« Home | Pelbagai Rintangan Menyebabkan Mangsa Nahas Nuri L... » | 6 Krew Nuri Terkorban » | Petunjuk Baru Ditemui - Helikopter Nuri Hilang » | Karnival GP Joran 2007 KUALA TERENGGANU » | CTOS diaibkan » | Helikopter NURI buat hal lagi » | KPN di cas Rasuah ? » | Alhamdullilah saudara baru kita Mohamad Azhar dan ... » | Peniaga Melayu kene tindas di KLCC » | guide to protecting your identity »

Hujan Sepanjang Minggu ini

Cuaca tidak menentu: Orang ramai diminta berwaspada



KUALA LUMPUR 22 Julai – Orang ramai terutamanya yang tinggal di kawasan rendah di seluruh negara dinasihatkan supaya berwaspada ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Low Kow Chiew berkata, hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang sebelah petang dijangka berterusan di beberapa negeri di semenanjung Malaysia seperti Terengganu, selatan Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga Selasa ini.

Tambahnya, beberapa kawasan di Sarawak iaitu Bahagian Bintulu, Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan dan Kuching juga dijangka menerima nasib yang sama mulai Isnin hingga Khamis ini.


‘‘Hujan lebat dan ribut petir berserta angin kencang turut berlaku di beberapa kawasan di Selangor seperti Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Klang, Petaling, Kuala Lumpur dan Putrajaya,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Sementara itu, Kow Chiew juga menjelaskan perubahan angin monsun Barat Daya kepada angin monsun Timur Laut sepanjang minggu ini merupakan faktor utama berlaku perubahan cuaca tersebut.


‘‘Perubahan angin Monsun Timur Laut pada minggu ini membawa taburan hujan yang tinggi berbanding angin Monsun Barat daya pada minggu lepas.

‘‘Jika diimbas keadaan cuaca angin monsun Barat Daya, jarang berlaku hujan lebat dan cuaca agak stabil disebabkan angin monsun Barat Daya ketika itu membawa kuantiti hujan yang amat rendah,’’ jelasnya. Dalam pada itu, beliau juga meminta penduduk di sekitar semenanjung terutamanya di kawasan tanah rendah seperti Melaka, Johor dan selatan Pahang supaya berhati-hati untuk menghadapi berlakunya musim tengkujuh di kawasan mereka.


‘‘Kemungkinan musim tengkujuh akan berlaku di kawasan tanah rendah sekiranya hujan lebat ini berterusan dan saya ingin menasihati penduduk di sekitar kawasan tanah rendah supaya bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku,’’ ujarnya.