« Home | Raja Nazrin Yg Berakal » | CABARAN REMAJA ISLAM » | Banjir pun Bermula » | Hujan Sepanjang Minggu ini » | Pelbagai Rintangan Menyebabkan Mangsa Nahas Nuri L... » | 6 Krew Nuri Terkorban » | Petunjuk Baru Ditemui - Helikopter Nuri Hilang » | Karnival GP Joran 2007 KUALA TERENGGANU » | CTOS diaibkan » | Helikopter NURI buat hal lagi »

Taib mahmud si Tukang Tilik


Bubar selepas raya? -- Taib Mahmud ramal pilihan raya umum, arah ahli Parlimen BN siap sedia


KUCHING 3 Ogos – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjangkakan Parlimen akan dibubarkan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini untuk membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan. Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menggesa ahli Parlimen di Sarawak membuat persediaan rapi bagi memastikan semua kerusi BN di negeri ini dikekalkan.

‘‘Saya menjangkakan pilihan raya Parlimen akan berlangsung pada bila-bila masa selepas Hari Raya Puasa.

‘‘Oleh itu, semua wakil rakyat PBB perlu mengemaskinikan maklumat penting khususnya nama pengundi di kawasan masing-masing.

‘‘Jika ada pengundi baru, kita perlu membantu mereka untuk mendaftar sebagai pengundi,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan majlis Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) PBB di Ibu Pejabat PBB di sini lewat petang semalam.

Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada 13 atau 14 Oktober. Dalam pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac 2004, BN Sarawak memenangi 27 kerusi Parlimen daripada 28 kerusi yang dipertandingkan. Ditanya mengenai pembahagian kerusi untuk tiga kawasan Parlimen baru di Sarawak pada pilihan raya umum akan datang, Abdul Taib yang juga Pengerusi BN negeri berkata, keputusan mengenai perkara itu diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurutnya, pembahagian kerusi itu dilakukan dengan menilai parti komponen mana dalam BN yang mempunyai peluang untuk menang dalam pilihan raya.

‘‘Ini kerana BN tidak mahu menyerahkan kerusi itu kepada parti yang lemah sehingga merugikan kita,” katanya.

Tiga kerusi Parlimen baru di Sarawak yang diwujudkan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya ialah Igan, Sibuti dan Limbang. Ini bermakna jumlah kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan di negeri ini pada pilihan raya akan datang berjumlah 31 buah berbanding 28 kerusi sekarang.

Mengenai sesetengah parti komponen BN yang mengalami masalah dalaman sehingga boleh menjejaskan persiapan pilihan raya, Abdul Taib berkata, beliau cuma boleh memberikan pandangan dan nasihat. Katanya, beliau tidak mahu bertindak dengan campur tangan secara langsung dalam masalah parti lain.

‘‘Saya menasihati mereka...jika sesuatu masalah itu melibatkan perselisihan faham antara pihak atasan parti, diharap mereka boleh membuat keputusan bijak mengenai isu-isu itu dalam pilihan raya akan datang.

‘‘Begitu pun saya yakin sokongan peringkat akar umbi terhadap BN masih lagi kuat,” katanya.

pHiz: kita pun sebagai pengundi harus bersiap sedia. Mengundi gunakan akal yg bijak bukan pada ikut-ikutan.