Wednesday, August 29, 2007

Menteri akui doktor cuai



Kementerian Kesihatan hari ini membuat pengakuan terbuka wujud unsur kecuaian dalam kes bayi Lai Yoke Shan yang mati sel tangan kirinya kerana tersalah suntik oleh seorang doktor pelatih di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang awal bulan ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek ketika membuat pengakuan itu juga melahirkan rasa kecewa kerana doktor pakar yang bertugas di HTAR ketika itu hanya memberikan arahan melalui telefon kepada seorang doktor pelatih yang mengendalikan rawatan bayi perempuan berkenaan.

‘‘Secara terbuka kami mendapati terdapat kelemahan dalam prosedur rawatan ke atas bayi itu. Tambahan pula bayi itu dilahirkan dalam keadaan pramatang dan ini menimbulkan kesulitan kerana rawatannya agak rumit. ‘‘Mengarahkan seorang doktor pelatih untuk menjalankan rawatan itu tidak seharusnya berlaku.
Doktor yang bertugas sepatutnya datang melihat sendiri pesakit dan tidak memberikan arahan melalui telefon,” kata Soi Lek pada sidang akhbar selepas sesi dialog bersama pengusaha hospital swasta di kementeriannya di sini.
Awal bulan ini, lengan tangan Yoke Shan yang ketika itu baru berusia dua minggu didapati tidak berfungsi setelah selnya mati akibat kecederaan ketika dirawat di HTAR. Tangan kanak-kanak itu kini menghadapi risiko terpaksa dipotong.

Menurut Soi Lek, Kementerian Kesihatan sedang berbincang dengan Jabatan Peguam Negara bagi menentukan jumlah pampasan kepada ibu bapa bayi itu berikutan kecuaian yang dilakukan oleh doktor berkenaan.
pHiz: Dr tersebut harus dipotong tangan kanannya sebagai ganti.

Friday, August 24, 2007

penat


Penat, letih, lesu. dah 2 hari tido lewat. pastu kene bangun pagi2 pergi kerja. sampai office kerja banyak. sungguh memboringkan.

Friday, August 17, 2007

Mohon maaf Meng Chee ditolak

Mohon maaf Meng Chee ditolak


Kabinet menolak permohonan maaf pelajar Malaysia di sebuah universiti di Taiwan, Wee Meng Chee, yang mempersendakan negara dengan mengubah suai lagu Negaraku kerana menyifatkan kesalahan yang dilakukannya adalah serius.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata keputusan dibuat jemaah menteri dalam mesyuarat Kabinet kelmarin dan ia turut disokong Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, apabila seseorang bertindak di luar batasan sehingga sanggup memperlekehkan simbol negara sendiri seperti lagu Negaraku, kesalahannya adalah amat besar.“Tindakan Meng Chee mempersendakan negara dengan menghasilkan klip video bertajuk Negarakuku tidak boleh dibiarkan begitu saja. Jika ada yang sedar, kuku atau ‘cuckoo’ bermaksud gila, dan dia seolah-olah mengatakan Malaysia sebuah negara gila.

“Jika permohonan maafnya diterima, kerajaan seolah-olah melepaskan seorang penjenayah yang melakukan perbuatan membunuh. Kerajaan menolak permohonan maaf itu kerana tidak mahu seorang lagi Meng Chee wujud di negara ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Media dan Perang Maklumat: Cabaran Globalisasi Alaf 21 (M-I-WAR2007), di sini semalam.

Beliau mengulas permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat negara ini yang dibuat Meng Chee dan disampaikan Naib Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek, pada sidang media khas di pejabatnya, kelmarin.Meng Chee atau nama samarannya Namewee mencetuskan kontroversi apabila menyiarkan klip video lagu Negarakuku itu di laman web YouTube pertengahan bulan lalu. Lagu rap dalam bahasa Cina itu antara lain memperlekehkan Melayu, wanita Islam bertudung serta azan.

