« Home | Hentikan segera debat » | Warkah DSAI utk rakyat !!! » | GP 2008 Pantai Puteri » | Loloq meninggal dunia » | Suharto meninggal » | Sharon nyaris jadi mangsa sindiket dadah » | Bomoh dipanggil cari Sharlinie » | Waspada ‘serbuk emas’ lelaki Afrika » | Lagi Kanak-kanak hilang ! » | Planets of the apes Chonology " tarak minum, tarak... »

Keputusan Pulau Batu Putih besok !


Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan membuat keputusan terhadap tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura, Jumaat ini.
Rakyat Malaysia akan dapat menyaksikan pengumuman keputusan tersebut yang disiarkan secara langsung melalui RTM1 dari The Hague, Belanda mulai pukul 4 hingga 6 petang.
Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) itu akan disampaikan oleh Naib Presiden ICJ yang juga Pemangku Presiden kes Tuntutan Bertindih ke atas Pulau Batu Putih, Hakim Awn Shawkat Al- Khasawneh.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mewakili Malaysia bersama pasukan peguam antarabangsa iaitu Sir Elihu Lauterpacht dan James Crawford, kedua-duanya profesor dalam Undang-undang Antarabangsa di Universiti Cambridge. Malaysia dan Singapura membuat tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih seluas 0.2 hektar (sebesar dua padang bola sepak) itu sejak 28 tahun lepas.

Bagaimanapun setelah tiada keputusan mengenainya dicapai dalam beberapa rundingan, kes itu diserahkan kepada ICJ pada Februari 2003. Pulau Batu Putih terletak 7.7 batu nautika dari Malaysia dan 25.5 batu nautika dari Singapura, adalah sebuah pulau tunggul di luar Pantai Tenggara Penggerang, Johor.

Pasukan Malaysia dan Singapura yang terdiri daripada peguam dan diplomat melakukan pendengaran lisan berhubung tuntutan berkenaan di Belanda dari 6 hingga 23 November tahun lalu.

Secara ringkasnya,

" Jelas sekali Portugis , Belanda dan British menggunakan istilah pulau Pedra Branca untuk pulau Batu Putih. Dalam hikayat Melayu lama, tidak pernah muncul nama pulau ini kecuali nama Temasik, nama lama Singapura atau Singapore sekarang. Singapura amat bergantung bukti , dokumen, surat-menyurat , pentadbiran pulau itu oleh Enpayar British. Secarsa analogi, jika Selat Tebrau pernah ditadbir oleh British, apakah Selat Tebrau juga milik Singapura.

Empayar mana jadi titik rujukan terakhir, adakah Empayar British, Empayar Belanda, Empayar Portugis, Empayar Johor-Riau , Empayar Melaka, Empayar Srivijaya atau sebelum itu lagi.
Daratan yang paling dekat Pulau Batu Putih / Pedra Branca ialah Malaysia. Jaraknya hanya 7 km . Sedangkan jarak dengan Singapura 22 km nautika. Empayar British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris yang diketuai oleh Stamford Raffle telah ‘membuka’ dan mendapatkan pulau Singapura dari Sultan Husain dari Kesultanan Johor pada 1819.

Apabila Perjanjian 1824 ditandatangani antara Empayar British dengan Belanda, dengan jelas Singapura termasuk / tertakluk dalam Empayar British. Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 hanya melibatkan pulau Singapura dan wilayah di selatan Selat Singapura. Great Britain dan Singapura tidak pernah menuntut kedaulatan ke atas tiga kawasan itu pada bila-bila masa sebelum tarikh penting berkaitan pertikaian sekarang (1980 bagi kes Pulau Batu Puteh dan 1993 bagi kes dua kawasan lain itu) Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) dan Terumbu Karang Selatin (South Ledge) serta pulau lain di sekitar Selat Singapura adalah sebahagian daripada Kesultanan Johor sebelum 1824.

Undang-undang dan amalan perjanjian yang diguna pakai oleh Singapura, penerbitan serta petanya dan kenyataan oleh pegawai-pegawai Singapura yang berpengetahuan, kesemuanya mengesahkan bahawa tiga tempat berkenaan bukan wilayah negara itu, tetapi ditadbir sebagai sebahagian daripada wilayah Singapura.

Istilah Malaysia hanya wujud pada 1963 . Sebelum itu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Dari 1402 - 1511 dikenali dengan nama kerajaan Melaka. Apabila British menjajah, ia dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat ( Strait Settlement) .
Singapura yang dikenali sebagai Temasik pernah dijajah oleh kerajaan Siam melalui pemerintah Tamagi. Parameswara yahng lari dari Palembang telah singgah sekejap dan menukar nama Temasik kepada Singapura. Parameswara telah mengasaskan Empayar Melaka , merupakan kesinambungan Empayar Srivijaya di Palembang.

Apabila Empayar Melaka runtuh pada 1511 oleh Portugis, Empayar Johor-Riau-Lingga telah ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah pada 1528. Logiknya pulau Batu Putih dalam lingkungan pentadbiran Empayar Johor-Riau-Lingga ini ".