« Home | hairsplitting attitude » | Al-Fatihah untuk Saddam » | Best site to visit » | Banjir luar biasa » | Media Advisory: ILS Proton to Launch MEASAT-3 Payl... » | Sultan Mizan dimasyhurkan Sebagai Yang di-Pertuan ... » | Jokes of the day - by zunar the upcoming PM :)) » | Simple but meaningful » | Karpal Singh tawar jadi peguam secara percuma untu... » | Police release photo of SMS woman »

bakar imuda, jangan tak bakar


SELEPAS menatap Bintang Popular terbitan 26 November lalu, saya agak terkejut apabila membaca tajuk satu artikel, `Nassier dakwa diugut, disindir'. Apabila membacanya berulang kali, saya rasa kartunis yang dimaksudkan itu adalah saya kerana baru-baru ini saya memang ada bertemu Nassier.

IMUDA menerangkan perkarasebenar di sebalikkenyataan itu.Ketika itu kami sama-sama menghadiri jamuan berbuka puasa anjuran sebuah persatuan hiburan. Saya tanya Nassier, dia mahu ke tak gambarnya? Dia tanya, kenapa saya lukis gambarnya? Saya beritahu dia, orang lain semua dah berusia, tapi dia tak makan tua, masih tampan! Saya berkenan tengok muka dia, jadi saya pun lukis gambarnya.Dia tanya, saya lukis gambar yang keluar kat mana? Mana lagi, gambar dia yang handsome yang pernah keluar dalam Berita Harianlah. Sajalah saya lukis, saya ni suka lukis muka orang-orang tampan, lawa. Saya kata, kalau dia berkenan gambar itu, bolehlah ambil, bayarannya bukanlah mahal, RM1,000 saja. Harga kawan-kawan.Tapi, Nassier kata nanti dulu. Dialog tu dah biasa saya dengar daripada mana-mana kawan artis. Saya pun tunggu, seminggu, dua minggu, tiga minggu, masuk sebulan. Dah masuk hari raya, lepas hari raya masih tak ada jawapan. Nassier ni nak ke tak nak gambar dia?Saya ada hantar SMS pada Nassier, nak ke tak nak gambar dia, tapi tiada balasan.

Akhirnya, saya pun hantarlah SMS, `Sila ambil lukisan anda sebelum ia dibakar.' Tapi, niat saya hanya bergurau, harap-harap sebelum gambar tu saya bakar, dia akan ambil.Sebabnya saya dah tak hairan bakar lukisan ni, saya pernah bakar banyak lagi lukisan sebelum ini. Lukisan tu saya punya, saya punya pasal kalau saya nak bakar! Suka hati sayalah.Tu pelakon yang baru kahwin, Noorkhiriah, saya bakar lukisan dia. Dia banyak alasan, akhirnya saya bakar lukisan tu."Bakar lukisan satu kepuasan?"BAGI saya, melukis adalah satu kepuasan, membakar lukisan juga adalah satu kepuasan! Saya hantar SMS pada Nassier, sila ambil lukisan anda, saya tak tulis, sila beli lukisan anda sebelum ia dibakar. Kalau sila beli, baru ada sedikit unsur ugutan.Ni, sila ambil, ambil sajalah lukisan tu, bayar sajalah berapa yang mampu.

Bukan Nassier seorang saja yang baru dapat SMS seumpama ini, tapi dah ramai artis! Artis lain tak terasa, hanya Nassier saja. Saya pernah hantar SMS yang sama kepada Ella, Misha Omar, ayat SMS yang sama saya hantar kepada mereka!Tapi, dia orang tak pernah cakap apa. Mereka tahu saya bergurau. Niat saya pada Nassier hanya satu, saya nak dia ambil lukisan tu, sebelum saya ambil keputusan untuk membakar lukisan berkenaan. Melukis adalah satu sumber pendapatan saya. Apabila artis berkenaan tak nak lukisan mereka, jawapannya saya bakar saja!SMS yang saya hantar kepada Nassier seolah-olah macam peringatan terakhir, tapi dengan niat bergurau. Saya juga ada senarai nama lapan artis yang lukisan mereka bakal saya bakar.

Contohnya seperti Rosyam Nor, gambarnya akan saya bakar, sebabnya sampai ke hari ini dia masih tak ambil lukisannya. Lukisan tu saya yang lukis, suka hati sayalah kalau nak bakar.Justeru, saya tak pernah terniat untuk mengugut atau menyindir Nassier. Mungkin Nassier menganggap saya lukis gambar dia tanpa kebenaran, tapi bukan dia seorang saja saya buat begitu, artis lain pun saya tak minta kebenaran! Maya Karin pun tak pernah suruh saya lukis gambar dia, tapi saya lukis saja tanpa kebenarannya.Apabila saya dah lukis, saya tanya artis tu, nak ke tak nak gambar mereka? Kalau Nassier kata saya mengugut dirinya, itu tak betul. Lainlah kalau SMS yang dihantar berbunyi begini, `Sila beli lukisan anda, kalau tidak aku letupkan kereta kau!' Itu baru ugut.Sekurang-kurangnya Nassier beritahulah saya, dia nak ke tak nak lukisannya. Tapi, tak ada apa-apa jawapan.Nanti dulu, nanti dulu.

Tapi, ada ramai juga artis yang menghargai nilai lukisan saya. Macam Anita Sarawak, Erra Fazira, Mawi AF3, Nash Lefthanded dan ramai lagi, mereka beli lukisan itu, ucap terima kasih lagi. Bagi saya, artis kita bukannya tak mampu, tapi tak menghargai nilai seni!Seperkara lagi, undang-undang negara kita melarang pembakaran secara terbuka.Kalau undang-undang tu tak ada, saya buat upacara pembakaran lukisan. Saya panggil wartawan dan jurugambar buat liputan. Disebabkan saya menghormati undang-undang, saya bakar sikit-sikit, yang penting ia satu kepuasan.Macam inilah, lain orang, lain cara pemikiran mereka. Artis lain tahu karekter saya, suka bergurau. Bagi saya, Nassier tak jelas maksud SMS saya. Beginilah, kalau Nassier terasa saya buat salah kepadanya, saya minta maaf. Tapi, selepas artikel ini keluar, Nassier tak ambil juga lukisannya, saya bakar!". eheheee