« Home | Malaysia Ucap Takziah Untuk Mangsa Gempa Bumi di I... » | Suami terkejut isteri berkhalwat » | Najib Berbesar Hati Naikan Harga Minyak 20 shen » | Fishing trip to Mersing » | Happy Birthday Mesia ! » | INILAH RUMAH SAYA » | Cooperation Between Israeland the State of New Yor... » | Kekejaman ISRAEL » | OBAMA Presiden baru US » | Letter for Pak Lah »

Malysia Hulurkan Bantuan Sebanyak RM3.5 Juta Bersamaan RP2,787,140,423.297 Kepada Kerajan Indon




PADANG 11 Okt. - Kerajaan Malaysia bersetuju untuk menyalurkan bantuan sebanyak AS$1 juta (RM3.5 juta) bagi membantu mangsa gempa bumi yang berlaku pada 30 September lepas di Padang, Indonesia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantuan kewangan itu bagi membantu membangunkan semula sekolah, rumah ibadat dan kemudahan yang lain.

Beliau berkata, keputusan itu telah mendapat persetujuan jemaah menteri dan akan disalurkan secepat mungkin melalui Kementerian Luar Malaysia kepada Kementerian Luar Indonesia.

"Tumpuan diberikan untuk membangunkan semula sekolah dan rumah ibadat kerana ianya adalah kegunaan umum dan boleh dimanfaatkan oleh penduduk di Padang," katanya kepada pemberita ketika melawat kawasan gempa bumi dan mendengar taklimat oleh Gabenor Sumatera Barat, Gamawan Fauzi di Istana Gabenor Sumatera Barat di sini hari ini.

Selain dari sumber kerajaan, beliau berkata, kutipan melalui tabung bencana alam anjuran media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggarkan bernilai RM10 juta akan turut disalurkan kepada mangsa gempa bumi di Padang.

Katanya, bantuan-bantuan yang dihulurkan oleh Malaysia kepada rakyat Indonesia membuktikan keprihatinan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia di atas musibah yang menimpa negara jiran yang paling rapat.

"Keprihatinan kami adalah ikhlas bukannya retorik atau kata-kata semata-mata. Kita berharap rakyat di Indonesia khususnya di Padang turut ikhlas menerima bantuan kami," katanya. - BERNAMA

p/s: Mesia bg satu juta kat indon utk tutup mulut. Lepas ni takde lagilah kes ganyang media berkumandang !