Nazri berkata, jika ada pihak yang cuba menafikan perbuatan pelajar terbabit dengan menyatakan dia sebagai kurang matang dan cuba menghasilkan lagu rap berasaskan lagu kebangsaan terutama menjelang sambutan kemerdekaan ke-50 negara, ia sama sekali tidak berasas.

Sementara itu, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata perbuatan Meng Chee menghina lagu Negaraku, negara dan ibadat umat Islam, perlu disiasat dan diserahkan kepada Peguam Negara.Katanya, Kabinet semalam menyerahkan kepada kementeriannya membuat tindakan susulan mengikut Akta Lagu Kebangsaan dan pihaknya akan menyiasat perkara itu.“Saya mahu kes ini disiasat dan diserahkan kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan,” katanya kepada selepas merasmikan pameran dan buku Malaysia @ 50: Sehari Dalam Kehidupan di Malaysia di Balai Seni Lukis Negara (BSLN) di sini, semalam.

Fishy Tips

Fishy Tips

1. For coastal fishing, get a tide chart and learn how to use it.

2. Always try and get fresh bait. Catching it yourself can be fun too.

3. Use the lightest sinker you need for the job. Sometimes this will only be a very small one.

4. Become good at tying important knots. Get a good knot book, learn to tie the Locked Half Blood Knot and practice it.

5. Read as much as you can in magazines like Fishing World, Rod & Line, Modern Fishing, Sirip, Pancing. There are heaps of really useful things as well as heaps of good pictures.

6. Never touch or handle a fish or creature that you can't identify. It might bite or sting.
Get a good fish identification book and study it.

7. Always wash salt off your fishing gear, including hooks and lures, after you've finished fishing at the coast.

8. Try and have a freshwater tackle box and a saltwater tackle box. This will protect your freshwater stuff from rust at the coast.

9. When you are not using your reels, keep them in a dark place, like a draw or cloth bag. Sunlight damages fishing line very quickly.

Thursday, August 16, 2007

TNB reef has been cancelled, change this saturday

Assalamualaikum...

Boring2, malam tadi planning untuk turun main dekat karang tnb tak kesampaian disebabkan laut bergelora sangat teruk. Macam2 preparation dah dibuat, but unfortunately fate is not in good side, but then i have to cancel the trip.

I have order life prawn from majid with cost rm50 was just a waste. Now days weather we couldn't predict and those what is inside schedule was cannot be fully trust.

Dengan boat 22ft, im thinking is now berbaloi to tunnel through our plan. We postpone our plan this saturday.

Friday, August 10, 2007

5 Beranak maut dalam satu kejadian kebakaran

Miskin punca rentung -- Tidak mampu bayar bil elektrik sebabkan 5 beranak maut
Oleh SUNARTI KIBAT <<< Tajuk daripada akhbar Utusan Malaysia tidak tepat, "Kesempitan Wang punca Kebakaran, 5 beranak maut". Kalau miskin, tak mampu pakai kereta cik Sunarti oii.
ALLAHYARHAM Kasmuri dan isterinya, Sufiah pada hari perkahwinan mereka 21 tahun lalu.

KLUANG 9 Ogos – Pasangan suami isteri yang terkorban bersama tiga anak mereka dalam satu tragedi kebakaran di Kampung Tengah di sini awal pagi ini merupakan ayah dan ibu yang hidup dalam kesempitan kerana sebahagian besar pendapatan mereka digunakan untuk menyara keluarga dan membiayai pendidikan anak-anak.

Si suami, Kasmuri Jasman, 44, ialah seorang pekerja sebuah kilang mozek di sini dengan gaji yang sederhana. Isterinya, Sufiah Abdul Karim, 41, pula seorang suri rumah tangga.
Bergaji hanya RM1,800 sebulan, Kasmuri menyara anak-anaknya seramai tujuh orang dengan tiga daripadanya sedang menuntut di institusi pengajian tinggi. Mereka sekeluarga tinggal di rumah sewa dua bilik dengan kadar sewa RM200 sebulan.

