Friday, September 29, 2006

Karnival Kad Mesra Joran 2006 di Pantai Teluk Chempedak - Menarik !
















Gambar berikut adalah pemenang daripada pertandingan Karnival Kad Mesra Joran 2006 di Pantai Teluk Chempedak minggu lalu.

Berikut adalah senarai nama pemenang mengikut kategori :


PEMENANG KESELURUHAN KATEGORI LAUT

1. Jamaludin Rahmad (Sel) pari 46.22 kg
2. Kong Chok Lung (Sel) pari 38.50 kg
3. Mohd Fairuz Saian (Sel)35.08 kg
4. Ismail Saad (Ked) pari 26.06 kg
5. Thein Tet Soon (Sel) pari 25.8kg

Kategori Spesies: ALU-ALU
1. Tarmizi Ishak (KL) 12.12 kg
2. Mohd Nasir Mohd Noor (Pah) 9.56 kg
3. Zainal Hassan (Mel) 8.20 kg

ARUAN TASIK
1. Ahmadi Chik (Pah)14.84 kg
2. Sidek Kassim (Joh) 11.30 kg
3. Mohd Zulkifli Abdullah (Joh) 10.58 kg

BAYAN
1. Yazid Dollah (Kel)
2.96 kg2. Md Isa Abdul (Ked) 1.48kg
3. Shuhaimi Shamsudin (Ter) 1.08 kg

EBEK
1. Jaaman Sainan (Sel) 8.24 kg
2. Md Yusoff Mohamad (NS) 7.14 kg
3. Norjisham Johari (NS) 6.66 kg

GERUNG
1. Tarmizi Izuan Jaafar (Pah) 3.62 kg

JENAHAK
1. Mohamad Aslam Mohd Din (Joh) 5.94 kg
2. Md Nor Hiddayad Mohd Noh (Sel) 4.08 kg
3. Mohd Ghazali Ismail (Pah) 2.26 kg

KERAPU
1. Abd Razak Abd Hamid (Joh) 2.82 kg
2. Abdul Rahim Abdol Rahman (Pah) 1.30 kg
3. Rohmat Chik (Pah) 0.88 kg

LANDUK
1. Zakaria Ngah (KL) 1.66 kg
2. Abd Samat Hussin (Joh) 1.58 kg
3. Abu Bakar Ahmad (Pah) 1.56 kg

TENGGIRI
1. Hazrin Ahmad (Joh) 7.44 kg
2. Mohammad Zain Sharani (KL) 6.70 kg
3. Mohd Zaimi Abdullah (Pah) 5.98 kg

PARI
1. Zulkhairi Othman (Pah) 24.98 kg
2. Ho Lip Ngin (Sel) 24.62 kg
3. Azman Omar (Joh) 23.02 kg.

PEMENANG KESELURUHAN KATEGORI PANTAI

1. Kamarudin Mustafa (Kel) pari 4.04 kg
2. Mohd Irhwan Abd Samad (Pah) pari 4.01 kg
3. Jamaludin Saian (Joh) pari 2.08 kgKategori Spesies:

DURI
1. Rosli Abdul Jabar (Pah) 0.10 kg
2. Nordin Ahmad (Pah) 0.06 kg

BULUS
1. Daing Mohd Noh (Joh) 0.06 kg
2. Rahmah Hassan (Joh) 0.06 kg
3. Abdul Ghani Kadir (Pah) 0.03 kg

TODAK
1. Rosli Pilus (Pah) 0.24 kg
2. Ahmad Faizal Alam (Pah) 0.15 kg

PARI
1. Zahuri Zakaria (Ter) 0.39 kg

KETUKA
1. Ismail Omar (Ter) 0.24 kg
2. Mohd Salleh Ismail (Pah) 0.23 kg
3. Maizun Maazam (Pah) 0.16 kg

KERAPU
1. Azhar Hussain (Ter) 0.14 kg

SEMILANG
1. Azhar Hussain (Pah) 0.10 kg

Thursday, September 28, 2006

Kasih sepanjang hanyat


JADI TANGGUNGJAWAB: Chikmemandikan cucunya, Md Saadyang lumpuh dari paraspinggang ke bawah serta tidak mampu bercakap dengansempurna sejak kecil.

