Thursday, April 17, 2008

Hentikan segera debat

Semua pihak diminta menghentikan perdebatan tentang pelan peralihan kuasa kerana ia akan memburukkan keadaan dan hanya menunjukkan kelemahan orang Melayu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, sekarang bukan masanya untuk mereka terus membangkitkan soal tersebut kerana yang lebih penting ialah memperkuatkan semula jentera parti.
''Saya berharap semua pihak di semua peringkat, tidak kira siapa, menghentikan semua kata-kata kontroversi. Yang kita gila publisiti buat apa, bercakap macam-macam, tumpukan kepada usaha kuatkan parti, dapatkan kepercayaan rakyat.
''Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengatakan tumpuan kita sekarang sepatutnya bekerja. Apa yang kita nak sibuk sangat tentang pelan peralihan kuasa dan sebagainya," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Menurut Adnan, BN dan UMNO tidak perlu terlalu risau dengan kekurangan lapan kerusi untuk mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat kerana mereka masih lagi merupakan parti pemerintah di negara ini. ''Apa yang kita nak risau. Dulu di Kelantan, Pas menang lebih satu kerusi Dewan (Undangan) Negeri, Datuk Nik Aziz menjadi Menteri Besar, mantap saja. ''Dan di Perak kita tengok bukan besar sangat majoriti kerajaan DAP, PKR dan Pas. Mereka dapat 31 kerusi lawan (BN) 28 kerusi. Yang kita ini kurang lapan saja, apa yang nak sibuk sangat," katanya. Jelas Adnan, adalah lebih baik semua pihak meneruskan kerja masing-masing dengan memberikan tumpuan kepada usaha mengukuhkan parti dan mencari jalan memenangi semula hati dan jiwa rakyat.
''Bukan bercakap soal Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan sebagainya. Nampak sangat kita ini mabuk kuasa, gila kuasa. ''Kita ikut apa sahaja yang pemimpin putuskan. Ini bukan masa untuk kita bercakap perkara remeh-temeh berulang-ulang kali, perkara-perkara kontroversi," ujar beliau. Adnan berkata, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, Perdana Menteri tentu lebih tahu bila masa paling sesuai untuk beliau menyerahkan kuasa kepada bakal penggantinya. "Saya malu jadi Pengerusi UMNO, Pengerusi BN (negeri), hari-hari cerita politik bergaduh, berebut (kuasa). "Orang India tak bergaduh pun, mereka bersatu padu selepas pilihan raya, orang Cina tak dengar pun nak rebut itu, nak rebut ini, kita orang Melayu sibuk-sibuk buat apa, malu sikit," katanya. Menteri Besar itu turut melahirkan kekecewaannya dengan sikap pihak-pihak tertentu yang bercakap tentang soal ketuanan Melayu tetapi dalam masa sama, bertindak umpama 'duri dalam daging'. Ditanya mengenai masalah dalaman UMNO yang dikatakan tidak akan selesai selagi tidak berlaku peralihan kuasa, katanya, pendapat itu sengaja dibawa oleh pihak yang mempunyai motif tertentu. Orang Umno sekarang dah gile kuasa, bukan gile untuk memulihkan balik keadaan selepas piulihanraya. Sampaikan pemimpin tertinggi pun satu kuli batak suh turun..... ekekekek kesian umno. Susah payah je orang2 lama dahulu naikan umno ni. Ketamakan kuasa, kekayaan pilihan pemimpin umno masakini.
Piii jalan lahh !