Kes pembunuhan kejam
Penganalisis politik terkemuka,Abdul Razak Baginda,46 sudah dikenakan tahanan reman lima hari. Ini setelah Majistret Manira Mohd Nor membenarkan permohonan oleh polis itu pada 9.15 pagi Rabu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Identiti lelaki yang ditahan untuk membantu siasatan polis keatas pembunuhan kejam wanita Mongolia,Altantuya @Aminah Abdullah,28 sudah diketahui umum. Namun begitu banyak lagi yang menjadi misteri hingga membawa pembunuhan model sambilan ini yang dikatakan datang ke Kuala Lumpur untuk mencari ‘suaminya’ bagi mendapatkan wang merawat anaknya. Apa yang diduga pasti ialah Razak dan Altantuya mempunyai hubungan istimewa.Ini berdasarkan kenyataan Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi yang mendakwa mempunyai bukti rekod perjalanan dan percutian mereka berdua. Mereka berdua dikatakan pernah bercuti bersama di beberapa destinasi seperti Afrika Selatan, Hong Kong dan Eropah. Malah,katanya gambar-gambar percutian mereka pun ada. Juga ada rekod tempahan tiket perjalanan pergi balik antara Kuala Lumpur ke Shanghai di China pada bulan Mac 2005 lagi.Ini memberi petanda hubungan mereka sudah lama. Dalam pada itu keluarga Altantuya juga mendakwa seseorang pernah memasukkan sejumlah AS$30,000 (RM111,000) ke dalam akaun Altantuya. Menurut Syed Rahman bapa Altantuya akan datang ke Malaysia membawa cucu lelakinya untuk menjalankan ujian DNA bagi menentukan siapa bapa kepada cucunya. Keluarga Altantuya juga akan membawa dokumentasi yang mendakwa boleh membuktikan Altantuya dan penganalisis politik itu sudah berkahwin di Mongolia. Penganalisis politik tersebut sudah beristeri dan mempunyai anak dan menetap di Damansara Heights. Syed Abdul Rahman berkata keluarga Altantuya mendakwa pihak mereka mempunyai sijil perkahwinan yang sah dan menurutnya berkemungkinan Altantuya telah memeluk agama Islam di negaranya. "Saya hairan mengapa media melaporkan bahawa Altantuya mengugut penganalisis politik itu membayar sejumlah wang RM1.85 juta sedangkan keluarga Altantuya merupakan golongan berada di mana bapanya adalah seorang kontraktor yang berjaya di Ulan Bator, Mongolia," katanya.
Sementara itu peguam Razak, Datuk Shafie Abdullah dipetik oleh agensi berita AFP sebagai berkata anak guamnya itu mendakwa dia tidak bersalah.
Katanya semasa berbual sejenak di mahkamah Razak mendakwa dia tidak terlibat dalam penculikan atau pembunuhan Altantuya. Di mahkamah lain, Majistret Ahmad Fairuz Mohd Fuzi turut membenarkan perintah lanjutan reman bagi dua pegawai polis, seorang Cif Inspektor dan Lans Koperal, sehingga Isnin ini setelah tempoh reman tujuh hari sebelum ini tamat pada Rabu. Kedua-dua mereka ditahan reman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Selasa seorang konstabel polis, yang bertugas di cawangan pengiring Bukit Aman, ditahan reman selama seminggu berhubung kes yang sama.
Ramai yang terkejut dengar nama penganalisis politik VIP yang ditahan dalam kes bunuh wanita Mongolia
Asalnya sewaktu berita awal mengenai kes pembunuhan seorang wanita Mongolia,Altantuya @ Aminah Abdullah,28 tersebar ia disangka tidak lebih dari satu kejadian jenayah biasa. Cuma apa yang agak memeranjatkan ialah mayat mangsa diletupkan dengan bom.
Belum pernah terdengar kejadian seumpama ini selama ini. Namun begitu sejak pagi Selasa ia menjadi ‘cerita besar’ khususnya dikalangan para wartawan bila terbit nama lelaki yang disyaki ada hubungan dengan wanita itu.
Apa lagi bila anggota polis dikaitkan terlibat dalam kes ini.
Sebut nama lelaki berkenaan,seorang penganalisis politik dan juga mengetuai sebuah agensi ‘think tank’ - ramai termasuk orang politik kenal siapa dia.
Dia kerap muncul di akhbar memberi komen mengenai isu-isu semasa luar negara,pertahanan dan sebagainya dan juga sering menjadi pengacara atau tetamu pada forum di televisyen. Selain dari diundang memberi ceramah lelaki berkenaan yang berusia 46 tahun pernah dilihat di majlis UMNO. Dia tidak memegang apa-apa jawatan penting dalam parti tetapi diketahui umum rapat dengan kalangan orang atasan. Mereka yang mengenalinya agak tergamam bila diberitahu oleh rakan-rakan dia kena soalsiasat dan ditahan polis untuk membantu siasatan pembunuhan wanita itu. Dari cara polis menjalankan siasatan dimana kira-kira 50 orang anggota polis terdiri dari unit forensik dan sebagainya turun padang ke lokasi dimana mayat sampai berkececai wanita ini dibom ai di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor ia sudah dikelaskan sebagai kes berprofail tinggi kerana melibatkan VIP. Lelaki berkenaan yang tinggal di kawasan perumahan mewah Damansara Height ditahan di pejabatnya kira-kira pukul 11 pagi Selasa sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Isnin polis telah menahan dua pegawai dan dua anggota polis termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes itu. Salah seorang pegawai polis yang ditahan itu bertugas dengan pasukan elit polis, Unit Tindakan Khas (UTK), manakala tiga yang lain di Cawangan Pengawal Pengiring Bukit Aman.