Pemilik rumah yang disewanya, Jaliah Osman, 60-an, berkata, Sufiah pernah mengadu keluarganya kesempitan wang. Lima hari lalu bekalan elektrik ke rumah itu dipotong kerana Kasmuri tidak dapat menjelaskan tunggakan bil sebanyak RM800. “Kasmuri menggunakan sebahagian besar daripada wang yang dimiliki untuk membiayai tiga anaknya yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi,” kata Jaliah.

Jiran-jirannya percaya kebakaran pada pukul 3.30 pagi di rumah Kasmuri dan Sufiah di Lorong Osman Mohamad Salleh, Kampung Tengah di sini berpunca daripada api lilin.

Sejak lima hari lalu keluarga itu menggunakan api lilin untuk menerangi rumah. Dalam kebakaran itu, Kasmuri, Sufiah serta dua anak lelaki mereka, Hishammuddin, 13 dan Izwanuddin, 9, dijumpai rentung bersama anak perempuan, Nurul Macella, 8. Seorang lagi anak perempuan mangsa, Norfarhana Kasmuri, 15, terselamat kerana sempat melarikan diri melalui pintu depan dan kemudian menjerit meminta tolong.


Semasa kejadian, tiga daripada tujuh anak Kasmuri tidak berada di rumah kerana menuntut di tiga institusi pengajian tinggi tempatan iaitu anak sulungnya, Faezah, 20, di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang; Salahuddin, 19, pelajar jurusan kejuruteraan elektrik di Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM), Batu Pahat dan Juliana, 18, pelajar kolej matrikulasi di Pulau Pinang. Menurut Jaliah, keluarga itu yang menyewa di situ sejak 12 tahun lalu memang rapat dengannya dan dianggap saudara sendiri.


Hamzah Md. Said, 52, dan isterinya Jim Alias, 55, yang berjiran dengan Kasmuri memberitahu, keluarga lelaki itu menggunakan lilin sejak lima hari lalu selepas bekalan elektrik di rumah tersebut dipotong. ‘‘Yang saya tahu mereka memang menggunakan api lilin sebab bekalan elektrik dipotong. Kenapa dipotong tidak pula saya tahu,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang di sini.


Hamzah merupakan jiran rapat kepada Kasmuri dan keluarganya yang terkorban dalam kebakaran rumah batu separuh papan itu. Mayat Kasmuri ditemui dalam sebuah bilik air manakala Hishammuddin dijumpai di bilik lain yang terletak bersebelahan. Mayat Sufiah pula ditemui bersama-sama dua lagi anaknya, Izwanuddin dan Nurul Macella, di pintu bahagian belakang rumah sewa tersebut. Turut musnah dalam kebakaran itu ialah sebuah kereta Wira Aeroback milik mangsa yang diletakkan di lorong sebelah kiri rumah tersebut.


Kebakaran itu disedari oleh Hamzah dan isterinya apabila mereka terdengar jeritan minta tolong daripada anak mangsa yang terselamat. Sewaktu kejadian, Hamzah, isteri dan cucunya tidur di ruang tamu yang terletak di bahagian hadapan rumahnya yang berkembar dengan rumah Kasmuri yang terbakar. Pegawai Operasi Bomba Kluang, Zahari Hassan memberitahu, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.57 pagi dan tiba di tempat kejadian 48 minit kemudian. Sementara itu, isteri Hamzah, Jim menyifatkan dia dan suaminya bagaikan diberi nyawa baru kerana terselamat dalam kejadian tersebut gara-gara mereka memilih untuk tidur di ruang tamu dan tidak di dalam bilik seperti kebiasaan. Jim berkata, seandainya mereka tidur di bilik tidur tersebut dia dan suaminya mungkin turut terkorban bersama-sama keluarga Kasmuri dan Sufiah.

Thursday, August 09, 2007

Tips Umpan

Ikan hidup


Untuk pancingan kolam ikan dicangkut pada bahagian ekor supaya ia lebih agresif. Untuk pancingan laut cetek sekiranya arus lembut teknik ini juga boleh digunakan tapi sekiranya arus laju ikan hendaklah dicangkutkan dengan dua mata.

