« Home | 21 Aug K and CT » | Two heads are better than one ? » | ZULEYKA RIVERA » | Hani Mohsin passed away » | Italy are the world champions 2006 » | France 2 - Portugal 0 » | Germany 0 - Italy 2 » | World Cup Semi Finals » | Who's Fault ? » | BBQ for everyone. »

RPBIC 2007 dipacu ke sirkit dunia - Sailfish

ROMPIN: Dengan 436 sentapan dan 185 ikan layar (sailfish) atau Istiophorus platypterus ditanda kemudian dilepaskan semula sudah cukup mengesahkan perairan di sini khususnya Karang DO, Karang Cha, Karang Batu Mati, Karang Luas, Batu Berhala, Karang Rompin, Tukun Tayar dan Batu Saga adalah syurga ikan layar terbaik di dunia.

Ini dibuktikan melalui Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) 2006 anjuran Unit Joran Berita Harian dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang dan Tourism Malaysia yang menjadikan perairan di sini sebagai gelanggang acara pada 5 dan 6 Ogos lalu.Dengan jumlah tangkapan dan sentapan yang direkodkan maka purata daripada 120 peserta RPBIC 2006 merasai sentapan dan tiap seorang mendapat ‘lesen’ memancing.Rekod sentapan hari pertama (Sabtu) ialah 146 dan 77 dapat ditanda. Hari kedua menyaksikan Batu Saga dan sekitar Karang DO adalah lubuk terbaik apabila majoriti peserta tertumpu ke situ sekali gus mencatatkan 290 sentapan dan 108 tangkapan.Ikan layar menggemari umpan yang dilepaskan dengan menggantung belon. Kaedah melepaskan umpan hidup kurang dipraktikkan dalam acara ini.Bot laju yang digunakan menyaksikan tempoh pergi balik ke lokasi mengambil masa singkat. Kemahiran tekong juga kian meningkat dengan keupayaan mengundur bot dengan pantas. Enjin bot yang digunakan 70hp x 2 unit yang mampu melakukan pecutan 36 batu nautika sejam sehingga enjin 175 seunit untuk pecutan maksimum 398 batu nautika sejam. Saiz bot 27 hingga 36 kaki selesa untuk membawa tiga peserta selain seorang tekong dan marshal.

Sebanyak 40 pasukan daripada 13 negara bakal bersaing merebut RM33,900 yang ditawarkan dalam RPBIC 2006. Mereka dari Singapura, Filipina, Perancis, Indonesia, China, Australia, New Zealand, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Zimbabwe dan Afrika Selatan selain tuan rumah, Malaysia.RPBIC 2004 menyaksikan 23 pasukan dengan 69 peserta dari Malaysia, Singapura dan Zimbabwe. Angka itu meningkat kepada 33 pasukan dengan 99 peserta tahun lalu dari Australia, Filipina, China, Jepun, Singapura, United Kingdom, Kanada dan Malaysia.RPBIC mendapat pengiktirafan dunia kerana mengamalkan konsep tangkap dan lepas (catch and release). Ini bermakna RPBIC tidak mengorbankan walau seekor layar berbanding acara di negara lain yang menggantung spesies itu di kayu gandar pameran ikan. Pemantauan pertandingan dilakukan oleh marshal mendapat pengiktirafan Persatuan Memancing Malaysia (PeMM) sekali gus meningkatkan perakuan bahawa acara ini dianjurkan secara profesional dan telus. Unit Joran dan PeMM juga setuju melantik panel bebas menduduki barisan terakhir penghakiman RPBIC 2007 supaya proses menentukan kesahihan pemenang lebih tepat, bebas serta telus.Majlis penutup RPBIC 2006 juga berlangsung gemilang. Penampilan gadis penari dari Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Pahang memukau kira-kira 300 hadiri dengan lima set tarian tradisi Melayu. Pementasan itu mendapat pujian peserta.Kehadiran wakil daripada 12 media dari Malaysia, Singapura dan Australia turut membantu promosi RPBIC akan datang. Berdasarkan pencarian di internet, ada 124 laman web yang memaparkan kisah, pakej dan perniagaan lain membabitkan ikan layar di Rompin.Sudah semestinya, persiapan RPBIC 2007 dibuat mulai malam Ahad lalu sehingga acara itu dianjurkan pada Ogos tahun depan. Sasaran Tourism Malaysia sekurang-kurangnya 50 pasukan menyertai RPBIC 2007 walaupun ada komitmen daripada Unit Joran untuk membawa masuk 80 pasukan dengan 250 peserta.