Kasih sepanjang hayat, i think that's the best sentence yg layak untuk nenek tu. Even dah tua pun still strong and eager to take care her grandson yg sakit tu. 2 thumbs up untuk nenek tu, and ill suggest this nenek menang award utk Ibu Mithali peringkat kebangsaan.

Amaran di bulan Puasa.

Poster amaran umat Islam hormati Ramadan: SEORANG penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melekatkan poster menghormati Ramadan di sebuah restoran sekitar Shah Alam. Sebanyak 10,000 poster amaran ditampal di premis makanan di seluruh negeri ini. Program menampal poster sekitar bandar raya itu diketuai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri, Datuk Abdul Rahman Palil. Poster itu memuatkan nombor talian bebas tol Jais 1-800-88-2424 dan nombor telefon Jais daerah, selain peringatan serta amaran jika melanggar peruntukan syariah.

Wednesday, September 13, 2006

Gempar hari ini . . .



















GEMPAR: Wajah berupa manusia jelas kelihatan pada batang pokok pinang di Kampung Paya, Kepala Batas.


















OPERASI BERAKHIR: Buaya yang dipercayai membaham Mohd Azuan (gambar kecil) minggu lalu ditemui mati oleh anggota Rela dan penduduk di Kampung Bako dekat Kuching. Difahamkan, pawang buaya dari Samarahan, Cheek Inu, 70, memasang umpan ayam di beberapa tempat strategik di Sungai Sarawak. Cheek sebelum ini dikatakan memberitahu bahawa buaya yang membaham kanak-kanak itu, akan mati apabila memakan umpan berkenaan.


















OPERASI PEMINDAHAN: Kakitangan Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah Pahang bertungkus lumus memindahkan gajah berusia 18 tahun yang ditangkap Perhilitan Kelantan di Kampung Lata Janggut, Jeli dengan bantuan dua ekor gajah denak untuk dipindahkan ke Hutan Simpan Belum di Perak.

Tuesday, September 12, 2006

'Sampai hati dia'. Isteri ketiga lari selepas dihadiah banglo, kereta.


MELAKA:

"Saya kecewa sungguh. Saya sangat sayangkan dia. Sampai hati dia tinggalkan saya setelah segala kasih sayang dan kemewahan saya berikan padanya," demikian luahan seorang datuk berusia 61 tahun, yang ditinggalkan isteri mudanya, Juliana Yunos, 35, empat hari lalu.

SAAT BAHAGIA:Gambar persandinganantara Abd Manapbersama Juliana.Abd Manap Ma'min mendakwa isteri ketiganya itu meninggalkannya selepas dia membayar deposit RM80,000 untuk membeli sebuah kereta Mercedes-Benz Kompressor CLK dan menguruskan proses pembelian banglo berharga RM3.8 juta di Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk dihadiahkan kepadanya.Abd Manap yang lebih dikenali sebagai Ayah Haji mendakwa, isteri mudanya yang dikahwininya enam bulan lalu meninggalkan rumah mereka di Kampung Pasir Tumbuh, Simpang Merlimau, Jasin, di sini, pada jam 4 petang, Jumaat lalu. “Dia kata nak pergi pasar malam, tetapi rupanya dia lari. Dia turut membawa bersama pasport antarabangsa saya yang kebetulan disimpan dalam beg tangannya.

Pada jam 9.30 malam pada hari sama, dia hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya mengatakan dia `hendak mengundur diri'.“Saya cuba hubungi dia termasuk di rumah ibunya di Perak, tetapi tak dapat. Saya tak tahu ke mana dia pergi,” katanya.Ahli perniagaan yang juga pemilik sebuah syarikat perkapalan itu turut membawa album perkahwinannya dengan Juliana ke pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Melaka, semalam.Beliau berkahwin dengan Juliana enam bulan lalu pada satu majlis persandingan yang diadakan tiga hari tiga malam.Perkahwinan itu katanya, diadakan tiga hari selepas dia diperkenalkan oleh seorang rakan dengan Juliana yang sudah menjanda dua tahun, dengan wang hantaran RM25,000.Katanya, Juliana yang juga janda mempunyai empat anak berusia antara tiga dan sembilan tahun, adalah bekas pegawai syarikat insurans dari Teluk Intan, Perak. "Saya juga memberikan RM3,000 sebulan untuk nafkah empat anak tiri saya yang juga anak Juliana dengan bekas suaminya. Dia meminta nafkah RM12,000 sebulan daripada saya sebagai ganti kerana saya memintanya berhenti bekerja selepas berkahwin dengan saya," dakwa beliau.Ayah Haji ditemani isteri keduanya berusia 42 tahun yang berdarah campuran Eropah/Arab ketika datang ke pejabat NSTP semalam.

