Siam dapat PM baru
Bekas panglima tentera darat, Jeneral Surayud Chulanont mengangkat sumpah hari ini sebagai Perdana Menteri sementara Thailand berikutan pengumuman perlembagaan sementara yang memperuntukkan kuasa cukup luas untuk pemimpin rampasan kuasa.
Perlantikan Surayud telah diperkenankan oleh Raja Bhumibol a.k.a raja Siam. Surayud secara lansungnya, merupakan perdana menteri Siam yg ke-24.Selepas pemberian kuasa kepada PM baru, junta akan berjanji akan
1. memberikan kuasa semula kepada pemimpin awam
2. membebaskan semula 4 menteri kanan Thaksin daripada tahanan tentera
3. kereta kebal yg mengelilingi bangunan kerajaan akan kembali ke berek semula
Kerajaan baru sementara anjuran Junta itu akan berlansung selama 9 bulan untuk kembalikan ia stabil dan kemudian barulah pilihanraya kembali diadakankan. Itu janji Junta. kerajaan pimpinan junta akan terus memainkan peranan sebagai majlis keselamatan dalam negara (CNS) dimana ia mempunyai kuasa untuk memecat kerajaan sementara.
Sekali imbas latar belakang Surayud,
- pernah menjadi sami budha selama 3 bulan
- tiada rekod jenayah atau buruk dan sentiasa pro kepada demokrasi
- merupakan cucuk kepada pemimpin komunis terkenal
- berliau dilantik menjadi panglima tentera darat pada 1998 dan bersara pada tahun 2003 selepas 38 tahun berkhidmat.
Semoga Siam kekal aman dengan kerajaan baru dimana dengan harapan supaya ekonomi,politik dan yang paling penting isu kemanusian dapat diselesaikan dengan harmoni supaya tragedi berdarah yg sering berlaku disana tidak akan berulang.
Post a Comment