The Massacre of Mahmudiya - The Rape and Murder of Abeer Qasim Hamsa
Askar AS kena 110 tahun
Lokasi Kejadian pembunuhan dan pencabulan 2006
Seorang tentera Amerika Syarikat (AS) yang didapati bersalah dalam kes rogol dan bunuh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dan keluarganya, dijatuhkan hukuman 110 tahun penjara.
Pasport mangsa - Abeer Qassim Hamsa (http://www.expose-the-war-profiteers.org/DOD/iraq_II/mahmudiya.htm)
Namun, mahkamah tentera AS itu membolehkan pesalah itu, prebet kelas pertama (Pfc) Jesse Spielman (http://www.spielmandefense.com/) layak merayu parol atau dibebaskan selepas 10 tahun.Mahkamah itu berkata Spielman terbabit dengan sekumpulan tentera AS menyerang Abeer Kassem al-Janabi, 14 tahun, membunuh mangsa dan ibu-bapanya serta adik perempuannya dan membakar rumah keluarga itu di Mahmudiyah, selatan Baghdad pada Mac 2006.Hukuman itu hasil rundingan peguam bela dengan pendakwa tentera yang menetapkan tempoh penjara perlu dijalani Spielman, tanpa mengira apa yang bakal disyorkan juri.
Juri pada perbicaraan itu mencadangkan penjara sepanjang hayat dengan layak parol pada tempoh yang lebih lama.Spielman (gambar) didapati bersalah Jumaat lalu atas tuduhan rogol, bersubahat merogol, memecah masuk rumah dengan niat untuk merogol dan empat tuduhan membunuh.Pendakwa tentera tidak menyatakan Spielman terbabit dengan rogol dan membunuh, tetapi mendakwa beliau memasuki rumah itu dengan pengetahuan rakannya yang lain berniat berbuat demikian dan beliau bertindak sebagai pengawal.Pendakwa tentera, Major William Fischbach, berkata Spielman memainkan peranan ‘kecil’, tetapi dia berkongsi tanggungjawab.Spielman, 23, menerima hukuman penjara paling lama daripada empat tentera AS yang sudah didapati bersalah dalam kes berkenaan.
Tiga yang lain itu juga merundingkan hukuman dengan pendakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di antara lima hingga 100 tahun.Selepas hukuman diumumkan kakak Spielman, Paige Gerlach, menjerit: “Saya bencikan kerajaan, Kamu menghantar dia ke sana dan sekarang ini kesudahannya.”Selain Spielman, Pfc James Barker, Sarjan Paul E. Cortez dan Pfc Bryan L. Howard, sebelum ini bersetuju mengaku bersalah dan merundingkan hukuman dengan pendakwa. – AP
pHiz: Satu kes kecil, 4 askar bawahan dikambing hitamkan bagi menutup bangkai yg lebih besar.
Post a Comment