerja keras sejak Jumaat lalu.Mengenai penggunaan Nuri, Najib berkata, laporan terperinci mengenai nahas itu serta perancangan TUDM akan diteliti sebelum membuat sebarang keputusan.“Kita tidak banyak pilihan sebab Nuri adalah pesawat utama pengangkutan Angkatan Tentera Malaysia terutama dalam menjalankan operasi keseluruhan pasukan.

Oleh itu, kita tidak boleh tamatkan serta merta operasi Nuri,” katanya.Najib berkata, pihaknya juga akan menimbang melengkapkan pesawat berkenaan dengan alat pengesan automatik supaya mudah dikesan apabila berlaku kecemasan.Ketika ini, ATM memiliki lebih 20 pesawat Nuri berusia antara 30 dan 40 tahun tetapi masih dalam keadaan baik.Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mejar Zulkiflee Abdul Latiff dalam kenyataan yang dikeluarkan pula berkata, jenazah semua mangsa akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di kampung masing-masing.

Phiz:

Sedih apabila tengok berita malam tadi menyiarkan tentang 6 krew nuri terkorban. Tapi yg pelik berita dekat utusan kata kesemua mangsa masih berada didalam helikopter tetapi berita harian mengatakan 4 mangsa didalam dan 2 mangsa diluar.

Kesemua menjadi pertanyaan. Tahniah diucapkan kepada sepasukan lapan anggota Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) dari Kem Terendak, Melaka yang cekap.

Al-Fatihah.