« Home | Kesucian air zam-zam » | Jacqueline Pascarl-Gillespie » | RPBIC 2007 dipacu ke sirkit dunia - Sailfish » | 21 Aug K and CT » | Two heads are better than one ? » | ZULEYKA RIVERA » | Hani Mohsin passed away » | Italy are the world champions 2006 » | France 2 - Portugal 0 » | Germany 0 - Italy 2 »

Traffic summons decrease. Good news for us !!!

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan penurunan kadar saman melebihi 50 peratus kepada para pesalah trafik berkuat kuasa serta-merta.
Ia bagi meringankan beban pengguna jalan raya berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dan pada masa yang sama menggalakkan pesalah trafik menjelaskan saman mereka dengan segera.
Dalam kadar terbaru yang diperkenalkan itu, pesalah trafik hanya akan dikenakan saman bermula daripada RM30 (minimum) hingga RM100 (maksimum).
Bagaimanapun pesalah trafik yang disaman sebelum tarikh hari ini tidak akan menikmati keistimewaan tersebut bagi mengelakkan sebarang komplikasi undang-undang.
Turut terkecuali ialah mereka yang terlibat dalam kesalahan berat seperti kemalangan maut, memandu dalam keadaan mabuk, pemandu bawah umur tanpa lesen, memandu cuai serta berbahaya, tiada insurans dan lumba haram.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam Bukit Aman, Datuk Mustafa Abdullah berkata, kadar ini merupakan potongan 50 peratus daripada kadar lama.
“Pelaksanaan kadar baru kompaun ini juga bertujuan mendidik mereka agar lebih berhemah di jalan raya dan tidak memberi rasuah.
‘‘Bagaimanapun pesalah lalu lintas sebelum hari ini boleh membuat rayuan bagi mengurangkan bayaran saman mereka,’’ katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.
Mustafa berkata, mereka yang disaman mulai hari ini tidak boleh lagi mengemukakan rayuan untuk mengurangkan jumlah bayaran saman memandangkan ia sudah terlalu rendah.
Katanya, pesalah lalu lintas diberi tempoh sehingga dua bulan untuk menjelaskan saman mereka sebelum waran tangkap dikeluarkan bagi mengelakkan jumlah kompaun melonjak sekali ganda.
Sehubungan itu, tambah beliau, sekiranya orang ramai berubah sikap dengan membayar saman mereka dengan segera, kemungkinan Ops Warta tidak perlu lagi dilaksanakan.
‘‘Kadar baru ini bukan dilakukan sesuka hati kerana ia merupakan pendapatan kerajaan namun kita bersikap positif dan mahu rakyat berubah sikap,’’ ujarnya.
Beliau berkata, sekiranya perlaksanaan kadar baru itu berjaya, kemungkinan ia akan diteruskan sampai bila-bila, tetapi jika sebaliknya, polis akan mengkaji kesesuaian saman baru tersebut untuk kembali kepada kadar lama.
Sementara itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak salah anggap kadar baru itu akan menggalakkan pengguna jalan raya membuat kesalahan, sebaliknya ia adalah kemahuan pucuk pimpinan polis yang mahu mengurangkan beban rakyat.
Kadar saman baru adalah seperti berikut:
- Kesalahan kemalangan kecuali yang tidak boleh dikompaun:
Kadar lama bagi semua kenderaan RM300. Kadar baru bagi bas dan lori RM200, kereta, teksi, van dan pacuan empat roda (RM150) dan motosikal (RM100).
- Kesalahan pandu laju
Kadar lama bagi semua kenderaan RM150.
Kadar baru bagi lori dan bas RM90, kereta, teksi, van dan pacuan empat roda (RM70) dan motosikal (RM50).
- Kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar: Kadar lama bagi teksi RM150, van RM80 dan kereta RM70.
Kadar baru bagi semua kenderaan RM50.
* Kompaun bagi kesalahan tidak memakai topi keledar dikurangkan daripada RM70 kepada RM30.
* Kesalahan tidak boleh buat pusingan ‘U’, kesalahan memotong cara bahaya serta potong barisan dan kesalahan memandu di lorong kecemasan:
Kadar lama bagi lori dan bas turun daripada RM200 kepada RM90, kereta, teksi, van dan pacuan empat roda daripada RM100 kepada RM70, manakala motosikal daripada RM70 kepada RM50.
* Kesalahan langgar isyarat lampu merah:
Kadar lama bagi lori, bas, teksi, kereta, van dan pacuan empat roda RM200, manakala motosikal RM150.
Kadar baru bagi lori dan bas kekal RM200, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM150 dan motosikal RM100.
* Kesalahan memandu guna telefon bimbit dan alat komunikasi:
Kadar lama bagi lori dan bas RM200, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM100 serta motosikal RM70.
Kadar baru bagi lori dan bas kini turun kepada RM90, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM70 dan motosikal RM50.
* Kesalahan tidak beri laluan sebelum membelok:
Kadar lama untuk lori dan bas RM200, kereta, teksi, van dan pacuan empat roda RM100 dan motosikal RM70.
Kadar baru untuk lori dan bas kini turun kepada RM90, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM70 dan motosikal RM50.
* Kesalahan lesen memandu dan tidak mempamerkan cukai jalan:
Kadar lamanya ialah RM150 bagi bas dan lori, kereta, teksi, van, pacuan empat roda RM80 dan motosikal RM70.
Kadar baru bagi lori dan bas kini RM90, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM70 dan motosikal RM30.