« Home | Bomoh dipanggil cari Sharlinie » | Waspada ‘serbuk emas’ lelaki Afrika » | Lagi Kanak-kanak hilang ! » | Planets of the apes Chonology " tarak minum, tarak... » | ISA 'sinopsis' » | Menteri akui doktor cuai » | penat » | Mohon maaf Meng Chee ditolak » | Fishy Tips » | TNB reef has been cancelled, change this saturday »

Sharon nyaris jadi mangsa sindiket dadah

Selepas beberapa wanita Malaysia ditahan dan kini meringkuk di penjara beberapa negara kerana menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa, seorang wanita hari ini tampil mendedahkan dia nyaris mengalami nasib serupa apabila terperangkap 44 hari di Venezuela, November lalu.

Wanita itu, Sharon Joan Louis, 27, dari Negeri Sembilan dan suaminya Rayol Haridass, 32, termakan pujukan lelaki Afrika dikenali sebagai Joe, 20-an, dari Nigeria yang mendakwa sebagai pelajar di pusat pengajian tinggi tempatan. Terpukau habuan RM10,000 untuk sekadar kerja membawa beg berisi emas atau disebut ahli sindiket itu sebagai gold dust (serbuk emas) untuk tempoh hanya dua minggu tetapi berlarutan menjadi 61 hari itu, Sharon ke Caracas, Venezuela, 6 Oktober lalu.

Bagaimanapun, selepas tiga minggu di Venezuela Sharon baru menyedari dirinya diperalat dan dalam nyawanya dalam bahaya lalu meminta bantuan pihak Kedutaan Malaysia di Caracas.
Selepas 21 hari di bawah perlindungan pihak kedutaan, dia dihantar pulang pada 25 November lalu. Dia wanita pertama setakat ini berjaya melepaskan diri daripada perangkap sindiket pengedaran dadah didalangi lelaki-lelaki Afrika itu yang kini membanjiri negara ini.

Menurut Rayol, segala-sagalanya bermula apabila dia dipelawa menyertai misi itu oleh seorang rakan yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), September lalu.
Katanya, dia kemudian diperkenalkan kepada Joe tetapi pada awalnya beliau langsung tidak mempercayai tawaran itu kerana bimbang melibatkan kegiatan jenayah. “Tetapi Joe terus-menerus telefon dan pujuk saya malah dua kali datang ke rumah kami di Seremban. Pertengahan September lalu, saya pergi lihat sendiri rumah tempat tinggal lelaki Afrika itu.
“Kami mula berubah pendirian apabila Joe yang mulut manis bercakap berjanji segala-gala kos ke Venezuela ditanggungnya termasuk kos buat pasport antarabangsa,” katanya.
Tertipu

Sharon pula berkata, mengikut perancangan awal, Rayol dan anak mereka, Harrith Isaac, 2, dibenarkan mengikuti misi itu bersama-samanya.
Tetapi, apabila permohonan suaminya mendapatkan pasport gagal disebabkan pernah kehilangan sebelum ini, Joe menasihatkan dia tidak membawa Isaac kerana masalah penjagaannya.

“Pada 6 Oktober, Joe beli tiket lebih RM6,000 untuk penerbangan pergi balik saya dari KLIA ke Amsterdam, Belanda dan saya terbang hari itu juga. “Saya tiba di Amsterdam esoknya dan tinggal di sebuah hotel yang ditetapkan... hari kedua saya telefon dan jumpa lelaki Afrika nama Locky seperti diarahkan oleh Joe sebelumnya,” ujarnya.

Sharon menambah, dia tinggal di Amsterdam empat hari sebelum Locky mengambil tiket baliknya dan memberi tiket penerbangan ke Venezuela. Katanya, dia tiba di Caracas pada 6.30 petang 11 Oktober dan menghubungi serta berjumpa seorang lelaki Afrika lain bernama Partick keesokannya. “Saya patut pulang dengan barang itu untuk diserahkan kepada Locky di Amsterdam pada 18 Oktober tetapi Patrick tangguh kepada 23 Oktober. Malangnya pada 23 Oktober pun dan kemudian 4 November. “Ini menyebabkan saya makin rimas sebah sudah tinggal tiga minggu di hotel yang sama,” katanya.

Menurut Sharon, pada 23 Oktober, beliau naik berang apabila Patrick yang dihubunginya memberitahu bahawa dia belum boleh pulang kerana misinya belum selesai.
“Saya menjadi makin geram dan mencurigainya apabila dia mengatakan bahawa dia sendiri tak tahu bila boleh pulang, malah menambah bahawa ada 2-3 orang lagi wanita Malaysia yang ada di Venezuela ketika itu,” ujarnya.

Selepas berbincang dengan suaminya di tanah air, Sharon kemudian meminta perlindungan dengan pihak Kedutaan Malaysia di Caracas dengan tinggal di pejabat itu selama 21 hari sebelum dihantar pulang ke tanah air pada 25 November lalu. Sepanjang dalam perlindungan pihak kedutaan itu, beliau sempat berbual menerusi telefon dengan dua gadis Malaysia berusia 20-an yang ditahan kerana kes dadah, dipercayai melibatkan sindiket lelaki Afrika yang sama termasuk membabitkan Joe.

Kedua-dua gadis itu adalah siswazah dan juga pelajar tahun akhir jurusan undang-undang di sebuah universiti di Malaysia. Sharon yakin pemain dram kumpulan Fotograf, Sham Ahmad atau Ringgo yang ditahan di lapangan terbang dan pada pagi hari yang sama dia berlepas dari Caracas, telah menjadi mangsa perangkap sindiket pengedaran dadah yang sama.
“Saya diberitahu oleh pihak kedutaan bahawa Ringgo juga tinggal di Hotel Altamira iaitu hotel murah yang sama dengan tempat tinggal saya di sana.

“Malah, saya diberitahu bahawa modus operandi sindiket itu sama iaitu mendakwa barangan yang mahu dibawa itu adalah emas atau gold dust,” ujarnya.
pHiz:

Kepada rakyat malaysia terutama student yang belajar tinggi2, pakailah otak dan jangan jadi hamba duit dan berfikiran cetek mahu senang dengan jalan yg mudah. Tolong jaga imej, janganlah sama dengan orang kulit hitam pun kita kene kencing ! malu oiii.

i have alot of nigerian friends. they are so nice....im worried if they are just fake

Post a Comment