« Home | bakar imuda, jangan tak bakar » | hairsplitting attitude » | Al-Fatihah untuk Saddam » | Best site to visit » | Banjir luar biasa » | Media Advisory: ILS Proton to Launch MEASAT-3 Payl... » | Sultan Mizan dimasyhurkan Sebagai Yang di-Pertuan ... » | Jokes of the day - by zunar the upcoming PM :)) » | Simple but meaningful » | Karpal Singh tawar jadi peguam secara percuma untu... »

Perompak dibelasah sehingga koma, rakan terlepas.

Seorang perompak "junior" telah dibelasah oleh orang ramai selepas melakukan rompakan bersenjatakan di sebuah kedai emas ni George town, Pulau Pinang.

Kejadian rompakan itu dilakukan oleh 2 orang yg bersenjatakan sepucuk pistol. Beberapa tembakan telah dilepaskan, cuma seorang sahaja yg cedera akibat terkena serpihan kaca ketika perompak2 berkenaan memecahkan cermin meja pameran.

Selepas merompak kedai emas tersebut, perompak2 tersebut telah melarikan diri kira2 50 meter daripada tempat kejadian untuk mendapatkan motosikal bagi melarikan diri. Difahamkan keadaan begitu kelam kabut sehingga menyebabkan salah seorang daripada perompak tersebut telah berjaya diberkas oleh orang ramai.

Manakala rakan perompak yg bersenjatakan pistol telah berjaya melarikan diri dengan menggunakan sebuah motosikal jenis EX5. Perompak yg berjaya diberkas oleh orang ramai telah dibelasah sehingga koma. Boleh lihat gambar diatas bagaimana teruknya dia dicederakan. Pihak polis sedang meneliti kembali rakaman CCTV diseluruh bandaraya itu bagi mengesan suspek yg membawa hasil rompakan yg beratnya kira2 30KG.