« Home | Lagu Negaraku dihina oleh seorang pelajar Cina taj... » | The Massacre of Mahmudiya - The Rape and Murder of... » | Billfish Season » | Taib mahmud si Tukang Tilik » | Raja Nazrin Yg Berakal » | CABARAN REMAJA ISLAM » | Banjir pun Bermula » | Hujan Sepanjang Minggu ini » | Pelbagai Rintangan Menyebabkan Mangsa Nahas Nuri L... » | 6 Krew Nuri Terkorban »

Tips Umpan

Ikan hidup


Untuk pancingan kolam ikan dicangkut pada bahagian ekor supaya ia lebih agresif. Untuk pancingan laut cetek sekiranya arus lembut teknik ini juga boleh digunakan tapi sekiranya arus laju ikan hendaklah dicangkutkan dengan dua mata.

Satunya mata kecil untuk dicangkutkan kelubang hidung dan satu lagi besar sikit dicangkutkan dibelakang sirip atas. Tapi sekiranya arus terlalu deras, mata kecil hendaklah dicangkut pada mulut dari bawah dagu ke atas. Kedudukan kepala ikan hendaklah menghadap arus kalau sebaliknya ia akan cepat mati.


Ikan mati


Untuk pancingan kolam hendaklah dicangkut pada tengkorak dari dalam mulut. untuk laut dalam kita boleh gunakan teknik tunggeng iaitu dengan memotong ekor cucuk dari belakang, tembuskan dan cucuk pancing ditengah badan ikan belakang sirip renang. Teknik belah ikan dari kedua dua belah sampai kepala tapi jangan putuskan. Potong dan buang tulang tengah ikan. cangkutkan kail pada mulut, tembuskan dan cucuk kat belakang kepala. Cara ini digunakan bila laut berarus. Ia akan menghasilkan bunyi bila kedua bahagian bertepuk bila kena arus.

Cara seterusnya ialah teknik terkulai. Caranya ialah potong sebelah iakn dari sirip renang sampai ke tulang tengah dan patahkan tulang supaya kepala ikan seakan terkulai. Sangkutkan pancing pada bahagian ekor yang telah dipotong. Dengan cara begini kepala ikan akan bergerak kekiri kekanan bila kena arus.


1. Tenggiri

a)ikan kacang - umpan yang paling efektif dala semua keadaan

b)ikan kembong - umpan yang efektif semasa hidup
c)ikan selar - umpan ini efektif kerana aktif sama dgn kembong
d)ikan tongkol - biasanya dijadikan umpan untuk pancingan malam


2. Jenahak

a)anak sotong kurita - umpan ini dipercayai yang terbaik untuknya
b)ikan belalang hidup - umpan ini juga kesukaan jenahak
c)udang kara - sama dengan ikan belalang
d)sotong comet hidup - umpan ini sesuai untuk pancingan malame)ikan selar dan kembong hidup - umpan ini sesuai untuk jenahak besar
e)hirisan ikan tongkol - sesuai ketika masih berdarah.

3. Ebek

a)udang hidup - umpan ini sesuai untuk ebek kapal karam.

b)ikan hidup - umpan ini sesuai untuk ebek karang.
c)hirisan ikan - juga sesuai tapi bukan di laut sedili.

4. Aruan tasek

a)ikan hidup - umpan ini sesuai untuk pancingan midwater
b)ikan mati - umpan ini pula sesuai untuk pancingan bottom
c)potongan ikan. umpan ini boleh digunakan sekiranya tiada yang hidup

5. Ketarap

a)ketam bakau - umpan ini sesuai dikawasan berbatu tepian pantai
b)udang kara - seperti diatas
c)hirisan sotong - umpan ini sesuai untuk pancingan laut dalam

6. Gemang

a)ruat2 bakau - umpan yang paling mujarab
b)udang mati - umpan berbau lebih bagus
c)sotong pasar - sama dengan udang
d)belangkas bakar - biasanya untuk umpan rawai gemang.

7. Kurau

a)anak cabuk - sangat sesuai ketika masih berkilat
b)ikan tamban - juga kerana sisik yang berkilat
c)ikan kembong -sama dengan diatas
d)udang hidup - sesuai digunakan di kawasan berhampiran laut.

8. Pari

a)ikan tamban tiram - sangat berkesan terutamnya disebelah kong2
b)udang hidup & mati - sesuai untuk pancingan malam
c)ikan hidup dan mati sesuai untuk pancingan siang


pHiz : teknik memancing pantai >>> http://www.geocities.com/rusaboring/mentafsir_pantai.JPG
http://www.geocities.com/rusaboring/gewang_kecil.JPG