Kesimpulan : Dah tua pakcik uiii, ingat2 lah pergi ke masjid selalu. ini asik ingat nak tambah bini baru je. dah kene kencing baru padan muka. kesian ...

First came the green light for a reduction in traffic fines. Two days later, the red light went up. Now the lights show half red and half green.


However, there will be no reduction in the RM300 fine for five serious offences:

1.Speeding
2.queue-jumping
3.beating the red light
4.using emergency lanes 6.overtaking on a double-line

Chan Kong Choy said yesterday: "Yes, you can expect some reduction in the rates but we don’t know how much yet."

He said for offences such as :
1.illegal U-turns
2.illegal parking
3.not wearing seatbelts
4.driving with an expired licence

- the compound rates would be standardised with some being reduced.

phiz says : Yet finally our government had made good decision by stopping the 'mega discount' offered by the police. ermm, everybody knew that the government still need our money by paying high summons in the future. They can't simply let go the big income they had. Anyway, congratulations to Police because of their brilliant idea to reduce Malaysian people financial load that comes everyday.

Tuesday, September 05, 2006

Dr. sheikh muszaphar shukor ' our first astronaut'


ABDULLAH Ahmad Badawi mengucapkan tahniah kepada Sheikh Muszaphar Shukor (kiri) sambil diperhatikan Faiz Khaleed selepas mengumumkan nama dua calon akhir Program Angkasawan Negara di KLIA, Sepang, semalam.

Aussie croc hunter Steve Irwin killed in 'freak' stingray attack

Make it short to understand.

- he is World-famous Australian "crocodile hunter"

- he been killed by a stingray blow to the chest while filming a documentary on the Great Barrier Reef

- was killed when a stingray barb punctured his heart during underwater filming off northeastern Australia

- "He came over the top of a stingray and the stingray's barb went up and went into his chest and put a hole into his heart,"


-"It's likely that he possibly died instantly when the barb hit him, and I don't think that he ... felt any pain," a tearful Stainton told reporters in the city of Cairns. "He died doing what he loved best."

- Police and officials at Irwin's zoo confirmed his death in the freak incident that took place at about 11:00 am (0100 GMT) off the coast of Port Douglas in the northeastern Australian state of Queensland.

-"If it hits any vital organs it's as deadly as a bayonet," they said.

Traffic summons decrease. Good news for us !!!

