Friday, May 23, 2008

Kuala Sedili 2008!

SEDILI: "Ahad lalu adalah hari yang sangat bertuah untuk saya. Selepas menerima anak kembar lelaki pada 14 April lalu, kini muncul pula sebagai juara dalam pertandingan memancing Karnival GP Joran pusingan pertama," kata Mohd Razali Bakri dari Pelabuhan Klang, Klang Selangor.Beliau yang mendaratkan spesies aruan tasik seberat 28.48 kilogram dan sekali gus mengutip 142.4 mata membolehkannya berada tempat teratas bagi Kategori Laut menewaskan 800 peserta lain.Bekas posmen itu berkata, dia tergamam dengan kemenangan itu dan sesuatu yang tidak diduga sejak mula menyertai pertandingan memancing anjuran Unit Joran Berita Harian.Bapa kepada enam anak itu adalah peserta pertama yang memenangi hadiah wang tunai RM15,000. Sebelum ini hadiah wang tunai juara adalah RM10,000.Mohd Razali turut membawa pulang hadiah iringan termasuk peralatan memancing tajaan TCE Tackles Sdn Bhd, produk keluaran Nestle, Adabi, Noraini’s Cookies dan Bernas.Anak kelahiran Gemencheh, Negeri Sembilan itu mendaratkan aruan tasik pada jam 2.30 pagi Ahad lalu menggunakan umpan sotong dan turut menjinakkan spesies lain termasuk mayong.“Kemenangan ini disifatkan sebagai bernasib baik kerana kekili yang digunakan rosak ketika menjinakkan ikan berkenaan namun saya cuba mengendalikan sebaik mungkin supaya tidak kecundang.“Kemenangan ini juga boleh dikatakan rezeki serta tuah berganda, selain mendapat anak kembar baru-baru ini, saya juga baru berhenti kerja sebagai posmen dan akan bertugas di Jabatan Laut bermula esok (5 Mei 2008),” katanya.Pemenang kedua seorang peniaga, Sahari Ahmad, dari Batu Pahat Johor menamatkan penantian hampir 12 tahun untuk menempah tempat tiga teratas apabila membawa pulang wang tunai RM6,000 dan hadiah iringan juga menjinakkan aruan tasik seberat 25.74 kilogram dan sekali gus mengumpul 128.7 mata.Peniaga berusia 46 tahun mula berjinak dengan pertandingan memancing anjuran Berita Harian sejak 12 tahun lalu namun kesetiaan serta kesabaran akhirnya membuahkan hasil.“Saya menyertai Karnival GP Joran hampir setiap sirkit, kini semua pengorbanan serta kesabaran terbalas dengan kemenangan ini yang juga kemenangan untuk keluarga. Wang kemenangan ini akan diagihkan untuk perbelanjaan keluarga serta saguhati kepada rakan yang banyak memberi sokongan setiap kali menyertai pertandingan,” kata Sahari.Peniaga, Rohmat Chik, 46, dari Kuantan Pahang, pula mengulangi kegemilangan apabila muncul tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan hadiah iringan selepas menjinakkan tenggiri seberat 8.48 kilogram.Peserta setia Karnival GP Joran sejak 1997 itu pernah muncul juara pada GP Joran 1998 di Teluk Cempedak Kuantan dan juara GP Melaka pada 2002, beliau juga pernah melayakkan diri ke Grand Slam sebanyak tiga kali sejak penyertaannya dalam GP Joran.“Sudah pasti ini satu kejutan bagi saya kerana tidak pernah terfikir akan mengulangi kejayaan lalu dan sekali gus menempah tempat tiga teratas berikutan persaingan sengit sejak kebelakangan ini,” katanya.Beliau akan terus menyertai Karnival GP Joran sepanjang tahun ini dan pada masa akan datang untuk mengumpul sebanyak mungkin mata bagi memastikan gelaran juara Grand Slam di dalam genggaman.

Keputusan Pulau Batu Putih besok !


Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan membuat keputusan terhadap tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura, Jumaat ini.
Rakyat Malaysia akan dapat menyaksikan pengumuman keputusan tersebut yang disiarkan secara langsung melalui RTM1 dari The Hague, Belanda mulai pukul 4 hingga 6 petang.
Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) itu akan disampaikan oleh Naib Presiden ICJ yang juga Pemangku Presiden kes Tuntutan Bertindih ke atas Pulau Batu Putih, Hakim Awn Shawkat Al- Khasawneh.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mewakili Malaysia bersama pasukan peguam antarabangsa iaitu Sir Elihu Lauterpacht dan James Crawford, kedua-duanya profesor dalam Undang-undang Antarabangsa di Universiti Cambridge. Malaysia dan Singapura membuat tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih seluas 0.2 hektar (sebesar dua padang bola sepak) itu sejak 28 tahun lepas.

Bagaimanapun setelah tiada keputusan mengenainya dicapai dalam beberapa rundingan, kes itu diserahkan kepada ICJ pada Februari 2003. Pulau Batu Putih terletak 7.7 batu nautika dari Malaysia dan 25.5 batu nautika dari Singapura, adalah sebuah pulau tunggul di luar Pantai Tenggara Penggerang, Johor.

Pasukan Malaysia dan Singapura yang terdiri daripada peguam dan diplomat melakukan pendengaran lisan berhubung tuntutan berkenaan di Belanda dari 6 hingga 23 November tahun lalu.

Secara ringkasnya,

" Jelas sekali Portugis , Belanda dan British menggunakan istilah pulau Pedra Branca untuk pulau Batu Putih. Dalam hikayat Melayu lama, tidak pernah muncul nama pulau ini kecuali nama Temasik, nama lama Singapura atau Singapore sekarang. Singapura amat bergantung bukti , dokumen, surat-menyurat , pentadbiran pulau itu oleh Enpayar British. Secarsa analogi, jika Selat Tebrau pernah ditadbir oleh British, apakah Selat Tebrau juga milik Singapura.

Empayar mana jadi titik rujukan terakhir, adakah Empayar British, Empayar Belanda, Empayar Portugis, Empayar Johor-Riau , Empayar Melaka, Empayar Srivijaya atau sebelum itu lagi.
Daratan yang paling dekat Pulau Batu Putih / Pedra Branca ialah Malaysia. Jaraknya hanya 7 km . Sedangkan jarak dengan Singapura 22 km nautika. Empayar British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris yang diketuai oleh Stamford Raffle telah ‘membuka’ dan mendapatkan pulau Singapura dari Sultan Husain dari Kesultanan Johor pada 1819.

Apabila Perjanjian 1824 ditandatangani antara Empayar British dengan Belanda, dengan jelas Singapura termasuk / tertakluk dalam Empayar British. Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 hanya melibatkan pulau Singapura dan wilayah di selatan Selat Singapura. Great Britain dan Singapura tidak pernah menuntut kedaulatan ke atas tiga kawasan itu pada bila-bila masa sebelum tarikh penting berkaitan pertikaian sekarang (1980 bagi kes Pulau Batu Puteh dan 1993 bagi kes dua kawasan lain itu) Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) dan Terumbu Karang Selatin (South Ledge) serta pulau lain di sekitar Selat Singapura adalah sebahagian daripada Kesultanan Johor sebelum 1824.

Undang-undang dan amalan perjanjian yang diguna pakai oleh Singapura, penerbitan serta petanya dan kenyataan oleh pegawai-pegawai Singapura yang berpengetahuan, kesemuanya mengesahkan bahawa tiga tempat berkenaan bukan wilayah negara itu, tetapi ditadbir sebagai sebahagian daripada wilayah Singapura.

Istilah Malaysia hanya wujud pada 1963 . Sebelum itu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Dari 1402 - 1511 dikenali dengan nama kerajaan Melaka. Apabila British menjajah, ia dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat ( Strait Settlement) .
Singapura yang dikenali sebagai Temasik pernah dijajah oleh kerajaan Siam melalui pemerintah Tamagi. Parameswara yahng lari dari Palembang telah singgah sekejap dan menukar nama Temasik kepada Singapura. Parameswara telah mengasaskan Empayar Melaka , merupakan kesinambungan Empayar Srivijaya di Palembang.

Apabila Empayar Melaka runtuh pada 1511 oleh Portugis, Empayar Johor-Riau-Lingga telah ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah pada 1528. Logiknya pulau Batu Putih dalam lingkungan pentadbiran Empayar Johor-Riau-Lingga ini ".