Wednesday, January 30, 2008

Loloq meninggal dunia


Penulis lirik terkenal, Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, di sini hari ini.
Penulis lirik yang berasal dari Singapura itu meninggal dunia pada pukul 1.37 petang akibat pendarahan otak.

Suharto meninggal


Takziah kepada Keluarga Pak Harto. Who been developed Indonesian from jungle to modern city.

Wednesday, January 23, 2008

Sharon nyaris jadi mangsa sindiket dadah

Selepas beberapa wanita Malaysia ditahan dan kini meringkuk di penjara beberapa negara kerana menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa, seorang wanita hari ini tampil mendedahkan dia nyaris mengalami nasib serupa apabila terperangkap 44 hari di Venezuela, November lalu.

Wanita itu, Sharon Joan Louis, 27, dari Negeri Sembilan dan suaminya Rayol Haridass, 32, termakan pujukan lelaki Afrika dikenali sebagai Joe, 20-an, dari Nigeria yang mendakwa sebagai pelajar di pusat pengajian tinggi tempatan. Terpukau habuan RM10,000 untuk sekadar kerja membawa beg berisi emas atau disebut ahli sindiket itu sebagai gold dust (serbuk emas) untuk tempoh hanya dua minggu tetapi berlarutan menjadi 61 hari itu, Sharon ke Caracas, Venezuela, 6 Oktober lalu.

Bagaimanapun, selepas tiga minggu di Venezuela Sharon baru menyedari dirinya diperalat dan dalam nyawanya dalam bahaya lalu meminta bantuan pihak Kedutaan Malaysia di Caracas.
Selepas 21 hari di bawah perlindungan pihak kedutaan, dia dihantar pulang pada 25 November lalu. Dia wanita pertama setakat ini berjaya melepaskan diri daripada perangkap sindiket pengedaran dadah didalangi lelaki-lelaki Afrika itu yang kini membanjiri negara ini.

Menurut Rayol, segala-sagalanya bermula apabila dia dipelawa menyertai misi itu oleh seorang rakan yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), September lalu.
Katanya, dia kemudian diperkenalkan kepada Joe tetapi pada awalnya beliau langsung tidak mempercayai tawaran itu kerana bimbang melibatkan kegiatan jenayah. “Tetapi Joe terus-menerus telefon dan pujuk saya malah dua kali datang ke rumah kami di Seremban. Pertengahan September lalu, saya pergi lihat sendiri rumah tempat tinggal lelaki Afrika itu.
“Kami mula berubah pendirian apabila Joe yang mulut manis bercakap berjanji segala-gala kos ke Venezuela ditanggungnya termasuk kos buat pasport antarabangsa,” katanya.
Tertipu

Sharon pula berkata, mengikut perancangan awal, Rayol dan anak mereka, Harrith Isaac, 2, dibenarkan mengikuti misi itu bersama-samanya.
Tetapi, apabila permohonan suaminya mendapatkan pasport gagal disebabkan pernah kehilangan sebelum ini, Joe menasihatkan dia tidak membawa Isaac kerana masalah penjagaannya.

“Pada 6 Oktober, Joe beli tiket lebih RM6,000 untuk penerbangan pergi balik saya dari KLIA ke Amsterdam, Belanda dan saya terbang hari itu juga. “Saya tiba di Amsterdam esoknya dan tinggal di sebuah hotel yang ditetapkan... hari kedua saya telefon dan jumpa lelaki Afrika nama Locky seperti diarahkan oleh Joe sebelumnya,” ujarnya.

Sharon menambah, dia tinggal di Amsterdam empat hari sebelum Locky mengambil tiket baliknya dan memberi tiket penerbangan ke Venezuela. Katanya, dia tiba di Caracas pada 6.30 petang 11 Oktober dan menghubungi serta berjumpa seorang lelaki Afrika lain bernama Partick keesokannya. “Saya patut pulang dengan barang itu untuk diserahkan kepada Locky di Amsterdam pada 18 Oktober tetapi Patrick tangguh kepada 23 Oktober. Malangnya pada 23 Oktober pun dan kemudian 4 November. “Ini menyebabkan saya makin rimas sebah sudah tinggal tiga minggu di hotel yang sama,” katanya.

Menurut Sharon, pada 23 Oktober, beliau naik berang apabila Patrick yang dihubunginya memberitahu bahawa dia belum boleh pulang kerana misinya belum selesai.
“Saya menjadi makin geram dan mencurigainya apabila dia mengatakan bahawa dia sendiri tak tahu bila boleh pulang, malah menambah bahawa ada 2-3 orang lagi wanita Malaysia yang ada di Venezuela ketika itu,” ujarnya.

