« Home | CTOS diaibkan » | Helikopter NURI buat hal lagi » | KPN di cas Rasuah ? » | Alhamdullilah saudara baru kita Mohamad Azhar dan ... » | Peniaga Melayu kene tindas di KLCC » | guide to protecting your identity » | Blogs under scrutiny in Malaysia » | 13 daripada 26 AJK Keadilan Bahagian Shah Alam tel... » | Kene si Ctos ni » | Gambar2 ini di-postkan di blog si luncai Tian chua... »

Karnival GP Joran 2007 KUALA TERENGGANU


KUALA TERENGGANU: Dorongan isteri supaya menyertai Karnival GP Joran 2007 sekali gus diiringi doa memenangi pertandingan itu termakbul apabila Ajwan Abu Naim dinobatkan juara Kategori Laut di sini, Jumaat lalu.Anak kelahiran Kampung Sungai Balang Kecil, Muar Johor itu menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai hadiah hari jadinya yang ke-36 yang disambut pada 6 Julai lalu.


Nelayan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 serta iringan daripada TCE Tackles, UFL Coleman, Bernas, RealRewards, Noraini’s Cookies, DelLusious dan Mobile Income.“Saya mula menyertai GP Joran pada pusingan pertama di Sedili, Johor pada April lalu dan kemenangan ini pasti memberi semangat saya untuk menyertai pertandingan yang berikutnya di Perak dan Terengganu.“Terima kasih juga kepada 10 rakan saya yang sering mengajak saya untuk mencuba nasib pada pertandingan memancing yang dianjurkan oleh Unit Joran,” katanya yang mendaratkan pari minyak seberat 48.02 kilogram.
Bapa dua cahaya mata itu mengambil masa hampir setengah jam untuk menjinakkan pari berkenaan pada 6.30 petang Jumaat. Beliau turut menewaskan seekor aruan tasik.“Kemenangan ini juga seperti satu hadiah hari jadi saya. Inilah yang paling menggembirakan saya. Wang hadiah ini pula akan saya gunakan untuk melengkapkan peralatan memancing dan yang lain untuk keperluan keluarga,” katanya yang menggunakan umpan anak ikan tamban ketika memancing di satu lubuk berhampiran Pulau Kapas.Pemenang kedua, Kategori Laut bagaimanapun dibatalkan kerana sebab teknikal.
Keputusan itu bagaimanapun tidak merubah kedudukan pemenang berikutnya.Tempat ketiga diraih Mohamad Faizal Ismail dari Sentul, Kuala Lumpur yang mendaratkan pari lang seberat 44.14 kilogram pada jam 1.30 pagi Sabtu lalu selepas menelan umpan ikan kembung segar.Tahun ini adalah tempoh percubaan bagi peniaga makanan itu untuk menyertai pertandingan memancing anjuran Berita Harian selepas membabitkan diri buat pertama kali pada GP Joran 2007 di Kelanang, Mei lalu.“Percubaan kali ini dianggap paling berjaya apabila meraih tempat ke-3 serta membawa hadiah wang tunai RM2,000 beserta iringan. Kemenangan ini cukup membanggakan saya serta keluarga.“Wang tunai yang diterima ini akan digunakan untuk melengkapkan peralatan memancing bagi mengharungi cabaran yang lebih sengit pada masa akan datang termasuk Karnival GP Joran di Bagan Datoh dan Kemaman.