« Home | Freedom x-singer past away yersterday. » | "We need nuclear weapon, in order for brighter dev... » | Cuba tengok dan baca » | New design » | Siam dapat PM baru » | Karnival Kad Mesra Joran 2006 di Pantai Teluk Chem... » | Kasih sepanjang hanyat » | Amaran di bulan Puasa. » | Gempar hari ini . . . » | 'Sampai hati dia'. Isteri ketiga lari selepas diha... »

Lihat anak bulan Syawal 22 Okt.


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan tarikh Hari Raya Puasa adalah pada petang Ahad ini iaitu 22 Oktober bersamaan 29 Ramadan 1427 Hijrah.
Sebanyak 28 tempat telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Syawal.
Tempat-tempat itu ialah Pontian Kecil di Johor, Balai Cerap Al-Khawarizmi di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka dan Telok Kemang di Port Dickson.
Di Selangor terdiri dari Bukit Melawati dan Pulau Angsa di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting, selain kawasan Pantai Pasir Panjang di Manjung, Perak dan Pantai Aceh, Pulau Pinang.
Di Kedah pula terdiri dari Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah di Pulau Langkawi dan Menara Alor Star dan di Terengganu meliputi kawasan Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Kemuning di Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap Kusza di Setiu.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa menerusi siaran Radio dan Televisyen Malaysia.
Majlis Raja-Raja telah bersetuju cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

pHiz: rebutlah peluang 10 malam terakhir