Satunya mata kecil untuk dicangkutkan kelubang hidung dan satu lagi besar sikit dicangkutkan dibelakang sirip atas. Tapi sekiranya arus terlalu deras, mata kecil hendaklah dicangkut pada mulut dari bawah dagu ke atas. Kedudukan kepala ikan hendaklah menghadap arus kalau sebaliknya ia akan cepat mati.


Ikan mati


Untuk pancingan kolam hendaklah dicangkut pada tengkorak dari dalam mulut. untuk laut dalam kita boleh gunakan teknik tunggeng iaitu dengan memotong ekor cucuk dari belakang, tembuskan dan cucuk pancing ditengah badan ikan belakang sirip renang. Teknik belah ikan dari kedua dua belah sampai kepala tapi jangan putuskan. Potong dan buang tulang tengah ikan. cangkutkan kail pada mulut, tembuskan dan cucuk kat belakang kepala. Cara ini digunakan bila laut berarus. Ia akan menghasilkan bunyi bila kedua bahagian bertepuk bila kena arus.

Cara seterusnya ialah teknik terkulai. Caranya ialah potong sebelah iakn dari sirip renang sampai ke tulang tengah dan patahkan tulang supaya kepala ikan seakan terkulai. Sangkutkan pancing pada bahagian ekor yang telah dipotong. Dengan cara begini kepala ikan akan bergerak kekiri kekanan bila kena arus.


1. Tenggiri

a)ikan kacang - umpan yang paling efektif dala semua keadaan

b)ikan kembong - umpan yang efektif semasa hidup
c)ikan selar - umpan ini efektif kerana aktif sama dgn kembong
d)ikan tongkol - biasanya dijadikan umpan untuk pancingan malam


2. Jenahak

a)anak sotong kurita - umpan ini dipercayai yang terbaik untuknya
b)ikan belalang hidup - umpan ini juga kesukaan jenahak
c)udang kara - sama dengan ikan belalang
d)sotong comet hidup - umpan ini sesuai untuk pancingan malame)ikan selar dan kembong hidup - umpan ini sesuai untuk jenahak besar
e)hirisan ikan tongkol - sesuai ketika masih berdarah.

3. Ebek

a)udang hidup - umpan ini sesuai untuk ebek kapal karam.

b)ikan hidup - umpan ini sesuai untuk ebek karang.
c)hirisan ikan - juga sesuai tapi bukan di laut sedili.

4. Aruan tasek

a)ikan hidup - umpan ini sesuai untuk pancingan midwater
b)ikan mati - umpan ini pula sesuai untuk pancingan bottom
c)potongan ikan. umpan ini boleh digunakan sekiranya tiada yang hidup

5. Ketarap

a)ketam bakau - umpan ini sesuai dikawasan berbatu tepian pantai
b)udang kara - seperti diatas
c)hirisan sotong - umpan ini sesuai untuk pancingan laut dalam

6. Gemang

a)ruat2 bakau - umpan yang paling mujarab
b)udang mati - umpan berbau lebih bagus
c)sotong pasar - sama dengan udang
d)belangkas bakar - biasanya untuk umpan rawai gemang.

7. Kurau

a)anak cabuk - sangat sesuai ketika masih berkilat
b)ikan tamban - juga kerana sisik yang berkilat
c)ikan kembong -sama dengan diatas
d)udang hidup - sesuai digunakan di kawasan berhampiran laut.

8. Pari

a)ikan tamban tiram - sangat berkesan terutamnya disebelah kong2
b)udang hidup & mati - sesuai untuk pancingan malam
c)ikan hidup dan mati sesuai untuk pancingan siang


pHiz : teknik memancing pantai >>> http://www.geocities.com/rusaboring/mentafsir_pantai.JPG
http://www.geocities.com/rusaboring/gewang_kecil.JPG

Wednesday, August 08, 2007

Lagu Negaraku dihina oleh seorang pelajar Cina tajaan kerajaan barisan nasional di Taiwan

Pelajar buat klip video hina Negaraku disiasat. Tindakan tegas jika langgar undang-undang.

