« Home | Perompak dibelasah sehingga koma, rakan terlepas. » | bakar imuda, jangan tak bakar » | hairsplitting attitude » | Al-Fatihah untuk Saddam » | Best site to visit » | Banjir luar biasa » | Media Advisory: ILS Proton to Launch MEASAT-3 Payl... » | Sultan Mizan dimasyhurkan Sebagai Yang di-Pertuan ... » | Jokes of the day - by zunar the upcoming PM :)) » | Simple but meaningful »

Johor banjir lagi ! sukarelawan diperlukan bagi membantu mangsa banjir di Johor.

Tanah semenanjung kembali dilanda banjir, kali dengan lebih teruk. Negeri Johor adalah paling teruk dilanda dan ikuti oleh Pahang. Ini adalah akibat hujan lebat 3 hari berturut-turut dan dijangka akan berterusan sehingga Rabu ini.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini daerah Batu Pahat mencatatkan jumlah tertinggi mangsa banjir iaitu seramai 33,495 orang. Ini diikuti daerah Kluang seramai 16,383 orang, Kota Tinggi (11,329), Johor Bahru Selatan (10,586), Johor Bahru Utara (7,374), Mersing (6,447), Segamat (6,382), Pontian (3,420) dan Muar (5,604).

Mengikut maklumat yg saya terima, sehingga malam tadi seramai 103,944 orang telah berjaya dipindahkan ke 355 pusat penempatan sementara bagi mangsa banjir di seluruh negeri. banjir yg melanda pada 19 Disember lalu yang mencatatkan bilangan mangsa banjir sebanyak 80,000 hingga 90,000 orang. Tetapi kali ini jumlahnya meningkat sehinggat 10% hingga ke 15% dan kali ini dikhuatiri jumpahnya akan bertambah jika huja berterusan.

Kerajaan kini memerlukan badan2 bukan kerajaan atau mana2 badan sukarelawan dan individu yg berminat untuk menghulurkan bantuan dari segi tenaga mahu pun harta benda bolehlah berhubung dengan balai2 polis yg berhampiran, jabatan kebajikan masyarakat, persatuan palang merah, umno dan sebagainya.


BERTUKAR... Jika sebelum ini pelbagai jenis kenderaan darat melalui kawasan ini yang merupakan jalan raya utama di bandar Kota Tinggi, Johor, kini ia bertukar menjadi jalan air berikutan banjir besar yang melanda bandar itu.



Bandar Kota Tinggi kini hanya boleh dilalui dengan menggunakan bot.

Faris Hadi Mat Diah hanya mampu melihat pangkal jambatan Sungai Sembrong Kecil di Kampung Sri Cahaya, Kluang yang runtuh akibat arus deras

Keadaan jambatan yang merentangi Sungai Johor ditenggelami air yang memutuskan hubungan Kota Tinggi dengan Johor Bahru dan Mersing

Papan tanda yg menyambut para pelancong datang ke daerah Kota Tinggi hampir tenggelam.

Rita Paikuni bersama Zulham Jonit menaiki bot ke majlis persandingan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Parit Bingan, Batu Pahat