Selepas berbincang dengan suaminya di tanah air, Sharon kemudian meminta perlindungan dengan pihak Kedutaan Malaysia di Caracas dengan tinggal di pejabat itu selama 21 hari sebelum dihantar pulang ke tanah air pada 25 November lalu. Sepanjang dalam perlindungan pihak kedutaan itu, beliau sempat berbual menerusi telefon dengan dua gadis Malaysia berusia 20-an yang ditahan kerana kes dadah, dipercayai melibatkan sindiket lelaki Afrika yang sama termasuk membabitkan Joe.

Kedua-dua gadis itu adalah siswazah dan juga pelajar tahun akhir jurusan undang-undang di sebuah universiti di Malaysia. Sharon yakin pemain dram kumpulan Fotograf, Sham Ahmad atau Ringgo yang ditahan di lapangan terbang dan pada pagi hari yang sama dia berlepas dari Caracas, telah menjadi mangsa perangkap sindiket pengedaran dadah yang sama.
“Saya diberitahu oleh pihak kedutaan bahawa Ringgo juga tinggal di Hotel Altamira iaitu hotel murah yang sama dengan tempat tinggal saya di sana.

“Malah, saya diberitahu bahawa modus operandi sindiket itu sama iaitu mendakwa barangan yang mahu dibawa itu adalah emas atau gold dust,” ujarnya.
pHiz:

Kepada rakyat malaysia terutama student yang belajar tinggi2, pakailah otak dan jangan jadi hamba duit dan berfikiran cetek mahu senang dengan jalan yg mudah. Tolong jaga imej, janganlah sama dengan orang kulit hitam pun kita kene kencing ! malu oiii.

Bomoh dipanggil cari Sharlinie

Seramai 100 bomoh dari beberapa negeri buat kali pertamanya hari ini berkumpul di rumah Sharlinie Mohd. Nashar di Taman Medan di sini bagi membantu mencari kanak-kanak itu menggunakan kaedah tradisional.

Mereka merupakan pengamal perubatan Ikatan Bomoh Negara Sebelas Serangkai dan Ahli Jemaah Sabililah dari Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Johor.
Satu upacara dilakukan pada pukul 9.30 pagi ini yang turut melibatkan ibu bapa Sharlinie, Suraya Ahmad dan Mohd. Nashar Mat Hussein serta dua orang anak mereka Nurul Amirah, 11, dan Sharliena, 8.

Kumpulan itu melakukan upacara yang didakwa berasaskan ayat-ayat suci al-Quran dalam usaha mereka membantu keluarga Sharlinie mengesan kanak-kanak itu.
Sangkar burung indrawan dan merpati putih digunakan dalam upacara itu. Burung merpati itu kemudian dilepaskan di tengah padang permainan tempat Sharlinie bermain sebelum hilang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, kira-kira 200 meter dari situ.
Dalam upacara berkenaan juga, daun pandan dan puding serta beberapa biji kelapa digunakan yang dipercayai dapat membuka hati penculik memulangkan kanak-kanak itu kepada keluarganya.

Turut hadir, Presiden Pengamal Ikatan Bomoh Negara Sebelas Serangkai dan Ahli Jemaah Sabililah Negeri Selangor, Nasir Mahmud.

Waspada ‘serbuk emas’ lelaki Afrika

“Awas! Jangan terpedaya dengan lelaki Afrika mendakwa sebagai pelajar di Malaysia dan tawarkan bayaran RM10,000 untuk satu trip menghantar serbuk emas (gold dust) di luar negara.”
Itulah amaran seorang wanita, Sharon Joan Louis dari Negeri Sembilan yang nyaris terperangkap dan menjadi mangsa penganiayaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang berpusat di Venezuela. Lelaki Afrika itu mempedayakan Sharon dengan memberitahu tugasnya hanya membawa serbuk logam emas.

Sharon, 27, yang dihantar ke Caracas, Venezuela pada November lalu memberitahu, ‘serbuk emas’ itu sebenarnya adalah dadah jenis kokain. Katanya, mangsa yang diperalatkan biasanya diserahkan 5 kilogram kokain bagi setiap trip. Dadah sebanyak itu bernilai RM1.24 juta di pasaran antarabangsa.

Dalam satu temu bual dengan Utusan Malaysia, Sharon menceritakan bagaimana dia tertarik dengan ganjaran RM10,000 untuk satu trip menghantar ‘serbuk emas’ yang ditawarkan oleh seorang lelaki Nigeria bernama Joe. Lelaki berusia 20-an itu dikenalinya di Malaysia dan mendakwa belajar di sebuah kolej tempatan.