PUTRAJAYA: Polis akan menyiasat perbuatan seorang pemuda tempatan menghasilkan klip video yang mempersendakan lagu Negaraku, memburuk-burukkan negara dan menyentuh sensitiviti agama mengikut Akta Hasutan 1948.Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata tindakan akan diambil terhadap pemuda yang dikenali sebagai ‘Namewee’ itu jika dia didapati melakukan kesalahan mengikut akta berkenaan.
Rakaman skrin video lagu 'Negarakuku' seperti dimuatkan di Internet.

“Kita akan menonton klip video itu dulu untuk menentukan sama ada ia melanggar undang-undang. Jika benar, kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi semalam.Beliau mengulas laporan akhbar mengenai perbuatan biadap pelajar dari Muar, Johor itu menghasilkan klip video bertajuk Negarakuku yang dipaparkan di laman web YouTube sejak pertengahan bulan lalu dan sudah ditonton lebih 400,000 kali.
Segmen yg menghina Umat Islam mengenai Azan Subuh

Namawee berusia 24 tahun dipercayai masih mengikuti pengajian dalam jurusan Komunikasi Massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan.Antara lain, lagu rap dalam bahasa Mandarin yang berasaskan lagu Negaraku itu mendakwa dasar kerajaan sekarang meminggirkan kaum Cina, memperlekehkan Melayu, wanita Islam bertudung dan azan subuh.


Segmen menghina Umat Islam mengaji Al-Quran

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata tindakan pelajar itu adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan perlu dihukum sebagai pengajaran.Beliau berkata, hukuman itu juga akan mengelakkan orang lain, terutama belia yang kreatif menghasilkan klip video seumpama itu.“Memang kita menggalakkan belia menjadi kreatif, tetapi bukan dengan cara yang menjatuhkan maruah negara dan menggugat keharmonian kaum,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Mesra Bulanan dan melepaskan Kembara Merdeka Rakan Muda, di sini, semalam.


Segmen menghina pihak PDRM

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Datuk Dr Halim Shafie, berkata pihaknya akan menyiasat klip video itu dan hasil siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.“Kita perlu menilai segala unsur dalam klip video itu yang membolehkan kita bertindak,” katanya ketika dihubungi.Sementara itu, Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Adham Baba, berkata pihaknya membuat siasatan dan tindakan sewajarnya diambil kerana ia boleh menjatuhkan maruah dan memberi imej buruk kepada negara.

Segmen menghina PDRM

Beliau berkata, jika dia mengikuti pengajian di luar negara dengan pembiayaan wang kerajaan, kementerian akan meminta penajanya menghentikan tajaannya.Di MUAR, bapa pelajar terbabit akur dan sedia bekerjasama jika pihak berkuasa ingin mengambil tindakan terhadap anaknya yang kini menuntut di Taiwan.Wee Ann Chee, 47, berkata beliau bersedia bekerjasama jika kerajaan inginkan maklumat lanjut dan berpendapat anaknya tidak menyangka lagu yang dihasilkan itu salah di sisi undang-undang sehingga menyebabkan banyak pihak tidak senang.

Segmen penghinaan agama hindu


Beliau berkata, lagu dihasilkan tidak berniat mengeruhkan keadaan, sebaliknya adalah ilham anaknya yang meminati muzik sejak kecil. “Saya tahu anak saya sayangkan negara ini, malah kami sekeluarga menyokong usaha kerajaan dan sebagai seorang penuntut di luar negara dia juga berharap negara ini terus maju,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


pHiz: Sila lawati http://www.youtube.com/watch?v=gyiBvJtJ5Z4

Monday, August 06, 2007

The Massacre of Mahmudiya - The Rape and Murder of Abeer Qasim Hamsa

Askar AS kena 110 tahun


Mahkamah benar Spielman rayu dibebas selepas 10 tahun jalani hukuman FORT CAMPBELL (Kentucky)

Seorang tentera Amerika Syarikat (AS) yang didapati bersalah dalam kes rogol dan bunuh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dan keluarganya, dijatuhkan hukuman 110 tahun penjara.

