« Home | Loloq meninggal dunia » | Suharto meninggal » | Sharon nyaris jadi mangsa sindiket dadah » | Bomoh dipanggil cari Sharlinie » | Waspada ‘serbuk emas’ lelaki Afrika » | Lagi Kanak-kanak hilang ! » | Planets of the apes Chonology " tarak minum, tarak... » | ISA 'sinopsis' » | Menteri akui doktor cuai » | penat »

GP 2008 Pantai Puteri


Peserta Pahang bawa pulang RM15,000 selepas naikkan sembilang 960 gram
Pemandu lori, Mohd Zuki Yaakon dari Pahang dinobatkan juara Karnival Pra-GP Joran 2008, pertandingan pembuka tirai GP Joran 2008 yang berakhir di Pantai Puteri, dekat sini, semalam, selepas ikan seberat 960 gram yang dipancingnya diisytiharkan sebagai paling berat.
Anak watan Kuantan itu menewaskan kira-kira 2,000 peserta yang bersaing kali ini, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 selain sejumlah barang iringan sumbangan 20 syarikat penaja. Naib juara pertandingan anjuran Berita Harian menerusi sisipan Joran adalah Asram Abas, 39, dari Pahang, menerusi ikan malong 800 gram, manakala tempat ketiga milik Wan Samsu Wan Mamat, 41, dari Terengganu yang berjaya menaikkan ikan sembilang 790 gram.

Kemenangan membolehkan kedua-duanya yang bekerja sendiri, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 dan RM5,000. Hadiah kepada tiga pemenang utama disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, sejurus pertandingan berakhir. Karnival Pra-GP Joran 2008 yang dianggap pemanas badan GP Joran musim ini menawarkan hadiah wang tunai RM40,000.
Ia adalah kali kelima Pantai Puteri menjadi tuan rumah acara itu sejak diperkenalkan pada 2001. Pada majlis itu, Mohd Ali menyampaikan sumbangan cek tajaan Karnival Pra-GP Joran 2008 RM60,000 kepada Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Manja Ismail. Acara mendapat kerjasama kerajaan Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Ab Rahaman Ab Karim; calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Harun; Ketua Teknologi Maklumat The New Straits Times Press (M) Berhad, Abdul Rahman Hashim; Pengarang Joran, Kamal Ahmad dan Ketua Biro Berita Harian Melaka, Amirullah Andi Nur.
Mohd Zuki yang kelihatan sangat teruja berkata, beliau berjaya menaikkan ikan sembilang bertuah itu menggunakan umpan udang selepas 20 minit pertandingan bermula dan dijinakkan dalam tempoh lima minit. "Saya tak terfikir tangkapan ini membolehkan saya menaiki pentas menerima hadiah utama, sekali gus dinobatkan juara. Lagipun, saya menyertai pertandingan ini hanya suka-suka selepas dipelawa rakan Nor Azhar Wahab yang juga juara siri GP Joran 2005 di Kuala Pahang. "Saya bersyukur dan berterima kasih kepada rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama sepanjang tempoh pertandingan," katanya.

Sementara itu, lebih 20,000 orang membanjiri Karnival Pra-GPJoran 2008 sepanjang dua hari bermula Sabtu dan mencatatkan rekod baru sejak diadakan pada 2001.
pHiz: gua cuma berjaya ditempat yg ke-17 selepas menewaskan serkut seberat 0.400 gram. Dapatlah sket duit Rm300, hamper, casting rod, reel, popper & 1 point. Alhamdullilah.