« Home | Karnival Pra-GP Joran 11 Mac » | Mari Memancing » | Anti Toll Hike Prote » | Johor banjir lagi ! sukarelawan diperlukan bagi me... » | Perompak dibelasah sehingga koma, rakan terlepas. » | bakar imuda, jangan tak bakar » | hairsplitting attitude » | Al-Fatihah untuk Saddam » | Best site to visit » | Banjir luar biasa »

Amillia bayi ajaib sebesar tapak tangan yg beranak di Miami US


Bayi pramatang termuda di dunia yang hidup, Amillia Taylor dibawa pulang ke rumah keluarganya semalam, selepas empat bulan berada di unit jagaan rapi neonatal Hospital Kanak-Kanak Baptist di sini. Menurut jurucakap hospital tersebut, bayi itu dilahirkan ketika usia di kandungan hampir 22 minggu. “Dia sememangnya bayi ajaib kerana sewaktu dilahirkan para doktor tidak optimis dia boleh hidup. “Sukar membayangkan dia boleh bertahan tetapi dia kini seperti bayi normal lain,” kata ibunya, Sonja Taylor.
Menurut Universiti Iowa yang menyimpan rekod bayi-bayi terkecil dunia, setakat ini, tiada bayi yang lahir kurang daripada 23 minggu dilaporkan hidup. “Walaupun dia kini hanya seberat 1.8 kilogram tetapi bagi saya dia kelihatan montel berbanding sewaktu dilahirkan,” kata Taylor.
Ketika dilahirkan pada 24 Oktober lalu melalui pembedahan, Amillia hanya seberat 280 gram dengan tinggi 240 milimeter (mm), lebih panjang sedikit daripada sebatang pen. Dia juga melecet di kepala ketika itu, tetapi cepat sembuh. Amillia bernafas tanpa bantuan ketika dilahirkan dan mencuba beberapa kali untuk menangis. “Ini sememangnya satu keajaiban, syukur kepada tuhan,” kata pakar neonatal di hospital tersebut, Dr. William Smalling.
Menurutnya, mereka tidak mempunyai sebarang panduan sewaktu proses memantau perkembangan Amillia kerana bayi-bayi sepertinya tidak hidup lama sebelum ini.
“Kami tidak tahu apa tekanan darah normal bagi bayi sebesar itu, ia memang sukar,” katanya.
Para doktor berkata, bayi perempuan itu kini sihat dan boleh dipelihara oleh ibu bapanya di rumah. Persatuan Pediatrik Amerika menyatakan bayi yang lahir kurang daripada 23 minggu dan berat kurang daripada 400 gram sukar untuk terus hidup.