Namun, mahkamah tentera AS itu membolehkan pesalah itu, prebet kelas pertama (Pfc) Jesse Spielman (http://www.spielmandefense.com/) layak merayu parol atau dibebaskan selepas 10 tahun.Mahkamah itu berkata Spielman terbabit dengan sekumpulan tentera AS menyerang Abeer Kassem al-Janabi, 14 tahun, membunuh mangsa dan ibu-bapanya serta adik perempuannya dan membakar rumah keluarga itu di Mahmudiyah, selatan Baghdad pada Mac 2006.Hukuman itu hasil rundingan peguam bela dengan pendakwa tentera yang menetapkan tempoh penjara perlu dijalani Spielman, tanpa mengira apa yang bakal disyorkan juri.

Lokasi Kejadian pembunuhan dan pencabulan 2006


Juri pada perbicaraan itu mencadangkan penjara sepanjang hayat dengan layak parol pada tempoh yang lebih lama.Spielman (gambar) didapati bersalah Jumaat lalu atas tuduhan rogol, bersubahat merogol, memecah masuk rumah dengan niat untuk merogol dan empat tuduhan membunuh.Pendakwa tentera tidak menyatakan Spielman terbabit dengan rogol dan membunuh, tetapi mendakwa beliau memasuki rumah itu dengan pengetahuan rakannya yang lain berniat berbuat demikian dan beliau bertindak sebagai pengawal.Pendakwa tentera, Major William Fischbach, berkata Spielman memainkan peranan ‘kecil’, tetapi dia berkongsi tanggungjawab.Spielman, 23, menerima hukuman penjara paling lama daripada empat tentera AS yang sudah didapati bersalah dalam kes berkenaan.
Tiga yang lain itu juga merundingkan hukuman dengan pendakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di antara lima hingga 100 tahun.Selepas hukuman diumumkan kakak Spielman, Paige Gerlach, menjerit: “Saya bencikan kerajaan, Kamu menghantar dia ke sana dan sekarang ini kesudahannya.”Selain Spielman, Pfc James Barker, Sarjan Paul E. Cortez dan Pfc Bryan L. Howard, sebelum ini bersetuju mengaku bersalah dan merundingkan hukuman dengan pendakwa. – AP
pHiz: Satu kes kecil, 4 askar bawahan dikambing hitamkan bagi menutup bangkai yg lebih besar.

Saturday, August 04, 2007

Billfish Season

The Royal Pahang Billfish International Challenge

The RPBIC is an annual off-shore fishing competition initiated in 2004 by the Joran Unit of Berita Harian, a popular Malay language national newspaper in Malaysia. For the past three years it has been held at the sea off the town and serene beaches of Kuala Rompin in Pahang, about 125 km south of Kuantan.

The Royal Pahang Billfish International Challenge takes advantage of the active migration season of the billfishes, such as marlin and sailfish (istiophorus platypterus), passing the Rompin area from the northern hemisphere to their destination in Australia, during the months of March to September.

This annual billfish migration, passing through the area in their thousands, could be tracked via satellite. And one reason for their presence in the area is the abundance of shoals of anchovies and other small fishes to feed on.

The reefs at Rompin, namely Karang (Reef) DO, Karang Cha, Karang Batu Mati, Karang Bubu, Karang Luas, Batu Berhala, Karang Rompin, Batu Saga and Tukun Tayar provide some of the best resting places for the billfishes before they move on. This was observed during the three years that the Royal Pahang Billfish International Challenge competition was held.

One of the objectives for the Royal Pahang Billfish International Challenge is to attract tourists to the state of Pahang, especially those who seek adventure and eco-friendly sports.
The tourism industry in fact contributes about RM1.5 billion to Pahang state’s annual revenue, with about 5 million tourist arrivals to the state in 2006.

