« Home | Gambar2 ini di-postkan di blog si luncai Tian chua... » | CTOS should be vanished immediately » | Guide to buy TV » | Joran berwajah baru » | » | Merchong » | Kuala Sedeli dan 14 April ini. » | Masjid diceroboh, al-Quran dibakar » | Serba Sedikit 'Law' pasal memancing. » | Amillia bayi ajaib sebesar tapak tangan yg beranak... »

Kene si Ctos ni




Ambil tindakan terhadap CTOS – Abdullah


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan pihak-pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap operasi Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) sekiranya syarikat itu terbukti melanggar peraturan.


Menurut Perdana Menteri, kerajaan tidak akan mengecualikan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang daripada dikenakan tindakan.
‘‘Orang berkenaan (Bank Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) kenalah ambil tindakan,” tegasnya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Kesedaran Alam Sekitar, di sini hari ini.


Beliau diminta mengulas mengenai isu berhubung CTOS yang didakwa oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas, menggunakan perkataan ‘biro’ dalam memorandum tataurusnya, yang membolehkan pendaftarannya dibatalkan serta-merta.
Ini memandangkan penggunaan perkataan ‘biro’ bagi merujuk kepada syarikat itu adalah satu kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) kerana ia hanya boleh diguna pakai setelah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM).


Semalam, Kayveas berkata, CTOS turut melakukan satu kesalahan lain yang membolehkannya dibatalkan apabila objektif penubuhan syarikat yang dicatatkan di dalam memorandum itu berlainan dengan operasi sebenar yang menjual maklumat kewangan peribadi.
CTOS, menurutnya, melanggar tujuh undang-undang negara termasuk Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berhubung larangan mencetak, menjual dokumen dan penerbitan.


Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Chung Tze Keong sebelum itu berkata, syarikat berkenaan akan tetap beroperasi seperti biasa kerana jenis perniagaan yang dijalankannya sejak 17 tahun lalu adalah sah mengikut undang-undang.