« Home | First came the green light for a reduction in traf... » | Dr. sheikh muszaphar shukor ' our first astronaut' » | Aussie croc hunter Steve Irwin killed in 'freak' s... » | Traffic summons decrease. Good news for us !!! » | Kesucian air zam-zam » | Jacqueline Pascarl-Gillespie » | RPBIC 2007 dipacu ke sirkit dunia - Sailfish » | 21 Aug K and CT » | Two heads are better than one ? » | ZULEYKA RIVERA »

'Sampai hati dia'. Isteri ketiga lari selepas dihadiah banglo, kereta.


MELAKA:

"Saya kecewa sungguh. Saya sangat sayangkan dia. Sampai hati dia tinggalkan saya setelah segala kasih sayang dan kemewahan saya berikan padanya," demikian luahan seorang datuk berusia 61 tahun, yang ditinggalkan isteri mudanya, Juliana Yunos, 35, empat hari lalu.

SAAT BAHAGIA:Gambar persandinganantara Abd Manapbersama Juliana.Abd Manap Ma'min mendakwa isteri ketiganya itu meninggalkannya selepas dia membayar deposit RM80,000 untuk membeli sebuah kereta Mercedes-Benz Kompressor CLK dan menguruskan proses pembelian banglo berharga RM3.8 juta di Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk dihadiahkan kepadanya.Abd Manap yang lebih dikenali sebagai Ayah Haji mendakwa, isteri mudanya yang dikahwininya enam bulan lalu meninggalkan rumah mereka di Kampung Pasir Tumbuh, Simpang Merlimau, Jasin, di sini, pada jam 4 petang, Jumaat lalu. “Dia kata nak pergi pasar malam, tetapi rupanya dia lari. Dia turut membawa bersama pasport antarabangsa saya yang kebetulan disimpan dalam beg tangannya.

Pada jam 9.30 malam pada hari sama, dia hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya mengatakan dia `hendak mengundur diri'.“Saya cuba hubungi dia termasuk di rumah ibunya di Perak, tetapi tak dapat. Saya tak tahu ke mana dia pergi,” katanya.Ahli perniagaan yang juga pemilik sebuah syarikat perkapalan itu turut membawa album perkahwinannya dengan Juliana ke pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Melaka, semalam.Beliau berkahwin dengan Juliana enam bulan lalu pada satu majlis persandingan yang diadakan tiga hari tiga malam.Perkahwinan itu katanya, diadakan tiga hari selepas dia diperkenalkan oleh seorang rakan dengan Juliana yang sudah menjanda dua tahun, dengan wang hantaran RM25,000.Katanya, Juliana yang juga janda mempunyai empat anak berusia antara tiga dan sembilan tahun, adalah bekas pegawai syarikat insurans dari Teluk Intan, Perak. "Saya juga memberikan RM3,000 sebulan untuk nafkah empat anak tiri saya yang juga anak Juliana dengan bekas suaminya. Dia meminta nafkah RM12,000 sebulan daripada saya sebagai ganti kerana saya memintanya berhenti bekerja selepas berkahwin dengan saya," dakwa beliau.Ayah Haji ditemani isteri keduanya berusia 42 tahun yang berdarah campuran Eropah/Arab ketika datang ke pejabat NSTP semalam.

Kesimpulan : Dah tua pakcik uiii, ingat2 lah pergi ke masjid selalu. ini asik ingat nak tambah bini baru je. dah kene kencing baru padan muka. kesian ...