Hotels in Pahang, especially those along the beautiful beaches, have benefited from the increase in tourist arrivals.

Here are some of the pix that might we shared from official website.










THE Season Tackle Sdn Bhd, a sports fishing equipment company, is joining hands with Berita Harian to organise the Royal Pahang Billfish International Challenge 2007 through its sponsorship of various Lemax and Xzoga products worth RM30,000.

The RPBIC 2007, organised by Berita Harian in collaboration with the Pahang State Government, is scheduled to be held from Aug 3-5 in Rompin. The event, which is recognised by the International Game Fish Association, is in line to be one of the qualifying events for the IGFA Offshore World Championship 2008 in Cabo San Lucas, Mexico.

Sponsored products include 150 long-sleeved Lemax T-shirts, six Lemax shirts for VIPs, 190 Lemax caps, 700 stickers and Lemax and Xzoga catalogues, and 50 Xzoga collared tees. The sponsored products were handed over by TST managing director Leonard Lim Yue Lean to Berita Harian’s Joran/projects editor Kamal Ahmad in Taman Johor Jaya, Johor.

The Lemax range includes fishing equipment such as lines, Figo for accessories and rods such as Chaya and Bagus, while Xzoga is renowned for high-quality rods such as the Takadum. TST will also send three teams to take part in RPBIC. He said TST had pledged to support future fishing events by Berita Harian as these events will have an impact on the local sports fishing industry.

To date, RPBIC 2007 has received sponsorship from the Pahang State Government, Petaling Garden Bhd, Petronas Dagangan Bhd, Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, Mobile Income, Noraini Cookies and Serai in Lanjut as the official hotel. For details on RPBIC 2007, contact the Joran unit at 03-22822323 ext 4242.






Taib mahmud si Tukang Tilik


Bubar selepas raya? -- Taib Mahmud ramal pilihan raya umum, arah ahli Parlimen BN siap sedia


KUCHING 3 Ogos – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjangkakan Parlimen akan dibubarkan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini untuk membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan. Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menggesa ahli Parlimen di Sarawak membuat persediaan rapi bagi memastikan semua kerusi BN di negeri ini dikekalkan.

‘‘Saya menjangkakan pilihan raya Parlimen akan berlangsung pada bila-bila masa selepas Hari Raya Puasa.

‘‘Oleh itu, semua wakil rakyat PBB perlu mengemaskinikan maklumat penting khususnya nama pengundi di kawasan masing-masing.

‘‘Jika ada pengundi baru, kita perlu membantu mereka untuk mendaftar sebagai pengundi,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan majlis Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) PBB di Ibu Pejabat PBB di sini lewat petang semalam.

Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada 13 atau 14 Oktober. Dalam pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac 2004, BN Sarawak memenangi 27 kerusi Parlimen daripada 28 kerusi yang dipertandingkan. Ditanya mengenai pembahagian kerusi untuk tiga kawasan Parlimen baru di Sarawak pada pilihan raya umum akan datang, Abdul Taib yang juga Pengerusi BN negeri berkata, keputusan mengenai perkara itu diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurutnya, pembahagian kerusi itu dilakukan dengan menilai parti komponen mana dalam BN yang mempunyai peluang untuk menang dalam pilihan raya.

‘‘Ini kerana BN tidak mahu menyerahkan kerusi itu kepada parti yang lemah sehingga merugikan kita,” katanya.

Tiga kerusi Parlimen baru di Sarawak yang diwujudkan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya ialah Igan, Sibuti dan Limbang. Ini bermakna jumlah kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan di negeri ini pada pilihan raya akan datang berjumlah 31 buah berbanding 28 kerusi sekarang.

Mengenai sesetengah parti komponen BN yang mengalami masalah dalaman sehingga boleh menjejaskan persiapan pilihan raya, Abdul Taib berkata, beliau cuma boleh memberikan pandangan dan nasihat. Katanya, beliau tidak mahu bertindak dengan campur tangan secara langsung dalam masalah parti lain.

