« Home | Fishy Tips » | TNB reef has been cancelled, change this saturday » | 5 Beranak maut dalam satu kejadian kebakaran » | Tips Umpan » | Lagu Negaraku dihina oleh seorang pelajar Cina taj... » | The Massacre of Mahmudiya - The Rape and Murder of... » | Billfish Season » | Taib mahmud si Tukang Tilik » | Raja Nazrin Yg Berakal » | CABARAN REMAJA ISLAM »

Mohon maaf Meng Chee ditolak

Mohon maaf Meng Chee ditolak


Kabinet menolak permohonan maaf pelajar Malaysia di sebuah universiti di Taiwan, Wee Meng Chee, yang mempersendakan negara dengan mengubah suai lagu Negaraku kerana menyifatkan kesalahan yang dilakukannya adalah serius.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata keputusan dibuat jemaah menteri dalam mesyuarat Kabinet kelmarin dan ia turut disokong Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, apabila seseorang bertindak di luar batasan sehingga sanggup memperlekehkan simbol negara sendiri seperti lagu Negaraku, kesalahannya adalah amat besar.“Tindakan Meng Chee mempersendakan negara dengan menghasilkan klip video bertajuk Negarakuku tidak boleh dibiarkan begitu saja. Jika ada yang sedar, kuku atau ‘cuckoo’ bermaksud gila, dan dia seolah-olah mengatakan Malaysia sebuah negara gila.

“Jika permohonan maafnya diterima, kerajaan seolah-olah melepaskan seorang penjenayah yang melakukan perbuatan membunuh. Kerajaan menolak permohonan maaf itu kerana tidak mahu seorang lagi Meng Chee wujud di negara ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Media dan Perang Maklumat: Cabaran Globalisasi Alaf 21 (M-I-WAR2007), di sini semalam.

Beliau mengulas permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat negara ini yang dibuat Meng Chee dan disampaikan Naib Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek, pada sidang media khas di pejabatnya, kelmarin.Meng Chee atau nama samarannya Namewee mencetuskan kontroversi apabila menyiarkan klip video lagu Negarakuku itu di laman web YouTube pertengahan bulan lalu. Lagu rap dalam bahasa Cina itu antara lain memperlekehkan Melayu, wanita Islam bertudung serta azan.

Nazri berkata, jika ada pihak yang cuba menafikan perbuatan pelajar terbabit dengan menyatakan dia sebagai kurang matang dan cuba menghasilkan lagu rap berasaskan lagu kebangsaan terutama menjelang sambutan kemerdekaan ke-50 negara, ia sama sekali tidak berasas.

Sementara itu, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata perbuatan Meng Chee menghina lagu Negaraku, negara dan ibadat umat Islam, perlu disiasat dan diserahkan kepada Peguam Negara.Katanya, Kabinet semalam menyerahkan kepada kementeriannya membuat tindakan susulan mengikut Akta Lagu Kebangsaan dan pihaknya akan menyiasat perkara itu.“Saya mahu kes ini disiasat dan diserahkan kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan,” katanya kepada selepas merasmikan pameran dan buku Malaysia @ 50: Sehari Dalam Kehidupan di Malaysia di Balai Seni Lukis Negara (BSLN) di sini, semalam.