Penganalisis politik terkemuka,
Abdul Razak Baginda,46 sudah dikenakan tahanan reman lima hari. Ini setelah Majistret Manira Mohd Nor membenarkan permohonan oleh polis itu pada 9.15 pagi Rabu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Identiti lelaki yang ditahan untuk membantu
siasatan polis keatas pembunuhan kejam wanita Mongolia,
Altantuya @Aminah Abdullah,28 sudah diketahui umum. Namun begitu banyak lagi yang menjadi misteri hingga membawa pembunuhan
model sambilan ini yang dikatakan datang ke Kuala Lumpur untuk mencari ‘suaminya’ bagi mendapatkan wang
merawat anaknya. Apa yang diduga pasti ialah
Razak dan
Altantuya mempunyai hubungan istimewa.Ini berdasarkan kenyataan Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia,
Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi yang
mendakwa mempunyai
bukti rekod perjalanan dan percutian mereka berdua. Mereka berdua dikatakan pernah
bercuti bersama di beberapa destinasi seperti Afrika
Selatan, Hong Kong dan Eropah. Malah,katanya gambar-gambar percutian mereka pun ada. Juga ada rekod tempahan tiket perjalanan pergi balik antara
Kuala Lumpur ke Shanghai di China pada bulan Mac 2005 lagi.Ini memberi petanda hubungan mereka sudah lama. Dalam pada itu keluarga
Altantuya juga mendakwa seseorang pernah memasukkan sejumlah AS$30,000 (
RM111,000) ke dalam akaun
Altantuya. Menurut
Syed Rahman bapa
Altantuya akan
datang ke
Malaysia membawa
cucu lelakinya untuk menjalankan ujian DNA bagi menentukan siapa bapa kepada cucunya. Keluarga
Altantuya juga akan membawa dokumentasi yang mendakwa boleh membuktikan
Altantuya dan penganalisis politik itu sudah berkahwin di Mongolia.
Penganalisis politik tersebut
sudah beristeri dan mempunyai anak dan menetap di
Damansara Heights.
Syed Abdul Rahman berkata keluarga
Altantuya mendakwa pihak mereka mempunyai sijil perkahwinan yang sah dan menurutnya berkemungkinan Altantuya telah
memeluk agama Islam di negaranya. "Saya hairan mengapa media melaporkan bahawa
Altantuya mengugut penganalisis politik itu membayar sejumlah wang
RM1.85 juta sedangkan keluarga Altantuya merupakan golongan berada di mana
bapanya adalah seorang
kontraktor yang berjaya di
Ulan Bator, Mongolia," katanya.
Sementara itu peguam Razak,
Datuk Shafie Abdullah dipetik oleh agensi berita AFP sebagai berkata anak guamnya itu mendakwa dia tidak bersalah.
Katanya semasa berbual sejenak di mahkamah Razak mendakwa dia tidak terlibat dalam penculikan atau pembunuhan
Altantuya. Di mahkamah lain,
Majistret Ahmad Fairuz Mohd Fuzi turut membenarkan perintah lanjutan
reman bagi
dua pegawai polis, seorang
Cif Inspektor dan
Lans Koperal, sehingga Isnin ini setelah tempoh
reman tujuh hari sebelum ini tamat pada Rabu. Kedua-dua mereka ditahan reman bagi siasatan mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Selasa seorang
konstabel polis, yang bertugas di cawangan pengiring Bukit Aman, ditahan
reman selama seminggu berhubung kes yang sama.
Ramai yang terkejut dengar nama penganalisis politik VIP yang ditahan dalam kes bunuh wanita MongoliaAsalnya sewaktu berita awal mengenai kes pembunuhan seorang wanita Mongolia,Altantuya
@ Aminah Abdullah,28 tersebar ia disangka tidak lebih dari satu kejadian jenayah biasa. Cuma apa yang agak
memeranjatkan ialah
mayat mangsa diletupkan dengan bom.
Belum pernah terdengar kejadian seumpama ini selama ini. Namun begitu sejak pagi Selasa ia menjadi
‘cerita besar’ khususnya dikalangan para wartawan bila terbit nama lelaki yang disyaki ada hubungan dengan wanita itu.
Apa lagi bila anggota polis dikaitkan terlibat dalam kes ini.
Sebut nama lelaki berkenaan,seorang penganalisis politik dan juga mengetuai sebuah agensi
‘think tank’ - ramai termasuk orang politik kenal siapa dia.
Dia kerap muncul di akhbar memberi komen mengenai isu-isu semasa luar negara,pertahanan dan sebagainya dan juga sering menjadi pengacara atau tetamu pada forum di televisyen. Selain dari diundang memberi ceramah lelaki berkenaan yang berusia 46 tahun pernah dilihat di majlis UMNO. Dia tidak memegang apa-apa jawatan penting dalam parti tetapi diketahui umum rapat dengan kalangan orang atasan. Mereka yang mengenalinya agak tergamam bila diberitahu oleh rakan-rakan dia kena soalsiasat dan ditahan polis untuk membantu siasatan pembunuhan wanita itu. Dari cara polis menjalankan siasatan dimana kira-kira
50 orang anggota polis terdiri dari
unit forensik dan sebagainya turun padang ke
lokasi dimana mayat sampai berkececai
wanita ini dibom ai di
Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor ia sudah dikelaskan sebagai
kes berprofail tinggi kerana melibatkan
VIP. Lelaki berkenaan yang tinggal di kawasan perumahan mewah Damansara Height
ditahan di
pejabatnya kira-kira pukul
11 pagi Selasa sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Isnin polis telah
menahan dua pegawai dan
dua anggota polis termasuk
seorang wanita bagi membantu siasatan kes itu. Salah seorang
pegawai polis yang
ditahan itu
bertugas dengan
pasukan elit polis, Unit Tindakan Khas (UTK), manakala
tiga yang lain di
Cawangan Pengawal Pengiring Bukit Aman.
