Jacqueline Pascarl-Gillespie
Raja Datuk Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah menolak dakwaan media asing semalam konon anaknya, Raja Shahirah Aishah, sudah menetap di Australia bersama bekas isterinya, Jacqueline Pascarl-Gillespie.Sebaliknya, Raja Kamarul Bahrin menjelaskan, anak perempuannya yang lebih dikenali sebagai Shahirah, 22, pergi ke Australia bersama anak sulungnya, Raja Mohamad Baharuddin untuk melawat ibu mereka.Katanya, kunjungan Shahirah dan Raja Mohamad Baharuddin atau dikenali sebagai Iddin, 24, adalah pertemuan biasa antara ibu dan anak kerana hubungan antara mereka tidak harus dipisahkan.?Iddin dan Shahirah bukan lagi kanak-kanak dan mereka sudah cukup dewasa untuk berjumpa ibu mereka. Saya bukan kejam mahu menghalang hubungan ibu dan anak, lagipun mereka sedang bercuti," katanya ketika dihubungi semalam.Laporan agensi berita AP dari Melbourne semalam memetik Pascarl-Gillespie sebagai mendakwa Iddin dan Shahirah kini sudah tinggal bersamanya.Bekas isteri Raja Kamarul Bahrin itu dilaporkan berkata, dia amat gembira kerana Shahirah sudah berpindah untuk tinggal dengannya sejak April lalu, dan kini Iddin juga mengambil langkah yang sama, selepas mereka terpisah 14 tahun lalu.Pascarl-Gillespie kini tinggal bersama suami ketiganya, Bill Cocaris, seorang bekas guru sekolah yang dikahwininya pada 2002, bersama dua anak mereka, Verity, 5 dan Lysander, 3.Laporan itu memetik Iddin sebagai berkata, beliau mahu berada di Melbourne untuk ?satu tempoh yang cukup lama? tetapi enggan mengulas sama ada dia akan menetap bersama ibunya.Raja Kamarul Bahrin berkata, laporan media asing khususnya dari Australia sentiasa cuba mensensasikan berita itu walaupun hakikatnya, dua anaknya akan pulang bulan depan.Katanya, tidak mungkin Iddin dan Shahirah akan menetap di Australia bersama ibu mereka kerana mereka perlu menamatkan pengajian masing-masing di institusi pengajian tinggi tempatan.Malah katanya, Iddin akan menjalani latihan di sekolah memandu di negara ini bagi memperoleh lesen memandu.?Laporan yang dibuat media terutama media asing ketika Shahirah pertama kali bercuti ke Melbourne akhir Mac lalu memberi tekanan kepadanya hingga saya terpaksa membawanya bercuti sebaik pulang ke tanah air,? katanya.Beliau, yang mendapat panggilan daripada stesen Channel 9 Australia kurang tiga jam selepas anaknya tiba di Australia, hairan pemergian dua anaknya ke negara itu pantas dihidu media asing.Bagaimanapun beliau tidak menjawab panggilan itu kerana tidak mahu perkara yang sama berlaku apabila pihak berkenaan sengaja membuat spekulasi terhadap kenyataannya.?Pertemuan pertama Shahirah dengan ibunya beberapa bulan lalu hanya disedari selepas beberapa hari tetapi kini hanya selang beberapa jam. Saya tidak pasti apa yang mereka minat sangat dengan pertemuan itu."Saya tidak akan mengulas lagi isu berhubung pertemuan itu kerana jika kenyataan terus diberikan, isu itu akan terus disensasikan tanpa henti dan ia akan memberi tekanan kepada anak saya,? katanya.Sementara itu, Iddin ketika dihubungi Berita Harian di Melbourne semalam, menjelaskan dia ke sana bagi menunaikan janji kepada ibunya, untuk melawat selepas tamat peperiksaan semester. ?Saya pernah berjanji kepada mak untuk datang ke Australia sebaik tamat peperiksaan semester akhir diploma reka bentuk komunikasi di sebuah kolej swasta yang berlangsung sebulan Mei lalu.?Oleh itu, kedatangan saya ke Australia adalah bagi memenuhi janji selain hasrat saya sendiri untuk melawat mak kerana terlalu rindu selepas hampir 14 tahun tidak bertemu,? katanya.Iddin berkata, beliau pada mulanya berhasrat untuk melawat ibunya lebih awal tetapi terpaksa membatalkan hasratnya itu kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi kini bersyukur hasratnya sudah tercapai.
phiz: if i not mistaken, shahirah ni pakai tudung. Then after visit her mother boleh nampak plak rambut dia. rosak akidah shahirah ni. Raja baharin, u should do something, before she influence your anak.
Post a Comment