« Home | Anti Toll Hike Prote » | Johor banjir lagi ! sukarelawan diperlukan bagi me... » | Perompak dibelasah sehingga koma, rakan terlepas. » | bakar imuda, jangan tak bakar » | hairsplitting attitude » | Al-Fatihah untuk Saddam » | Best site to visit » | Banjir luar biasa » | Media Advisory: ILS Proton to Launch MEASAT-3 Payl... » | Sultan Mizan dimasyhurkan Sebagai Yang di-Pertuan ... »

Mari Memancing

Air adalah faktor penting yang perlu diambil kira dalam perancangan melakukan trip atau ekspedisi memancing di laut.JORAN kali ini memberikan panduan ringkas mengenai bila masa yang sesuai untuk memancing.Mulai semalam (25 Januari) adalah sesuai untuk memancing. Tarikh 25, 26, 27, 28, 29 dan 30 Januari sememangnya tempoh paling sesuai untuk memancing.



Tarikh yang sama juga adalah sama dengan 6 hingga 11 Muharam. Bagaimanapun mulai 31 Januari ( 12 Muharam) adalah masa yang tidak sesuai untuk memancing.Tempoh yang tidak sesuai untuk memancing bersambung pada 1 hingga 6 Februari atau 13 hingga 18 Muharam.Bagaimanapun, anda boleh mengaktifkan semula hobi ini mulai 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14 dan 15 Februari apabila keadaan air laut semua tarikh ini diramalkan sesuai untuk memancing.



Percutian sempena Tahun Baru kali ini mungkin sedikit mengecewakan kaki pancing laut dalam kerana keadaan air dijangkakan tidak sesuai untuk memancing. Keadaan air besar itu bermula pada 16 dan 17 Februari. Sambutan Tahun Baru Cina pada 18 dan 19 Februari juga bukan masa sesuai untuk memancing kerana air masih besar dan berlarutan sehingga 23 Februari.Mulai 24, 25, 26, 27 dan 28 Februari atau 6 hingga 10 Safar, air laut kembali baik dan sesuai untuk memancing.Ringkasnya, berdasarkan kalendar Islam, 1 hingga 5 hari bulan adalah masa air besar atau air pasang besar dengan arus deras. Bagaimanapun, keadaan air laut kembali normal mulai 6 hingga 11 hari bulan.Kemudian, air kembali tidak normal menjelang 12 hingga 18 hari bulan sebelum stabil pada 19 hingga 27 hari bulan.Laut kembali tidak sesuai untuk memancing mulai 28 hingga 5 hari bulan berikutnya.Boleh dikatakan pola atau trend air laut ini adalah sama setiap bulan kecuali pada tarikh tertentu air laut akan pasang besar dan deras melebihi paras biasa.Memancing pada bulan gelap dikatakan lebih baik. Ini kerana air laut lebih stabil dan faktor cuaca gelap dikatakan mendorong ikan lebih aktif.



Pada masa sama, ikan atau hidupan lain seperti sotong dan ketam mudah menjadi mangsa ikan lebih besar.Difahamkan, punca ketam tidak berisi jika ditangkap pada bulan terang ialah kerana ketam tidak memperoleh makanan mencukupi berikutan mangsanya dapat melepaskan diri berbanding jika bulan gelap.Logik lain ialah, jika air terlalu deras, keadaan air adalah keruh dan menyukarkan ikan memburu makanan. Jika arus dan paras laut normal, keadaan di dasar lebih aktif dan inilah ketika terbaik untuk memancing.Bayangkan kesukaran memancing ketika arus deras apabila batu ladung 400 gram atau 500 gram masih ‘mengapung’ dan gagal jejak ke dasar. Dengan keadaan begini, umpan tidak sampai ke sasaran dan akibatnya sukar untuk mendapat tangkapan.