« Home | The Massacre of Mahmudiya - The Rape and Murder of... » | Billfish Season » | Taib mahmud si Tukang Tilik » | Raja Nazrin Yg Berakal » | CABARAN REMAJA ISLAM » | Banjir pun Bermula » | Hujan Sepanjang Minggu ini » | Pelbagai Rintangan Menyebabkan Mangsa Nahas Nuri L... » | 6 Krew Nuri Terkorban » | Petunjuk Baru Ditemui - Helikopter Nuri Hilang »

Lagu Negaraku dihina oleh seorang pelajar Cina tajaan kerajaan barisan nasional di Taiwan

Pelajar buat klip video hina Negaraku disiasat. Tindakan tegas jika langgar undang-undang.

PUTRAJAYA: Polis akan menyiasat perbuatan seorang pemuda tempatan menghasilkan klip video yang mempersendakan lagu Negaraku, memburuk-burukkan negara dan menyentuh sensitiviti agama mengikut Akta Hasutan 1948.Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata tindakan akan diambil terhadap pemuda yang dikenali sebagai ‘Namewee’ itu jika dia didapati melakukan kesalahan mengikut akta berkenaan.
Rakaman skrin video lagu 'Negarakuku' seperti dimuatkan di Internet.

“Kita akan menonton klip video itu dulu untuk menentukan sama ada ia melanggar undang-undang. Jika benar, kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi semalam.Beliau mengulas laporan akhbar mengenai perbuatan biadap pelajar dari Muar, Johor itu menghasilkan klip video bertajuk Negarakuku yang dipaparkan di laman web YouTube sejak pertengahan bulan lalu dan sudah ditonton lebih 400,000 kali.
Segmen yg menghina Umat Islam mengenai Azan Subuh

Namawee berusia 24 tahun dipercayai masih mengikuti pengajian dalam jurusan Komunikasi Massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan.Antara lain, lagu rap dalam bahasa Mandarin yang berasaskan lagu Negaraku itu mendakwa dasar kerajaan sekarang meminggirkan kaum Cina, memperlekehkan Melayu, wanita Islam bertudung dan azan subuh.


Segmen menghina Umat Islam mengaji Al-Quran

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata tindakan pelajar itu adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan perlu dihukum sebagai pengajaran.Beliau berkata, hukuman itu juga akan mengelakkan orang lain, terutama belia yang kreatif menghasilkan klip video seumpama itu.“Memang kita menggalakkan belia menjadi kreatif, tetapi bukan dengan cara yang menjatuhkan maruah negara dan menggugat keharmonian kaum,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Mesra Bulanan dan melepaskan Kembara Merdeka Rakan Muda, di sini, semalam.


Segmen menghina pihak PDRM

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Datuk Dr Halim Shafie, berkata pihaknya akan menyiasat klip video itu dan hasil siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.“Kita perlu menilai segala unsur dalam klip video itu yang membolehkan kita bertindak,” katanya ketika dihubungi.Sementara itu, Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Adham Baba, berkata pihaknya membuat siasatan dan tindakan sewajarnya diambil kerana ia boleh menjatuhkan maruah dan memberi imej buruk kepada negara.

Segmen menghina PDRM

Beliau berkata, jika dia mengikuti pengajian di luar negara dengan pembiayaan wang kerajaan, kementerian akan meminta penajanya menghentikan tajaannya.Di MUAR, bapa pelajar terbabit akur dan sedia bekerjasama jika pihak berkuasa ingin mengambil tindakan terhadap anaknya yang kini menuntut di Taiwan.Wee Ann Chee, 47, berkata beliau bersedia bekerjasama jika kerajaan inginkan maklumat lanjut dan berpendapat anaknya tidak menyangka lagu yang dihasilkan itu salah di sisi undang-undang sehingga menyebabkan banyak pihak tidak senang.

Segmen penghinaan agama hindu


Beliau berkata, lagu dihasilkan tidak berniat mengeruhkan keadaan, sebaliknya adalah ilham anaknya yang meminati muzik sejak kecil. “Saya tahu anak saya sayangkan negara ini, malah kami sekeluarga menyokong usaha kerajaan dan sebagai seorang penuntut di luar negara dia juga berharap negara ini terus maju,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


pHiz: Sila lawati http://www.youtube.com/watch?v=gyiBvJtJ5Z4