« Home | Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Dan Batin » | Did you know ? » | Lihat anak bulan Syawal 22 Okt. » | Freedom x-singer past away yersterday. » | "We need nuclear weapon, in order for brighter dev... » | Cuba tengok dan baca » | New design » | Siam dapat PM baru » | Karnival Kad Mesra Joran 2006 di Pantai Teluk Chem... » | Kasih sepanjang hanyat »

'Penangan' Hari Raya 2006

Ayah Merah melelehkan air mata ketika sidang akhbar menjelaskan mengenai perceraiannya dengan Arni di Kuala Lumpur, sambil diperhatikan anaknya Putri Aleeya Antasha. Ayah Merah dilanda kontroversi yg hangat apabila gambar beliau bersama bini baru di Siam kantol secara besar-besaran di Internet. Beliau yg kesal dgn tindakan sesetengah pihak yg mengambil kesempatan terhadapnya, yg ketika itu lalok dilanda cinta baru. Dikhabarkan, Arni meminta cerai dan sanggup meninggalkan hak penjagaan anak kepada bekas suaminya itu.


Karim Sabli dengan selambanya membakar lemang untuk dijual sempena Aidilfitri di Jalan Permatang Pauh, Bukit Mertajam. Gambar ini diambil sehari sebelum raya. Kata org Bukit Mertajam, pembakaran lemang cik Karim adalah boleh dikatakan pecah rekod bakar lemang paling panjang untuk pada tahun ini.

Sultan Ahmad Shah memeriksa lemang yang dibakar di pekarangan Istana Mahkota, Kuantan. Dikhabarkan isteri Sultan Ahmad Shah tidak pandai masak makanan kampung-kampung sebegini, oleh disebabkan tuanku berasal dari kampung, dapatlah serba sedikit melabuhkan 'skill' bakar lemang buluh tumpat kuala lipis.

Walaupun pusara di penuhi air akibat banjir yang melanda beberapa Kampung di Kedah, bagi Shamsudin Razak dan isteri Rokiah Dolah tidak melepaskan peluang menziarahi kubur sanak saudara selepas menunaikan solat Aidilfitri di masjid Tengku Abdul Malik , Jalan Dato Kumbar, dekat Alor Star. Di Pendang 127 keluarga terpaksa dipindahkan apabila air Sungai Pendang dan Sungai Titi Haji Idris melimpah berbanding 38 keluarga. Di Kota Star, pula sebanyak 15 pusat pemindahan baru dibuka untuk menempatkan 140 keluarga membabitkan 484 mangsa.

SATU daripada enam koc milik Transit Aliran Ringan (Star-LRT) terkeluar kira-kira 10 meter dari landasan di hentian terakhir Stesen Sentul Timur dalam keadaan tergantung pada ketinggian kira-kira 25 meter dari aras bumi. Tren sepanjang 84 meter dari arah Ampang yang sepatutnya berhenti di hentian terakhir itu tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar beberapa tiang konkrit. Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berikutan tiada penumpang dalam gerabak berkenaan. Mungkin pemandu LRT tersebut mengalami gangguan emosi disebabkan tidak dapat pulang berhari raya bersama sanak saudara di kampung halaman tercinta.

SEBAHAGIAN daripada kenderaan yang terperangkap dalam banjir kilat berhadapan bangunan Wisma Persekutuan, Jalan Ayer Molek, Johor Bahru, semalam. Banjir kilat melanda berikutan hujan lebat lebih sejam itu turut menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar bandar raya ini termasuk di Jalan Yahya Awal, Jalan Tampoi, Nusa Mutiara dan Kempas Baru, dinaiki air. Pasukan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam dikerah bagi membantu mangsa yang tersangkut dalam banjir berkenaan. Dipercayai ramai yg tersadai tidak dpt pulang berhari raya walaupun bas-bas yang memberikan perkhidmatan secara 'haram' semakin menjadi-jadi.