« Home | Alhamdullilah saudara baru kita Mohamad Azhar dan ... » | Peniaga Melayu kene tindas di KLCC » | guide to protecting your identity » | Blogs under scrutiny in Malaysia » | 13 daripada 26 AJK Keadilan Bahagian Shah Alam tel... » | Kene si Ctos ni » | Gambar2 ini di-postkan di blog si luncai Tian chua... » | CTOS should be vanished immediately » | Guide to buy TV » | Joran berwajah baru »

KPN di cas Rasuah ?


Musa Hassan perlu ‘bersihkan’ nama diatas dakwaan RASUAH terhadap beliau.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan disaran segera bertindak ‘membersihkan’ namanya daripada dakwaan rasuah demi menjaga kredibiliti dan imej pasukan polis.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, Musa merupakan individu terpenting dalam pasukan polis dan sebarang dakwaan rasuah yang dilemparkan terhadap beliau boleh memberi kesan kepada pasukan itu.

“Sebagai timbalan menteri, saya berdoa serta berharap agar dia (Musa) tidak bersalah dan semua itu cuma fitnah seperti yang berlaku terhadap saya sebelum ini.
“Namun, perkara ini boleh menyebabkan masyarakat mempertikaikan kredibiliti Musa selaku kunci utama pasukan polis. Dia perlu bersihkan namanya seperti yang telah saya lakukan sebelum ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini, sebuah laman blog menyiarkan laporan yang mengaitkan Musa dengan rasuah dan penglibatan ketua sindiket jenayah terancang Cina mempengaruhi Ketua Polis Negara mengatur kedudukan para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Mohd. Johari menambah, Musa yang sebelum ini banyak memperkatakan mengenai hal rasuah dan integriti kini terpaksa berhadapan dengan dakwaan rasuah yang dibuat oleh laman blog.
Justeru, jelasnya, Musa perlu menangani perkara itu sebaik mungkin kerana dakwaan tersebut disertakan dengan pelbagai fakta serta nama-nama individu terbabit dan ia mampu menjadi pertikaian masyarakat.