« Home | Masjid diceroboh, al-Quran dibakar » | Serba Sedikit 'Law' pasal memancing. » | Amillia bayi ajaib sebesar tapak tangan yg beranak... » | Karnival Pra-GP Joran 11 Mac » | Mari Memancing » | Anti Toll Hike Prote » | Johor banjir lagi ! sukarelawan diperlukan bagi me... » | Perompak dibelasah sehingga koma, rakan terlepas. » | bakar imuda, jangan tak bakar » | hairsplitting attitude »

Kuala Sedeli dan 14 April ini.


SEDILI: Ramai pemancing menjadi gila apabila menjelajah perairan daerah ini terutama selepas musim tengkujuh Mac, April dan Mei kerana waktu itulah merah, tenggiri, ebek dan gerepoh dan GT bermain di bawah bot semasa memancing.Begitu juga dengan kumpulan Dewa Pancing yang tidak puas dengan pertarungan akhir tahun lalu kini turun semula untuk menjengah beberapa lokasi rahsia tekong yang menjadi rumah spesies gred A bersaiz L dan XL.Setelah faktor cuaca mendapat lampu hijau, sekali lagi kumpulan itu menduga perairan ini yang terkenal dengan lubuk-lubuk bagak laut itu. Penulis bersama dua lagi sahabat bersetuju untuk menduga perairan Sedili yang sudah ditinggalkan kerana tengkujuh melanda. Setelah kata sepakat diambil tekong Md Nor terus dihubungi. Tepat jam 1 pagi 31 Mac lalu Abu dan Coolfish, tiba di rumah Mahmud iaitu tempat kami berkumpul sebelum bertolak ke sini. Kami tiba di sini tepat jam 3.30 pagi, pembantu Md Nor iaitu anaknya sendiri sudah siap sedia menunggu kami di botnya. Tekong yang tiba 10 minit kemudian mengukir senyuman terus mempelawa kami naik bot untuk bertolak.Tepat jam 7.30 pagi sampai kami tiba di lubuk yang pertama iaitu unjam yang dibuat khas oleh tekong untuk mencari umpan ikan hidup. Buat pertama kalinya selama kami memancing di sini, umpan hidup begitu sukar diperoleh. Setelah bertungkus lumus memancing menggunakan teknik apolo, akhirnya kami berjaya mendapatkan kira-kira 50 ikan selar dan kembung hidup untuk dijadikan umpan.Abu yang pertama berjaya menaikkan seekor tenggiri berskala 2 kilogram dengan teknik menghanyut. Tanpa membuang masa penulis dan Coolfish yang berada di bahagian belakang bot terus menghulurkan umpan untuk cuba menjerat tenggiri. Penulis lebih suka menggunakan teknik pancingan separuh air, manakala Coolfish gemar teknik menghanyut umpan hidup.Setelah menunggu hampir 20 minit, akhirnya kekili dengan tali utamanya 40 paun milik penulis berbunyi dengan nyaring menandakan sudah ada mangsa yang mengena umpan. Tanpa membuang masa, penulis terus mencapai joran lalu menggulung talinya. Aksi tegang urat leher berlangsung hampir 15 minit, akhirnya mangsa berjaya didaratkan. Ternyata seekor tenggiri 4.5 kilogram gagal memutuskan perambut dawai 20 paun yang diikat kemas pada mata kail 2/0 dan disambung rapi dengan perambut tangsi berkekuatan 25 paun sepanjang 2 depa (kira-kira 2 meter).Kini tiba giliran Coolfish pula, kekilinya nyaring menjerit tetapi belum sempat berbuat apa-apa, mangsa berjaya memutuskan perambut dawainya. Jelas terbayang kehampaan diwajahnya. Setengah jam berlalu sekali lagi kekili penulis berbunyi nyaring, Penulis terus mendapatkan joran dan menyentapnya. Kali ini mangsa yang melarikan tali jauh lebih kuat. Perlawanan agak kasar menyebabkan saya berhati-hati dan dengan pengalaman yang ada akhirnya mangsa iaitu seekor tenggiri seberat 13 kilogram berjaya dijinakkan dalam masa 30 minit. Pada sebelah petangnya angin timur bertiup agak kuat dan menyebabkan laut gelombang tinggi. Berbekalkan umpan yang masih ada, tekong terus memacu botnya menuju ke Karang Long. Perjalanan mengambil masa 1 jam setengah. Kami tiba jam 5.30 petang dan terus menurunkan umpan. Mungkin disebabkan air yang terlalu laju, tiada Tenggiri yang sudi menjamah umpan kami. Abu yang bertukar tempat di belakang bot menggunakan teknik pancingan dasar ternyata berkesan seekor mayong berskala 3 kilogram berjaya dinaikkan.Pada sebelah malam kami digasak hebat hingga pagi oleh ikan mayong. Kami silih berganti menaikkan spesies itu sekali sekala diselangi tambak berskala 2 kilogram. Menjelang subuh, penulis berjaya menaikkan seekor ketarap seberat 4 kilogram dan seekor kaci seberat 3 kilogram ternyata lubuk Karang Long yang kedalamannya kira-kira 30 meter banyak dikuasi ikan mayong pada malam itu, selepas sarapan kami dibawa oleh tekong Md Nor menuju Karang Ngah.Coolfish menjadi orang pertama menerima sentapan tenggiri tetapi mangsa tidak menunjukkan kekuatannya yang sebenar, lantas beliau menyerahkan jorannya kepada Achik (anak tekong Md Nor). Kegembiraan jelas terpancar dari riak wajah mereka apabila Tenggiri seberat 14 kilogram berjaya digancu tekong. Penulis juga menerima satu sentapan kuat, setelah bertarung selama 20 minit akhirnya seekor aruan tasek seberat 11 kilogram berjaya ditewaskan.Menjelang jam 2 tengahari, kami bertolak pulang ke jeti Sedili. Kami sangat puas atas hikmat tekong Md Noor. Kami akan kembali lagi dalam masa terdekat untuk menjejaki lubuk yang lain seperti Karang Lintang, Kapal Karam Deris, Kapal Karam Ghani dan Tokong Yu.
Ada Jual Udang Hidup
Gerakan Daya Wawasan (GDW) Kampung Belukar Durian dari Mukim Sedili Kecil akan menjual udang sebagai umpan terbaik memancing pelbagai spesies ikan gred A ketika acara Kategori Laut Karnival GP Joran 2007 pada 14 April ini.Ketuanya, Mahadan Mansor, berkata udang akan dijual di Jeti LKIM pada sebelah pagi Sabtu dan berkesan untuk memancing ikan karang seperti jenahak, merah, landuk dan ketarap.Untuk acara Kategori Pantai, GDW itu akan menjual udang hidup selain ikan dan sotong segar di Pantai Desaru menjelang malam Sabtu dan awal pagi Ahad berhampiran kaunter pendaftaran.
Tempahan hubungi Mahadan: 013-7007636.