Pada 6 Oktober lalu, Sharon sendirian dihantar ke Venezuela melaksanakan misi menghantar ‘serbuk emas’ dari Caracas ke Amsterdam, Belanda yang awalnya dijanjikan dua minggu mulai tarikh dia berlepas kemudian berlarutan 40 hari sebelum dia menyedari dirinya diperalatkan.
Sharon mungkin satu-satunya wanita yang terselamat daripada menjadi mangsa ketika melaksanakan misi menghantar ‘serbuk emas’.
Pada masa ini lima wanita Malaysia sedang meringkuk di penjara Venezuela kerana kes-kes dadah, semuanya selepas dipedaya oleh lelaki Afrika.
“Apabila sedar ditipu, saya minta perlindungan Kedutaan Malaysia di Caracas 5 November lalu. Saya ‘disembunyikan’ 21 hari sebelum dihantar pulang ke Malaysia pada petang 25 November lalu,” katanya.
Pada pagi dia berlepas pulang dari Lapangan Terbang Simon Bolivar di Caracas, pemain dram kumpulan Fotograf, Sham Ahmad atau Ringgo pula ditahan bersama beg berisi 4.6 kilogram kokain. Sharon percaya Ringgo juga mangsa sindiket itu.
pHiz:
Kerajaan sepatutnya pantau gejala african & nigerian ni. Mereka2 semua mengundang kadar jenayah di Malaysia.

Friday, January 11, 2008

Lagi Kanak-kanak hilang !



Selepas dua kanak-kanak diculik dalam tempoh 48 jam termasuk Sharlinie Mohd. Nashar, 5, di Taman Medan di sini semalam, polis yang tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan beberapa kes culik di Lembah Klang sebelum ini, menubuhkan pasukan khas Bukit Aman dan Selangor bagi memburu dua suspek berkaitan.


Ia langkah pantas polis dalam menangani kes culik kanak-kanak yang banyak persamaan modus operandi iaitu melibatkan empat budak perempuan di Kampung Baru pada Jun dan Julai lalu serta kes culik dan bunuh Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin yang hilang 20 Ogos lalu sebelum mayatnya ditemui pada 27 hari kemudian.


Penjenayah bagi kes-kes culik itu digelar sebagai ‘Abang Kucing’ kerana modus operandi memujuk mangsa mencari kucing dan burung yang hilang.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pasukan khas itu akan melancarkan gerakan memburu besar-besaran penjenayah tersebut bagi mengembalikan semula kanak-kanak berkenaan kepada keluarganya.


‘‘Pada masa yang sama polis juga telah mengedarkan gambar-gambar Sharlinie di pintu-pintu sempadan negara dan lapangan terbang bagi menghalang penjenayah lolos dan memastikan mangsa tidak dibawa keluar dari negara ini,’’ katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini. Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut memuji pihak Utusan Malaysia kerana membantu menyediakan poster-poster mencari Sharlinie.


Menurut Musa, siasatan kes itu dilakukan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan kanak-kanak daripada penjaganya yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun. Menjawab soalan mengenai kemungkinan penjenayah adalah orang yang sama atau mempunyai kaitan dengan kes-kes culik sebelum ini, beliau berkata: “Kami tidak menolak kemungkinan itu dan akan menyiasat secara menyeluruh dan dari segenap aspek.
“Pada masa ini, kami sedang memburu kedua-dua suspek itu melalui lakaran wajahnya dan akan mengedarkannya kepada media cetak dan elektronik secara meluas.


“Kami juga berharap orang ramai agar tampil membantu menyalurkan maklumat kerana di kawasan kejadian terdapat banyak gerai,” katanya. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi semalam, Sharlinie dan kakaknya Sharliena, 8, yang dalam perjalanan pulang dari bermain di taman permainan berdekatan rumahnya di Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, hilang ‘dalam sekelip mata’.


Lokasi kali terakhir Sharlinie dilihat kakaknya ialah kira-kira 150 meter dari rumah mereka iaitu di persimpangan lorong ke taman permainan itu dengan di kiri kanannya adalah rumah teres. Sebelum Sharlinie yang berjalan kaki ‘hilang sekelip mata’, kakaknya yang menunggang basikal kira-kira lima meter di belakangnya, menoleh ke belakang kerana terdengar bunyi orang berjalan kaki.


Selepas ternampak kelibat seseorang di belakangnya, Sharliena beberapa saat kemudian menoleh semua ke depan dan mendapati adiknya itu telah hilang.
Dia pantas mengayuh basikal ke rumah datuknya berhampiran rumah mereka untuk bertanya sama ada Sharlinie sudah tiba di rumah tetapi akhirnya keluarga tersebut menyedari kanak-kanak itu telah hilang.


Sharlinie hilang hanya 24 jam selepas Nur Fatiha Zaidi, 6, diculik seorang lelaki ketika sedang bermain sendirian pada pukul 5 petang di pekarangan flat Desa Sepakat Sri Manja, Kampung Medan, kira-kira dua kilometer dari lokasi Sharlinie diculik.
Bagaimanapun, Nur Fatiha ditinggalkan penjenayah berkenaan di Wangsa Maju di sini kira-kira tiga jam kemudian.


Musa berkata,berikutan kes terbaru ini, beliau meminta ketua-ketua polis negeri mengadakan perbincangan dengan pemimpin masyarakat supaya menetapkan seorang dewasa mengawasi taman-taman permainan kanak-kanak.