‘‘Saya menasihati mereka...jika sesuatu masalah itu melibatkan perselisihan faham antara pihak atasan parti, diharap mereka boleh membuat keputusan bijak mengenai isu-isu itu dalam pilihan raya akan datang.

‘‘Begitu pun saya yakin sokongan peringkat akar umbi terhadap BN masih lagi kuat,” katanya.

pHiz: kita pun sebagai pengundi harus bersiap sedia. Mengundi gunakan akal yg bijak bukan pada ikut-ikutan.

Wednesday, August 01, 2007

Raja Nazrin Yg Berakal

Utamakan integriti pilih pemimpin – Raja Nazrin



KUALA LUMPUR 31 Julai – Pemimpin atau pihak berkuasa perlu dipilih berdasarkan integritinya terlebih dahulu sebelum melihat kepada kelayakan. Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, mereka dengan latar belakang yang samar atau jelas mempunyai kepincangan moral tidak patut dibenarkan memegang jawatan tersebut.

‘‘Untuk itu, tidak boleh ada toleransi terhadap sikap tidak berakhlak (rasuah) yang menjadi penyakit sosial paling berbahaya terhadap manusia,” titah baginda.

Baginda menyampaikan syarahan sulung sempena Siri Syarahan Yayasan Albukhary 2007 bertajuk Ke Arah Susunan Sosial Yang Memuaskan Bagi Semua Warga Malaysia di sini hari ini.
Menurut baginda, pemimpin negara menjadi barisan hadapan dalam menentang rasuah melalui prinsip dan amalan mulia seperti yang ditekankan Allahyarham Profesor Syed Hussein Alatas.
Syarahan sulung tersebut turut memberi penghormatan terhadap Allahyarham Syed Hussein serta sumbangannya terhadap bidang sosiologi Malaysia dan dunia.

Ketika hayatnya, Allahyarham Syed Hussein pernah menerbitkan lebih 16 buku dan 50 artikel dalam pelbagai bidang termasuk sejarah, politik Malaysia dan sosiologi. Allahyarham Syed Hussein pernah menjadi Naib Canselor Universiti Malaya pada 1998 dan mengetuai Jabatan Penyelidikan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1958. Beliau yang dikenali sebagai ahli politik dan akademik negara meninggal dunia pada 23 Januari lalu pada usia 78 tahun.

Turut hadir pada sesi syarahan tersebut ialah Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim, Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary serta balu dan anak Allahyarham Syed Hussein, Datin Zaharah Alatas dan Syed Farid Alatas. Dalam pada itu, Raja Dr. Nazrin Shah turut merumuskan lima ciri yang perlu ada dalam sebuah masyarakat Malaysia dengan susunan sosial yang memuaskan.
Perlu ada ekuiti mendatar (horizontal) dengan semua warga Malaysia dalam situasi serupa mendapat layanan yang sama. Dialog dan perbincangan perlu menjadi cara utama menyelesaikan perbezaan dan menyelesaikan masalah.
Rakyat perlu mempunyai motivasi untuk mengambil tindakan tegas dan berkorban apa sahaja untuk kebaikan negara.Hanya mereka yang berkebolehan, bekerja keras, berani dan sangat amanah dibenarkan memegang jawatan dengan tanggungjawab tinggi. Pelantikan kepimpinan tertinggi negara perlu terdiri daripada individu terbaik negara bagi memastikan keyakinan tinggi rakyat terhadap kepimpinan negeri, eksekutif, badan kehakiman dan badan perundangan negara.
Phiz: Sepatutnya, setiap Raja2,Sultan2,Gabenor2 dan bakal2 yg akan menjadi Raja sering mengeluarkan komen2, prinsip2, idea2 dan pendapat mereka di Media. Barulah kita ni sebagai rakyat nampak implikasi kedudukan mereka2 ini. Raja Nazrin boleh dijadikan contoh yg baik.