« Home | Helikopter NURI buat hal lagi » | KPN di cas Rasuah ? » | Alhamdullilah saudara baru kita Mohamad Azhar dan ... » | Peniaga Melayu kene tindas di KLCC » | guide to protecting your identity » | Blogs under scrutiny in Malaysia » | 13 daripada 26 AJK Keadilan Bahagian Shah Alam tel... » | Kene si Ctos ni » | Gambar2 ini di-postkan di blog si luncai Tian chua... » | CTOS should be vanished immediately »

CTOS diaibkan


CTOS disaman lagi, peniaga tuntut RM100 juta

Seorang ahli perniagaan hari ini menyaman syarikat Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) dan tiga anak syarikatnya untuk menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta. Seeni Mohamed Mohamed Ali, 42, bertindak demikian kerana mendakwa CTOS telah memfitnahnya dengan memberi maklumat yang tidak dikemas kini kepada tiga buah institusi kewangan sehingga beliau gagal mendapatkan pinjaman.


Seeni yang diwakili peguam Joshua Sambathan memfailkan saman terhadap CTOS Sdn. Bhd., CTOS Data Systems Sdn. Bhd., CTOS-EMR Sdn. Bhd. dan CTOS Business Systems Sdn. Bhd. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Beliau turut menamakan pengarah CTOS, Chung Tze Keong, 52, dan adiknya Chung Tze Wen, 49, sebagai defendan kelima serta keenam.
Dalam pernyataan tuntutannya, Seeni Mohamed selaku plaintif mendakwa tiga institusi kewangan iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Eon Bank Berhad dan Southern Bank telah menolak permohonan pinjamannya. Bank-bank itu, katanya, berbuat demikian kerana khuatir beliau berkemungkinan tidak dapat membayar pinjaman ekoran rekod CTOS tidak dikemas kini.


Menurut plaintif, institusi-institusi kewangan itu tidak memberikannya pinjaman dengan alasan namanya terpapar semasa carian CTOS yang dikendalikan oleh pihak bank berkenaan.
Plaintif memaklumkan kepada defendan pertama pada 22 Jun 2005 supaya mengemaskinikan data mengenai dirinya dalam sistem komputer syarikat itu. Selepas penolakan permohonan di bank-bank berkenaan plaintif melalui peguamnya telah memberikan laporan terkini kepada CTOS mengenai perkembangan satu tuntutan yang telah dibuatnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 22 Ogos 2005.


Plaintif pada Ogos 2006 cuba membuat permohonan pinjaman untuk perniagaan daripada Syarikat Hitech Pro Sales & Services tetapi syarikat itu turut menolak permohonannya dengan alasan yang sama berdasarkan carian dari sumber defendan pertama pada 10 Ogos tahun yang sama.


Phiz: Lama2 bengkrap juga si CTOS ni. MORAL dalam kisah CTOS ni, jangan aniaya rakyat dan jangan bantah cakap kerajaan secarang terbuka seperti di majalah. Kan dah kene.