« Home | Lagi Kanak-kanak hilang ! » | Planets of the apes Chonology " tarak minum, tarak... » | ISA 'sinopsis' » | Menteri akui doktor cuai » | penat » | Mohon maaf Meng Chee ditolak » | Fishy Tips » | TNB reef has been cancelled, change this saturday » | 5 Beranak maut dalam satu kejadian kebakaran » | Tips Umpan »

Waspada ‘serbuk emas’ lelaki Afrika

“Awas! Jangan terpedaya dengan lelaki Afrika mendakwa sebagai pelajar di Malaysia dan tawarkan bayaran RM10,000 untuk satu trip menghantar serbuk emas (gold dust) di luar negara.”
Itulah amaran seorang wanita, Sharon Joan Louis dari Negeri Sembilan yang nyaris terperangkap dan menjadi mangsa penganiayaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang berpusat di Venezuela. Lelaki Afrika itu mempedayakan Sharon dengan memberitahu tugasnya hanya membawa serbuk logam emas.

Sharon, 27, yang dihantar ke Caracas, Venezuela pada November lalu memberitahu, ‘serbuk emas’ itu sebenarnya adalah dadah jenis kokain. Katanya, mangsa yang diperalatkan biasanya diserahkan 5 kilogram kokain bagi setiap trip. Dadah sebanyak itu bernilai RM1.24 juta di pasaran antarabangsa.

Dalam satu temu bual dengan Utusan Malaysia, Sharon menceritakan bagaimana dia tertarik dengan ganjaran RM10,000 untuk satu trip menghantar ‘serbuk emas’ yang ditawarkan oleh seorang lelaki Nigeria bernama Joe. Lelaki berusia 20-an itu dikenalinya di Malaysia dan mendakwa belajar di sebuah kolej tempatan.

Pada 6 Oktober lalu, Sharon sendirian dihantar ke Venezuela melaksanakan misi menghantar ‘serbuk emas’ dari Caracas ke Amsterdam, Belanda yang awalnya dijanjikan dua minggu mulai tarikh dia berlepas kemudian berlarutan 40 hari sebelum dia menyedari dirinya diperalatkan.
Sharon mungkin satu-satunya wanita yang terselamat daripada menjadi mangsa ketika melaksanakan misi menghantar ‘serbuk emas’.
Pada masa ini lima wanita Malaysia sedang meringkuk di penjara Venezuela kerana kes-kes dadah, semuanya selepas dipedaya oleh lelaki Afrika.
“Apabila sedar ditipu, saya minta perlindungan Kedutaan Malaysia di Caracas 5 November lalu. Saya ‘disembunyikan’ 21 hari sebelum dihantar pulang ke Malaysia pada petang 25 November lalu,” katanya.
Pada pagi dia berlepas pulang dari Lapangan Terbang Simon Bolivar di Caracas, pemain dram kumpulan Fotograf, Sham Ahmad atau Ringgo pula ditahan bersama beg berisi 4.6 kilogram kokain. Sharon percaya Ringgo juga mangsa sindiket itu.
pHiz:
Kerajaan sepatutnya pantau gejala african & nigerian ni. Mereka2 semua mengundang kadar jenayah di Malaysia.