Gempar hari ini . . .
GEMPAR: Wajah berupa manusia jelas kelihatan pada batang pokok pinang di Kampung Paya, Kepala Batas.
OPERASI BERAKHIR: Buaya yang dipercayai membaham Mohd Azuan (gambar kecil) minggu lalu ditemui mati oleh anggota Rela dan penduduk di Kampung Bako dekat Kuching. Difahamkan, pawang buaya dari Samarahan, Cheek Inu, 70, memasang umpan ayam di beberapa tempat strategik di Sungai Sarawak. Cheek sebelum ini dikatakan memberitahu bahawa buaya yang membaham kanak-kanak itu, akan mati apabila memakan umpan berkenaan.
OPERASI PEMINDAHAN: Kakitangan Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah Pahang bertungkus lumus memindahkan gajah berusia 18 tahun yang ditangkap Perhilitan Kelantan di Kampung Lata Janggut, Jeli dengan bantuan dua ekor gajah denak untuk dipindahkan ke Hutan Simpan Belum di Perak.
Post a Comment