Jurucakap Jabatan Perdana Menteri telah menjelaskan, anggota UTK yang ditahan itu bukanlah sebahagian daripada pasukan tetap keselamatan peribadi Perdana Menteri.
Menurutnya dia hanyalah sebahagian daripada pasukan tersebut yang tugasnya termasuk menyediakan keselamatan secara bergilir-gilir kepada orang kenamaan Malaysia apabila melakukan lawatan ke luar negara.
Hal ini berbangkit kerana dia merupakan antara mereka yang ditugaskan mengawal keselamatan Perdana Menteri sewaktu membuat lawatan terbarunya selama tiga hari ke Islamabad,Pakistan yang berakhir Isnin.
Al Tantuya dipercayai ditembak dan mayatnya diletupkan dengan bom tangan. Wanita itu dikatakan
menjalin hubungan
seks dengan penganalisis politik itu yang sudah beristeri dan mempunyai
anak semasa dia melawat Mongolia tahun lepas dan hubungan itu membawa kepada kelahiran seorang bayi di Mongolia tahun ini.
Al Tantuya dan rakan wanitanya ( terdapat dua versi dalam hal ini - ada yang kata seorang rakan dan ada yang kata dua orang rakan) dari negara itu dipercayai datang ke Malaysia awal Oktober untuk berjumpa lelaki berkenaan.Mereka
menginap di sebuah
hotel di Jalan Hang Lekir.
Satu versi mengatakan
Al Tantuya dan dua rakan wanitanya
mengunjungi rumah lelaki terbabit di Damansara Heights pada
9 Okt untuk membincangkan perkara itu.
Bagaimanapun, segala-galanya tidak berjalan lancar dan lelaki itu menghubungi tiga polis untuk 'mengiringi' Anna pergi dari situ. Rakan-rakannya kemudian diberitahu supaya beredar sementara perkara itu "diselesaikan".
Satu lagi versi mengatakan Al Tantuya pergi seorang diri ke rumah lelaki berkenaan pada 19 Oktober.
Bagaimapun cerita mengatakan dia diiringi keluar dari rumah itu oleh anggota polis adalah sama.
Apabila Altantuya tidak kembali ke hotel keesokan harinya dan gagal dihubungi, dua atau seorang rakannya itu telah bertindak melaporkan kejadian itu kepada Konsulat Mongolia di Thailand.
Kemudiannya laporan dibuat di Balai Polis Jalan Travers,Kuala Lumpur pada 20 Oktober lalu.
Difahamkan lebih sebutir bom tangan dipercayai digunakan suspek untuk meletupkan mayat
Altantuya bagi
menghilangkan bukti pembunuhan ke atas wanita warganegara Mongolia itu.
Mayatnya berkecai dan
cebisan daging tubuhnya berselerakan sejauh
200 meter di kawasan kejadian. Polis menjumpai baki cebisan anggota mayat wanita itu pada 1 petang Selasa berhampiran Empangan Tasik Subang di Puncak Alam.
Isnin, polis menemui lokasi mayat itu dan usaha mengumpul cebisan mayat itu selesai petang Selasa. Unit Forensik Bukit Aman dan Unit Anjing Pengesan telah digunakan untuk mengesan cebisan anggota mayat itu dan bahan bukti sejak 9 pagi Selasa sehingga 5 petang.
Keadaan mayatnya yang ditemui berkecai menyukarkan pihak
forensik mengenal pasti
Altantuya dan memaksa unit itu mengambil masa lebih
lapan jam untuk mengumpul cebisan daging serta tulang mangsa. Polis enggan memaklumkan kepada media ke mana mayat itu akan dibawa selepas ianya dikeluarkan dari kawasan empangan itu. Dalam perkembangan lain Bernama melaporkan dari Bangkok bahawa Kedutaan Mongolia di ibu negara Thailand itu telah mengarahkan konsul kehormatnya di Kuala Lumpur supaya melakukan tindakan susulan terhadap kes pembunuhan seorang wanita negara itu di sana. Seorang pegawai kedutaan berkata mereka mengetahui siasatan kes pembunuhan itu selepas dimaklumkan oleh Konsul Kehormatnya
Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi dua hari lepas. "Kami tidak mempunyai banyak maklumat buat masa ini kerana masih menunggu butiran lanjut daripada beliau," katanya ketika dihubungi Selasa. Pegawai itu berkata kedutaan Mongolia itu yang juga bertanggungjawab terhadap urusan di Malaysia, telah memaklumkan kes itu kepada Kementerian Luar Mongolia