Jurucakap Jabatan Perdana Menteri telah menjelaskan, anggota UTK yang ditahan itu bukanlah sebahagian daripada pasukan tetap keselamatan peribadi Perdana Menteri.
Menurutnya dia hanyalah sebahagian daripada pasukan tersebut yang tugasnya termasuk menyediakan keselamatan secara bergilir-gilir kepada orang kenamaan Malaysia apabila melakukan lawatan ke luar negara.
Hal ini berbangkit kerana dia merupakan antara mereka yang ditugaskan mengawal keselamatan Perdana Menteri sewaktu membuat lawatan terbarunya selama tiga hari ke Islamabad,Pakistan yang berakhir Isnin.
Al Tantuya dipercayai ditembak dan mayatnya diletupkan dengan bom tangan. Wanita itu dikatakan menjalin hubungan seks dengan penganalisis politik itu yang sudah beristeri dan mempunyai anak semasa dia melawat Mongolia tahun lepas dan hubungan itu membawa kepada kelahiran seorang bayi di Mongolia tahun ini. Al Tantuya dan rakan wanitanya ( terdapat dua versi dalam hal ini - ada yang kata seorang rakan dan ada yang kata dua orang rakan) dari negara itu dipercayai datang ke Malaysia awal Oktober untuk berjumpa lelaki berkenaan.Mereka menginap di sebuah hotel di Jalan Hang Lekir.
Satu versi mengatakan Al Tantuya dan dua rakan wanitanya mengunjungi rumah lelaki terbabit di Damansara Heights pada 9 Okt untuk membincangkan perkara itu.
Bagaimanapun, segala-galanya tidak berjalan lancar dan lelaki itu menghubungi tiga polis untuk 'mengiringi' Anna pergi dari situ. Rakan-rakannya kemudian diberitahu supaya beredar sementara perkara itu "diselesaikan".
Satu lagi versi mengatakan Al Tantuya pergi seorang diri ke rumah lelaki berkenaan pada 19 Oktober.
Bagaimapun cerita mengatakan dia diiringi keluar dari rumah itu oleh anggota polis adalah sama.
Apabila Altantuya tidak kembali ke hotel keesokan harinya dan gagal dihubungi, dua atau seorang rakannya itu telah bertindak melaporkan kejadian itu kepada Konsulat Mongolia di Thailand.
Kemudiannya laporan dibuat di Balai Polis Jalan Travers,Kuala Lumpur pada 20 Oktober lalu.
Difahamkan lebih sebutir bom tangan dipercayai digunakan suspek untuk meletupkan mayat Altantuya bagi menghilangkan bukti pembunuhan ke atas wanita warganegara Mongolia itu.
Mayatnya berkecai dan cebisan daging tubuhnya berselerakan sejauh 200 meter di kawasan kejadian. Polis menjumpai baki cebisan anggota mayat wanita itu pada 1 petang Selasa berhampiran Empangan Tasik Subang di Puncak Alam.
Isnin, polis menemui lokasi mayat itu dan usaha mengumpul cebisan mayat itu selesai petang Selasa. Unit Forensik Bukit Aman dan Unit Anjing Pengesan telah digunakan untuk mengesan cebisan anggota mayat itu dan bahan bukti sejak 9 pagi Selasa sehingga 5 petang.
Keadaan mayatnya yang ditemui berkecai menyukarkan pihak forensik mengenal pasti Altantuya dan memaksa unit itu mengambil masa lebih lapan jam untuk mengumpul cebisan daging serta tulang mangsa. Polis enggan memaklumkan kepada media ke mana mayat itu akan dibawa selepas ianya dikeluarkan dari kawasan empangan itu. Dalam perkembangan lain Bernama melaporkan dari Bangkok bahawa Kedutaan Mongolia di ibu negara Thailand itu telah mengarahkan konsul kehormatnya di Kuala Lumpur supaya melakukan tindakan susulan terhadap kes pembunuhan seorang wanita negara itu di sana. Seorang pegawai kedutaan berkata mereka mengetahui siasatan kes pembunuhan itu selepas dimaklumkan oleh Konsul Kehormatnya Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi dua hari lepas. "Kami tidak mempunyai banyak maklumat buat masa ini kerana masih menunggu butiran lanjut daripada beliau," katanya ketika dihubungi Selasa. Pegawai itu berkata kedutaan Mongolia itu yang juga bertanggungjawab terhadap urusan di Malaysia, telah memaklumkan kes itu kepada Kementerian Luar Mongolia

Post a Comment