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan penurunan kadar saman melebihi 50 peratus kepada para pesalah trafik berkuat kuasa serta-merta.
Ia bagi meringankan beban pengguna jalan raya berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dan pada masa yang sama menggalakkan pesalah trafik menjelaskan saman mereka dengan segera.
Dalam kadar terbaru yang diperkenalkan itu, pesalah trafik hanya akan dikenakan saman bermula daripada RM30 (minimum) hingga RM100 (maksimum).
Bagaimanapun pesalah trafik yang disaman sebelum tarikh hari ini tidak akan menikmati keistimewaan tersebut bagi mengelakkan sebarang komplikasi undang-undang.
Turut terkecuali ialah mereka yang terlibat dalam kesalahan berat seperti kemalangan maut, memandu dalam keadaan mabuk, pemandu bawah umur tanpa lesen, memandu cuai serta berbahaya, tiada insurans dan lumba haram.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam Bukit Aman, Datuk Mustafa Abdullah berkata, kadar ini merupakan potongan 50 peratus daripada kadar lama.
“Pelaksanaan kadar baru kompaun ini juga bertujuan mendidik mereka agar lebih berhemah di jalan raya dan tidak memberi rasuah.
‘‘Bagaimanapun pesalah lalu lintas sebelum hari ini boleh membuat rayuan bagi mengurangkan bayaran saman mereka,’’ katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.
Mustafa berkata, mereka yang disaman mulai hari ini tidak boleh lagi mengemukakan rayuan untuk mengurangkan jumlah bayaran saman memandangkan ia sudah terlalu rendah.
Katanya, pesalah lalu lintas diberi tempoh sehingga dua bulan untuk menjelaskan saman mereka sebelum waran tangkap dikeluarkan bagi mengelakkan jumlah kompaun melonjak sekali ganda.
Sehubungan itu, tambah beliau, sekiranya orang ramai berubah sikap dengan membayar saman mereka dengan segera, kemungkinan Ops Warta tidak perlu lagi dilaksanakan.
‘‘Kadar baru ini bukan dilakukan sesuka hati kerana ia merupakan pendapatan kerajaan namun kita bersikap positif dan mahu rakyat berubah sikap,’’ ujarnya.
Beliau berkata, sekiranya perlaksanaan kadar baru itu berjaya, kemungkinan ia akan diteruskan sampai bila-bila, tetapi jika sebaliknya, polis akan mengkaji kesesuaian saman baru tersebut untuk kembali kepada kadar lama.
Sementara itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak salah anggap kadar baru itu akan menggalakkan pengguna jalan raya membuat kesalahan, sebaliknya ia adalah kemahuan pucuk pimpinan polis yang mahu mengurangkan beban rakyat.
Kadar saman baru adalah seperti berikut:
- Kesalahan kemalangan kecuali yang tidak boleh dikompaun:
Kadar lama bagi semua kenderaan RM300. Kadar baru bagi bas dan lori RM200, kereta, teksi, van dan pacuan empat roda (RM150) dan motosikal (RM100).
- Kesalahan pandu laju
Kadar lama bagi semua kenderaan RM150.
Kadar baru bagi lori dan bas RM90, kereta, teksi, van dan pacuan empat roda (RM70) dan motosikal (RM50).
- Kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar: Kadar lama bagi teksi RM150, van RM80 dan kereta RM70.
Kadar baru bagi semua kenderaan RM50.
* Kompaun bagi kesalahan tidak memakai topi keledar dikurangkan daripada RM70 kepada RM30.
* Kesalahan tidak boleh buat pusingan ‘U’, kesalahan memotong cara bahaya serta potong barisan dan kesalahan memandu di lorong kecemasan:
Kadar lama bagi lori dan bas turun daripada RM200 kepada RM90, kereta, teksi, van dan pacuan empat roda daripada RM100 kepada RM70, manakala motosikal daripada RM70 kepada RM50.
* Kesalahan langgar isyarat lampu merah:
Kadar lama bagi lori, bas, teksi, kereta, van dan pacuan empat roda RM200, manakala motosikal RM150.
Kadar baru bagi lori dan bas kekal RM200, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM150 dan motosikal RM100.
* Kesalahan memandu guna telefon bimbit dan alat komunikasi:
Kadar lama bagi lori dan bas RM200, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM100 serta motosikal RM70.
Kadar baru bagi lori dan bas kini turun kepada RM90, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM70 dan motosikal RM50.
* Kesalahan tidak beri laluan sebelum membelok:
Kadar lama untuk lori dan bas RM200, kereta, teksi, van dan pacuan empat roda RM100 dan motosikal RM70.
Kadar baru untuk lori dan bas kini turun kepada RM90, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM70 dan motosikal RM50.
* Kesalahan lesen memandu dan tidak mempamerkan cukai jalan:
Kadar lamanya ialah RM150 bagi bas dan lori, kereta, teksi, van, pacuan empat roda RM80 dan motosikal RM70.
Kadar baru bagi lori dan bas kini RM90, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM70 dan motosikal RM30.

Monday, September 04, 2006

Kesucian air zam-zam


The picture beside is the Molecule of Zam-zam, the holiest and most sacred water to Muslims.


Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah: Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau. Diantaranya :Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah. Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan hadirin yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM). Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi" Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam". Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam." Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit). Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah. Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".