Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Yang di-Pertuan Agong ke-13
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 bagi tempoh lima tahun bermula 13 Disember ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan memberitahu, pemilihan Sultan Mizan dibuat pada mesyuarat khas Majlis Raja-Raja ke-208 yang diadakan di Istana Negara di sini, hari ini.
Mesyuarat itu juga sebulat suara memilih Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga untuk tempoh yang sama.
Pemilihan Sultan Mizan, 44, yang menggantikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail melakar sejarah kerana baginda muncul sebagai Yang di-Pertuan Agong paling muda dalam sejarah.
Sultan Mizan dilahirkan pada 22 Januari 1962 di Kuala Terengganu dan merupakan putera sulung kepada Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman l dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, baginda kemudian melanjutkan pengajian ke Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England pada 1980.
Sebelum itu, pada tahun 1979, baginda ditabalkan sebagai Yang DiPertuan Muda Terengganu ketika usianya baru menginjak 19 tahun.
Sekembalinya ke tanah air pada 1983, Sultan Mizan ditauliahkan sebagai Leftenan Kehormat dalam Rejimen Kor Armor Diraja.
Baginda menamatkan zaman bujang pada 1996 selepas berkahwin dengan Permaisuri Nur Zahirah dan dikurniakan dua puteri serta seorang putera iaitu Tengku Nadhirah Zahrah, Tengku Fatimatuz Zahrah dan Tengku Muhammad Muaz.
Dalam bidang pentadbiran, Sultan Mizan yang meminati sukan bermotor pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan negeri.
Baginda pernah menjadi Pembantu Pegawai Pemungut Cukai di Pejabat Daerah Kuala Terengganu pada 1981, Pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (1991) dan Pegawai Tadbir di Unit Perancang Ekonomi Negeri (1998).
Sebelum ditabal menjadi Sultan Terengganu ke-16 pada 1998, Sultan Mizan memangku takhta tersebut selama 19 hari pada 1990.
Dua tahun kemudian, bekas Canselor Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) itu dipilih oleh Majlis Raja-Raja menjadi timbalan kepada Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-11.
Sultan Salahuddin mangkat selepas setahun bergelar Yang di-Pertuan Agong.
Selepas kemangkatan itu, Sultan Mizan dilantik pemangku Yang di- Pertuan Agong sebelum Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dipilih menggantikan Almarhum Sultan Selangor.
pHiz: Only thing we hope from this new coming Agong Sultan Mizan is more Muslim governmental agency provided to us. With this additivity, Muslim power will become more well effective to this country.

Post a Comment