« Home | Kene si Ctos ni » | Gambar2 ini di-postkan di blog si luncai Tian chua... » | CTOS should be vanished immediately » | Guide to buy TV » | Joran berwajah baru » | » | Merchong » | Kuala Sedeli dan 14 April ini. » | Masjid diceroboh, al-Quran dibakar » | Serba Sedikit 'Law' pasal memancing. »

13 daripada 26 AJK Keadilan Bahagian Shah Alam telah meletakkan jawatan serentak pada 4 Julai dalam suatu Mesyuarat Khas di Shah Alam.

Perletakan jawatan ini diketuai oleh Ketua Bahagian sendiri Sdr Nasir Khan. Diikuti dengan Timbalan Ketua Tengku Ahmad, Naib Ketua Tan Ah Kow, Setiausaha Mohd Nazmi, Bendahari Abdul Rashid, Ketua Penerangan SD Johari, Ketua Angkatan Muda Rozali Abu Bakar, Pengarah DUN Salehin Hasan dan lima [5] ajk bahagian yang lain. Dijangkakan ada dua [2] lagi ajk bahagian akan menghantar surat perletakan jawatan mereka dalam waktu terdekat untuk mengikut jejak langkah rakan rakan yang telah mengundurkan diri.
Daripada 13 pimpinan Shah Alam yang letak jawatan, dua [2] daripada mereka mengumumkan keluar parti. Mereka adalah SD Johari dan Abd Rashid.Difahamkan, walaupun diatas kertas iaitu surat perletakan jawatan kesemua mereka memberikan alasan masing masing dan ada yang tidak memberikan sebarang alasan, namun tindakan ini dilihat sebagai suatu bukti SOLIDARITI kepada Ezam.Menurut SD Johari, beliau ambil keputusan untuk keluar parti setelah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim. Pada hemat beliau, Anwar hilang hala tuju perjuangan dan sudah tidak serius dalam membantu parti untuk menang dan mengalahkan Barisan Nasional.
Tambahnya lagi Anwar yang ada sekarang bukanlah Anwar yang kita kenal sepanjang tahun 1998 sehingga beliau dibebaskan. Sebagai bukti Anwar tidak berani menyerang kepimpinan Pak Lah yang dikatakan lemah kalau nak dibandingkan sewaktu rejim kezaliman Mahathir. Waktu itu Anwar berjaya memimpin kita semua sehingga memaksa Mahathir melepaskan jawatan, tetapi sekarang ini Anwar tak berani untuk berceramah walaupun sekali di Kepala Batas.
Anwar hanya berani berseloka dipentas ceramah mendabik dada kununnya ada dokumen rasuah dan salah laku ramai menteri tetapi langsung tak berani mendedahkan walaupun satu pembongkaran. Ini amat berbeza dengan keberanian Ezam yang masih di landasan memerangi rasuah walaupun bukan lagi dalam parti.SD Johari kesal dengan sikap dan perubahan Anwar Ibrahim mengenepikan ramai individu yang selama ini telah banyak berkorban untuk beliau. Ada diantara mereka hilang keluarga, pekerjaan, perniagaan, jadi muflis, gadai harta benda dsbnya.